Showing posts with label jalan-jalan Jogja. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan Jogja. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Jogja 2

Huhu...masa begitu mencemburuiku. Kerja berlambak-lambak dan tak pernah habis.  Rasa dah basi la pulak nak cerita pasal Jogja ni. Layan sahaja gambar. Ini merupakan Mailiaboro Street. Kebanyakan yang dijual di sini t.shirt, batik dan kraf tangan.


Kami juga berkesempatan melawat Candi Borobudur pada hari ketiga.


Juga berkesempatan melihat kesan lahar akibat letusan Gunung Merapi
Gunung Merapi....cantik..tapi bila meletus...................


Malam terakhir di bawa menikmati makanan tradisional orang Jogja...Nasi gudeg....huhuuu..demi menghormati orang yang membawa kutelan jua akhirnya , tapi sebenarnya ...tekak CAN NOT GOOO......sebab lauk pauknya manis..cam masakan orang Kelantan la lebih kurang, tapi cam manis lagi laa.


Huwaaa....nasib baik aku tengok gudeg kepala bebek (kepala itik) ni selepas makan
kalau tidak ...haha


Apa sekalipun satu pengalaman yang amat bermakna dan menarik, terutama ketika melihat pembuatan seramik. Ralit betul melihat mereka membuat tembikar secara tradisional tak sampai 10 minit terus menjadi bentuk yang diinginkan. Best kalau ada kemahiran dan tangan yang berseni ni. Ok la kena berhenti dulu, sebab kepala dok teringat-ringat modul yang perlu disiapkan sebelum Jumaat. Tak sabarnya tunggu bulan April..lepas tu boleh la rileks...hehehe...

SELAMAT MINUM PETANG!!!!

Saturday, March 19, 2011

Jogja (13 Mac-16 Mac 2011)

Taraa!!! seronok sungguh hari ini, pagi yang nyaman dan aman. Hehe..seronoknya sebab kelas hari ini batal. Rasa macam hilang ketulan batu dari kepala. Hurmmm...tapi berderet-deret assingments yang menunggu, tak sampai sebulan lagi semester ini akan berakhir, jadi semua kena submit sebelum final. Wah cuaknya bila sebut pasal exam satu hapa pun tak baca lagi.

Hari ni nak layan tentang Jogja ya...ibu-ibu dan bapak-bapak sekelian. Sebenarnya pemergian ke Jogja ni adalah last minute, tak terlintas pun nak pergi ke sana. Tapi bila Ja memberitahu dia kena buat kajian tentang seramik di Jogja barulah episod ke sana berlaku. Keseluruhannya tujuan ke sana adalah untuk menemani Ja melihat dan meninjau kawasan yang akan dikaji. Wah macam YB la pulak.

Kami tiba di Jogja pada pukul 9.30 waktu Indonesia. Sesampainya kami di lapangan terbang antarabangsa Adi Sujipto, kami di sambut oleh Pak Aris (maaf ya pak, nama penuhnya enggak ingat....panjang bangat).  Pak Aris ini merupakan pensyarah atau orang Indon panggil Dosen di Univisitas Islam di Jogja. Aduh Pak Aris ni kata-katanya lembut sekali, penuh tertib dan berhemah, sampaikan aku kena mendengar dengan teliti, sebab terlalu lembut dan slow la.  No wonder la minah-minah Malaysia ni boleh lari ikut lelaki Lombok.


Ini pemandangan di luar airport Adi Sujipto, Jogja. Keluasannya lebih kurang airport Kuantan.
Sabar je la dengan Ja, sampai sahaja sibuk suruh anak sedaranya ambil gambar


Rancangan asalnya kami ingin terus ke tempat penginapan untuk check in. Tetapi Pak Aris tidak dapat mencari Hotel 1001 Malam itu. Jadi kami terus sahaja ke Kasorngan, lebih kurang 20 minit perjalanan. Ia merupakan sebuah perkampungan di pinggir bandar Jogja. Keseluruhan penduduk di situ menjalankan aktiviti pembuatan seramik atau disebut oleh orang Indon sebagai Keramik. Hampir dua jam juga kami menghabiskan masa di sana. Melawat beberapa tempat yang mengusahakan pembuatan seramik ini. Oh kalau la Air Asia tu milik aku, rasanya mahu dibawa semua sekali tembikar-tembikar itu pulang ke Malaysia. Hehe tapi apakan daya...

Setelah meninjau , perut pun dah lapar Pak Aris membawa kami ke sebuah restoran masakan Padang. Hehe..aku bukan penggemar masakan padang ni, tapi telan jugak. Cerewet-cerewet nanti perut lapar. Tiba bab nak mencari hotel, sebenarnya nama hotel itu menarik sekali 1001 malam. Pak Aris berlegar-legar jugak di sekeliling bandar Jogja tu mencari hotel yang namanya eksotik sangat. Sebenarnya Ja membooking hotel ini melalui internet, bila tengok dalam internet tu, hotel tu macam cantik dan grand sekali. Hahaa...tiba-tiba bila berjumpa dengan hotel itu...taraaaa.................................

Rupa-rupanya Hote 1001 Malam ni terletak di celah-celah bangunan. Di sini terdapat banyak rumah-rumah
tumpangan yang menjadi kegemaran back packer. Tapi dalam banyak-banyak rumah tumpangan tu Hotel 1001 Malam tu la yang paling cantik dan menarik (walau pun terselit , ia tetap menarik).

Lorong di mana terletak Hotel 1001 Malam. Hotel ini terletak di Sosrowijayen, Maliaboro.
 Nampak pintu kayu tu..hah itu la Hotel 1001 Malam.


Bersambungggggg.............!!!!!! perut dah lapar. Oh boringnya nak breakfast sorang-sorang di Bangi ni.