Showing posts with label kerenah pelajar. Show all posts
Showing posts with label kerenah pelajar. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Nak bomoh......

Berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam pelajar kadang-kadang sebagai cikgu kita tidak terfikir yang pelajar-pelajar ini mempunyai tanggapan yang amat buruk terhadap cikgunya sendiri.  Kadang-kadang aku pun tak faham budak-budak sekarang ni, kenapa mereka datang ke sekolah setiap hari tetapi suka ponteng kelas, tidur semasa guru mengajar, tidak fokus dan macam-macam lagi la kesalahan yang diorang buat.

Budak-budak sekarang ni amat daring. Contohnya satu kelas ni. Aku pernah menjadi guru subjek mereka pada tahun lepas. Hoho...ni kelas hujung sekali. Memang nightmare sangat. Nak habiskan setahun tu rasa macam 10 tahun. Tiap kali masuk ke kelas tu aku akan buat promosi supaya mereka menyambung pelajaran ke kolej vokasional. Pada pandangan aku budak-budak tu memang tidak minat untuk belajar. Angkat tangan nak menulis pun malas. Cam ner tu. So diorang ni memang patut buat kemahiran. Tapi entah la, promosi aku kurang menarik kot.  Muka-muka diorang masih wujud pada tahun ini. Hehe...nasib baik tak mengajar diorang tahun ni. Kalau tak ada juga aku kena makan ubat penenang.

Jadi bila berhadapan dengan mereka ni di kaki lima kelas, kantin, library atau terserempak di mana-mana kawasan sekolah aku memang buat tak tahu jer. Tak tahu la muka aku ni nampak sombong ke atau diorang ni memang dah anti dengan aku ni. Tiap kali lalu depan kelas diorang akan berbisik-bisik dan gelak-gelak. Mengata atau mengutuk aku ke...lantak korang la. 

Tapi satu hari bila aku dan guru kelas mereka lalu di kaki lima lorong PPda ternampak mereka lepak-lepak lalu kami ni suruh la diorang naik ke kelas sebab memang waktu belajar pun masa tu. Seronok dok melepak macam tokey balak yang baru dapat duit.  Diorang ni bila dah ditegur bergerak la tapi tiba-tiba keluar satu suara " Zainura bajet, zainura bajet....". Eeeeeee.....aku memang kenal sangat budak yang mengejek nama aku tu. Aku nampak kecik jer budak tu. Dah macam pisang yang nak kena lenyek buat cekodok pisang. Hish geram betul...kalau adik aku dah lama dah...kena . Tapi sabar banyak-banyak. Malas nak ambik pot. Kang tak pasal-pasal esok keluar muka aku di Sinar Harian atau Harian Metro ..Seorang guru perempuan bergaduh dengan pelajar.

Itu aku tak kisah la . Budak tu nak panggil aku bajet. Haha...yang paling tak boleh blah..bila seorang cikgu ni berdekah-dekah bercerita yang pelajar kelas itu  dah gunting gambar aku dan dua orang cikgu lain (yang mereka anti sangat kot) dari majalah sekolah. Mengikut cerita cikgu tu .."Kak Zai diorang kata nak bawa gambar ko, kak R dan Cikgu R ni ke bomoh. Nak bomohkan korang bertiga. Lepas tu nak tanam korang bertiga dalam satu lubang".  Hahahaha...............gelak jer la yang boleh. Itu la budak-budak ni entah apa ntah ada dalam kepala diorang. Cikgu yang pernah mengajar, bagi ilmu bagai,perkara macam tu  yang dia fikir nak buat.  Entah la cicak............

Itu la kan, siapa  kata kerja cikgu tu senang. Benda-benda macam ni kita sebagai guru terpaksa hadapinya. Tapi sebagai cikgu memang tak boleh nak melenting marah. Kita kena sabar banyak. Takkan nak bergaduh dengan budak umur 16 tahun pulak.  Berdoa jer la agar mereka ni diberi petunjuk dan hidayah. Anggap jer la mereka ni tak matang dalam proses membesar dan menjadi dewasa. Geram memang la geram. Nak hilangkan geram ambik pisang , lenyek dan buat la cekodok. 

Hurmmm...ni sekadar coretan untuk dijadikan kenangan. In Sya Allah moga mereka ini semuanya menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 


Tuesday, July 31, 2012

Mangkuk hayun

Kalau nak cerita kerenah pelajar memang tak pernah habis. Kalau boleh dibukukan mahu beribu-ribu jilid. Dari hal sekecil-kecil hingga lah sebesar-besarnya macam-macam kerenah pelajar  ni.  Menjadi guru ni kemungkinan untuk mendapat penyakit darah tinggi amatlah mudah dan terbuka luas, seluas-luasnya.  Setiap hari berjumpa hampir seratus orang pelajar yang mempunyai bermacam perangai.  Kadang-kadang aku fikir kalau kerja ternak kambing , lembu, ayam itik lagi bagus dari mengajar budak-budak ni.  

Tahun ni aku tak mengajar kelas Zaaba yang ala-ala zombie kg pisang tu, tapi masih juga mengajar kelas yang hampir serumpun dengan Zaaba ni cuma baik SIKIT je mungkin penambahan peratus baik tu dalam 0.5%. Ditakdirkan tahun ni aku bertemu dengan kelas 4IH. Kus semangat budak-budak ni aku dah jumpa masa di tingkatan 3 dan ada beberapa orang yang memang boleh menyebabkan darah aku mendidih dan boleh meletup seperti larva gunung berapi. 


Cikgu pun manusia jugak. Kadang-kadang jiwa cikgu bukan harmoni sangat. Nak-nak kalau dah masuk ke kelas yang waktunya arah ke tengahari dan petang yang masa tu badan dan otak dah penat sangat. Minggu lepas aku memang hilang sabar dengan budak sorang ni. Memang terlepas la perkataan Bang*** pada budak ni. Sapa la tak hilang sabar, aku rasa kalau orang utan dalam zoo tengok perangai budak ni pun mahu dikeronyok kepala dia walaupun orang utan tu tak berakal. 

Masuk ke kelas tu seperti biasa mood aku dalam keadaan baik. Tapi mood aku dah mula macam oven yang baru nak dipanaskan bila soalan esei tak disiapkan.  Ingatkan masuk nak bincang dan nak ajar tajuk baru. Tapi mangkuk-mangkuk tingkat dalam kelas tu tak siap. Oh dalam hati aku sabarkan hati, arahkan mangkuk-mangkuk bertingkat tu siapkan soalan esei tu. Kat situ ada la aku membebel sikit, biasa la dah tak siap kerja, takkan cikgu nak cakap "ok pelajar-pelajar tak siap kerja rumah tak per, siap la bila ada masa" . Huh korang ingat kalau aku cakap macam tu alamat goyang kaki la mangkuk-mangkuk tu sampai SPM. 

Semua mengikut arahan aku dalam keadaan senyap macam sedar je diri tu bersalah sebab tak siapkan kerja. Cuma ada sorang mangkuk hayun ni aku perhati je dia buat tak tahu jer, dia bercakap pot pet pot pet walaupun volume suara tu tak kuat sedangkan orang lain semua sibuk mencari jawapan untuk soalan esei tu. Aku tunggu dan perhati dia buat derk je. Aku round kat meja dia (dah macam tawaf pulak rasanya) pun dia buat tak faham. Oh silap orang la mamat ni. Ko ingat cikgu ko kat depan ni robot , ko ingat arahan cikgu ko ni arahan pada anak-anak itik ayam suruh masuk reban. 

Lepas setengah jam , darah aku dah mendidih. Aku hampiri meja dia " apasal kamu tak buat soalan esei?" aku tanya dia dalam keadaan suara aku pun dah mula meninggi. Amboi jawapan dia sadis betul "mana saya tahu sapa buat soalan esei, saya dah siapkan bahagian saya, esei tu orang lain kena buat". Oh banyak cikadak ko punya jawapan,. Aikk ko tak perlu jawab ke soalan esei tu, nanti masa exam ko dikecualikan ke menjawabnya. Yang aku panas tu dia menjawab balik, dengan mata dan mukanya macam nak telan aku. EEEE...bencinya masa tu, aku rasa nak makan je budak tu hidup-hidup. Sebab tu la kena Bang*** ngan aku.

Entah la apa nak jadi. Aku pun semakin hari macam meluat jer tengok budak-budak yang macam ni. Cuma buat tak nampak jer atau tak dengar jer. Tapi kalau hilang sabar gitu ler jadinya. Dah la tension pulak aku mengenangkan budak cikadak sorang tu.