Agak lama menyepikan diri. Tiba-tiba tiada jiwa untuk menulis mungkin disebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan dan mungkin juga aku kepenatan bergelumang dengan kerja-kerja yang tidak pernah selesai. Apa pun hari ini aku menggagahkan juga jari jemari ini untuk menulis khusus untu Nia.
Selamat Hari Jadi yang ke 12 Nia!. Doa mama untuk Nia setiap hari, saban saat dan ketika. Nia dah cukup 12 tahun hari ini, dah boleh buat IC dah. Semalam , Nia dah pun dapat present dari abah.
Nia dah besar dah dan mama tahu Nia sudah semakin matang. Mama dan abah mengharapkan yang terbaik untuk Nia. Nia perlu sedar bahawa semakin Nia dewasa semakin banyak cabaran dan rintangan yang Nia akan lalui. Pesan mama walau apa jua keadaan, di mana jua Nia berada kelak, Nia jangan lupakan Allah, Nia kena selalu berada dalam landasan agama Islam dan Nia kena bijak melawan segala perkara negatif yang akan cuba mempengaruhi pemikiran Nia kelak.
Setakat ini sahaja coretan mama untuk Nia sempena umur Nia genap 12 tahun. Belajar rajin-rajin, solat jangan tinggal, al-Quran perlu sentiasa baca untuk menguatkan jiwa dan banyakkan membaca buku. Love u so much.
No comments:
Post a Comment