Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Nyanyi Sunyi


Tengah bergelimpangan dengan masalah, tapi aku masih sempat menikmati novel ini. Tiga hari aku dok membaca novel ni sampai macam nampak kunang-kunang je di  biji mata. Naskah dr Maskiah Masrom ini tidak mengecewakan langsung. Malah Nyanyi Sunyi ini boleh diangkat sebagai satu novel yang amat bermutu. Penulis novel ini mungkin amat terpengaruh dengan karya pujangga dan penyajak tersohor Amir Hamzah dengan karyanya yang terkenal Nyanyi Sunyi dan penulis-penulis dari Indonesia.

Apa sekalipun watak Dayang Cempaka Sari, Dr Arjuna dan Baihaqi merupakan watak-watak yang memaikan peranan penting dalam cerita ini. Pengolahan yang begitu kemas, tidak berlebihan menggambarkan rasa cinta Dr.Arjuna terhadap Cempaka dan  cinta Baihaqi terhadap Cempaka ,tetapi sebagai pembaca kita akan dapat merasa perasaan yang mendalam itu di antara ketiga-tiga  watak ini.

Kelainan novel ini ialah penulis menyelitkan  prosa tradisional seperti syair, gurindam, seloka, pantun dan seloka . Tidak ketinggalan sajak-sajak Amir Hamzah. Membaca novel ini menjadikan aku mula mencari koleksi sajak Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah itu.

Boleh diberi 4 setengah bintang untuk novel ini. Memang rasa puas sangat. Mesej novel pun amat bagus iaitu tentang fitnah. Ya..fitnah di mana-mana dan sesiapa pun boleh terkena dengan fitnah.

Wednesday, June 22, 2011

Kasih yang suci


Sebelum novel Salju Sakinah aku terlebih dahulu tenggelam dengan novel ini. Namun novel ini kubeli disebabkan terpengaruh dengan drama Nora Elena yang disiarkan di TV3 lalu. Padahalnya novel ini telah lama juga diterbitkan. Novel ini ditakdirkan dibeli di kedai buku MPH , Alamanda Putrajaya. Huhu..jauh tu. Dari segi jalan cerita, novel alaf 21 ni tak jauh beza dari yang lain. Memaparkan watak heroin yang berkulit cerah, cantik, jelita dan menjadi perhatian ramai lelaki. Begitu juga dengan watak heronya Seth yang kacak , bergaya dan well...sudah pastinya kaya raya. Cuma novel ini memaparkan sedikit perbezaan di mana watak heronya walaupun digambarkan menjadi penyelamat kepada Nora Elena tetapi sebenarnya pemuda itulah yang telah merosakkannya ketika dia berumur 15 tahun. So di sini rasa-rasanya lah, kalau di alam nyata tidak berapa logik. Hurmmm....boleh ke seorang perempuan dapat melupakan dan menerima lelaki yang telah menodainya?Lelaki itu pulak terlepas dari hukuman. Entah la itu pandangan peribadi je. Apa sekalipun peranan yang dimainkan oleh Aoran Aziz sebagai Seth dan Siti Saleha yang comel itu sebagai Nora Elena mungkin merupakan salah satu faktor menjadikan drama ini mendapat sambutan hangat dan seterusnya membawa penonton untuk membaca novel ini. So siapa yang nak beli boleh la beli atau pinjam untuk masa senggang anda.

Salju Sakinah


Bagi yang mencari kelainan dari novel-novel cinta moden, novel ini amat sesuai untuk dibaca. Novel Islamik ini sarat dengan mesej yang dapat mendidik pembaca memahami erti percintaan berlandaskan Islam. Malah bahasa dan gaya penceritaan yang mudah serta santai membuatkan pembaca tidak mudah jemu untuk menyelak helaian demi helaian. Walaupun novel ini berbentuk Islamik namun penulisnya bijak menyentuh hati pembaca dengan watak utama Sumayah yang kecewa dalam percintaan dan terpaksa menghadapi dugaan demi dugaan.  Sesiapa yang bercadang untuk membeli novel ini saya begitu yakin anda tidak akan kecewa dan ia amat berbaloi untuk dimiliki. Novel-novel sebegini perlu diperbanyakkan lagi kerana ia dapat mendidik jiwa remaja untuk memahami bahawa cinta dan kebahagiaan yang sebenarnya dapat diperolehi jika kita mengejar cinta Allah terlebih dahulu. Selamat membaca ! ***** bintang untuk novel ini.