Wednesday, June 22, 2011

Salju Sakinah


Bagi yang mencari kelainan dari novel-novel cinta moden, novel ini amat sesuai untuk dibaca. Novel Islamik ini sarat dengan mesej yang dapat mendidik pembaca memahami erti percintaan berlandaskan Islam. Malah bahasa dan gaya penceritaan yang mudah serta santai membuatkan pembaca tidak mudah jemu untuk menyelak helaian demi helaian. Walaupun novel ini berbentuk Islamik namun penulisnya bijak menyentuh hati pembaca dengan watak utama Sumayah yang kecewa dalam percintaan dan terpaksa menghadapi dugaan demi dugaan.  Sesiapa yang bercadang untuk membeli novel ini saya begitu yakin anda tidak akan kecewa dan ia amat berbaloi untuk dimiliki. Novel-novel sebegini perlu diperbanyakkan lagi kerana ia dapat mendidik jiwa remaja untuk memahami bahawa cinta dan kebahagiaan yang sebenarnya dapat diperolehi jika kita mengejar cinta Allah terlebih dahulu. Selamat membaca ! ***** bintang untuk novel ini.

No comments: