Rindunya mahu menulis setiap hari di sini, namun apakan daya masa seperti mencemburui diriku ini. Chewahhh...padahal setiap hari melepak depan tv dok menonton drama Korea. Sebenarnya kronologi aktiviti hidup semenjak dua menjak ini amat padat. Akhir tahun lepas adik lelakiku Ali menikah (nikah gantung). Pergilah rombongan che kiah ni ke Setiu Terengganu menyunting anak dara di sana. Raya Tahun Baru Cina baru-baru ni (24hb Jan 2012) sekali lagi rombongan ke Setiu lagi kali ni urusan kenduri kendara belah perempuan pulak (lepas dua bulan menikah). Empat hari selepas itu kenduri di rumah kami pulak di Kemaman. Sebelum majlis pernikahan tu , aku sebenarnya baru balik dari Songkhla (17-20 Jan). Penat tak terhingga. Hurmm moral of the story....korang jangan lah nikah-nikah gantung ni , terus nikah buat kenduri tak payah 2/3/4 kali kerja. Bagi yang di luar sana hapy selalu, jangan tension, senyum sokmo.
Showing posts with label coretan. Show all posts

Friday, February 10, 2012
Wednesday, October 26, 2011
Pertemuan yang tak menjadi
Jenguk sebentar ke sini. Dalam keadaan otak yang serabut dan semak,ditambah dengan badan yang penat. Tetapi emosi yang masih belum tenang menyebabkan aku sukar untuk lelap. Sesungguhnya hidup ini amat menuntut kesabaran. Dan itulah yang perlu dan sedang aku lakukan. Apabila aku amat mengharapkan sebuah pertemuan namun pertemuan yang telah dijanjikan itu akhirnya tidak menjadi. Dalam erti kata yang lain janji telah dimungkiri. Oh betapa kecewanya...ya amat kecewa kerana demi pertemuan yang penting itu aku sanggup menunggu dan berkorban. Berkorban apa? Berkorban menunggu lah, berkorban menghirup udara di Bangi dengan penuh kebosanan demi sebuah pertemuan. Sedangkan aku boleh pulang pada hari Sabtu itu dan menjenguk emak dan adik-adik di Kemaman.
Bila pertemuan yang penting itu tidak menjadi, hidupku bertambah gerhana. Perasaanku dihurung kesedihan. Apa ya yang korang sedang fikirkan??? Ni bukan pertemuan seperti yang anda semua fikirkan. Ni sebenarnya pertemuan dengan supervisorku! Pertemuan yang belum terjadi ini menyebabkan aku runsing sebab ini sudah minggu ke-7, sedangkan proposal , tajuk entah ke mana lagi. Oh supervisor yang amat sibuk tak kasihan kah anda dengan student-student anda yang dok menanti anda macam buah yang tak gugur.
Dunia aku sebagai pelajar tidak sama seperti zaman mengambil sarjana muda dulu. Namanya sarjana muda, masa tu masih muda lagi , duduk di kampus jadi boleh la mengejar dan menunggu lecturer berjam-jam lamanya di depan pejabat. Tak jadi hal masa tu. Tapi sekarang aku yang dah berkeluarga ni, duduk pula amat jauh dari kampus, masa yang aku ada hanyalah Jumaat dan Sabtu. Aku sanggup menunggu hingga hari Isnin apabila dia bersetuju untuk berjumpa pada hari tersebut. Aku nekad untuk berjumpa nak berbincang tentang propsal ku in. Tup, tup pada pagi Isnin yang permai jam 10 pg mesej diterima menyatakan perjumpaan itu dibatalkan dan datang berjumpa dengannya pada keesokan harinya pukul 3 ptg. Wah..wah..macam la aku ni doraemon yang ada magik boleh datang ke Bangi tu sekelip mata. Jadi aku yang dah berkampung di Bangi tu sejak Jumaat lagi, dan anak aku dah merengek-rengek kebosanan akhirnya mengambil keputusan balik. Lantaklah..aku mengambil keputusan menghantar proposal itu ke pejabatnya dan memaklumkannya melalui sms. Bengang usah dikira lah.
Rupanya keputusan aku terus pulang tanpa menunggu lagi adalah satu keputusan yang tepat , kerana keesokan harinya aku menerima sms dari rakan yang memaklumkan bahawa mereka masih tidak berjumpa dengan supervisor tersebut walaupun dah menunggu lama. Oh kalaulah aku menunggu hingga hari Selasa dan penantian berakhir sia-sia aja macam gitu pastinya aku akan menangis berlagu-lagu........huhuuuuuu....

Wednesday, October 19, 2011
corat-coret
Stuck dengan assingment ni. Dah la semalam tidur pukul 2.30 pagi. Hari ni ada gotong royong pulak di sekolah rendah Kee Chee untuk hari anugerah sri cemerlang esok. Kepenatan yang tidak terhingga , ajk kerja yang datangnya hanya beberapa kerat je. Sabar je la. Pukul 1 balik, telefon mak , berborak setengah jam, mandi then tidur. Makanan untuk Nia tapau je dr kedai Jun...huhu senangnya hidup. Yelah tu senang la sangat.
Bangun tidur belek-belek assingment, masih lagi tak boleh siapkan Dah la janji minggu ni nak hantar..dah dua minggu present, eseinya tidak jugak siap. Lepas ni nak beraerobik pulak. Esok tak ke sekolah lagi. Sayangnya dah la budak-budak tu tak sampai sebulan nak periksa SPM. Eh aku je yang rasa susah hati, budak-budak tu suka je aku tak de. Hehe tak pe lepas deepavali ni pulun habis-habis macam minggu lepas dari pagi hingga ke tengahari belajar Sejarah, sampai nak muntah budak-budak tu.
Harap-harap lepas mengeluarkan peluh petang karang aku bersemangat dan cergas untuk berjaga menyiapkan assingment malam ni. Ok la mahu bersiap...jom bersenam. Semoga anda semua dirahmati Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)