Friday, May 6, 2011

Terkedu



Semalam bersembang dengan Nia.  Banyak sungguh ceritanya sebab seharian di sekolah kerana program motivasi. Cik Kak ni macam reporter...setiap hari mesti ada saja ceritanya. Tapi semalam, ceritanya telah membuatkan aku terkedu. "Ustaz suruh pejam mata dan bayangkan  mak ayah. Nia terbayang wajah abah dulu. Sebab  banyak benda abah buat untuk Nia". Oh..makanan yang kutelan masa tu macam tak sampai je ke kerongkong. "Nia tak ingat mama?" soal ku sambil memandang dia yang sedang membasuh pinggan di sinki."lepas abah barulah Nia ingat mama, sebab mama jaga Nia masa Nia sakit, tapi Nia ingat abah dulu....". Entah kenapa setelah itu aku tiba-tiba merasa bercelaru. Apa yang pasti kanak-kanak amat telus. Aku mula menyelidiki waktu-waktu bersamanya. Terlalu kurangkah ?yang pastinya setiap saat seorang ibu sentiasa mengingati anaknya dan mendoakan yang terbaik, walau di mana dia berada. Love u so much..more than i can say.