Friday, March 29, 2024



Syurga itu dekat
Tapi ternyata jauh
Sudah kugapai
Tapi ternyata terlepas
Dan aku tetap pegun di situ
Dalam resah dan gelisah
kerana syurgaku itu aku lelah.

(catatan 17 Ramadhan 2024, sebelum berbuka).
 


 
Tentunya kau tidak pernah merasa berada dalam kasutku itu
Kasutku yang lusuh dan lunyai
Terpijak kerikil tajam, tersadong batu, terluka dek kaca berderai
sakitnya amat terasa
Kini aku ada kasut baru
Namun tidak selesa kasutmu
Kasutku ini semakin haus menipis demi untukku hadiahkan kasut selesa buatmu.


Jumaat (18 Ramadhan 2024)


Friday, October 5, 2018

Biskut 4 segi

Bila perut lapar dan roomate dah tidur , ko hanya ada pilihan untuk mengadap biskut sebab memasak bukanlah pilihan terbaik bila perut  ko sahaja yg berirama lapar.
Sekeping biskut 4 segi ini mengingatkan aku pada arwah abah.  Setiap bulan bila dapat gaji arwah abah jarang miss beli biskut ni.  Selalunya biskut 4 segi ni lah yang dibeli dan kalau nasib kami baik mungkin rezeki dia lebih dia belikan biskut marrie yang bulat tu. Biasanya arwah akan beli satu tin besar biskut.  Anak ramai kalau setakat 2/3 bungkus tak jalan.  Petang2 bila lapar mengadap la kami makan biskut ni cicah teh o.
Dulu anak2 tak banyak songeh macam budak2 skrg.  Apa yg ada makan jer.  KFC ke McDonald's ke memang mimpi la atau ko hanya mampu tengok di iklan tv dan lepas tu ko simpan la hasrat ko tu bila ko kerja ko beli sendiri. Masa tu kita memang takkan la nak minta duit pada mak nak beli benda2 macam tu sebab ko tahu dengan adik beradik yang ramai mak ko takkan layan walau pun ko keluar air mata darah sekalipun.  Haha....tapi anak kita sekarang kfc dan mcd tu dah tak hairan.  Mereka lagi up minum di Starbucks walau masih belajar.  Entah budak2 ni terpengaruh sgt dengan media sosial tu.  Nanti kerja tau la susahnya nak dapat duit.
Sorry sis terbebel😊😊😊
#bebelpdanksis

Sekian lama...

Akhirnya setelah hampir 3 tahun blog ini terbiar kerana tuannya kehilangan kunci untuk membuka pintu rumah ini dan malam ini dengan izin Allah tiba-tiba kunci itu ditemui semula. Mungkin suasana yang sunyi mengadap secawan ovaltine dan beberapa keping biskut Julie's menyebabkan kunci itu muncul. Alhamdulillah.  I'm coming home...coming home...😍😍😍

Friday, October 2, 2015

Count down SPM

Selamat berjuang untuk anak-anak yg bakal menduduki peperiksaan SPM pada awal November ini. Jangan lupa mencari dan dapatkan bahan-bahan untuk Sejarah Kertas 3. Buat persediaan serapi yang mungkin ya dan dapatkan markah penuh 20 markah tu ya. Good luck !!!

Tuesday, February 24, 2015

Berjuanglah

Hidup ini benar-benar sebuah perjuangan. Jadi kita adalah pejuang dalam kehidupan ini. Jika mahu menang kita perlu berjuang bersungguh-sungguh tanpa erti jemu dan putus asa. Walau rasa sakit dan perit . Walau pedih dan sedih. Walau hati pilu dan ngilu dan walau apa sahaja yang kita terpaksa jejak dan lalui atau tempuhi . Maka segala-galanya harus kita hadapi kerana perjuangan untuk kemenangan memerlukan pengorbanan yang begitu besar.


Friday, June 20, 2014

Nak bomoh......

Berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam pelajar kadang-kadang sebagai cikgu kita tidak terfikir yang pelajar-pelajar ini mempunyai tanggapan yang amat buruk terhadap cikgunya sendiri.  Kadang-kadang aku pun tak faham budak-budak sekarang ni, kenapa mereka datang ke sekolah setiap hari tetapi suka ponteng kelas, tidur semasa guru mengajar, tidak fokus dan macam-macam lagi la kesalahan yang diorang buat.

Budak-budak sekarang ni amat daring. Contohnya satu kelas ni. Aku pernah menjadi guru subjek mereka pada tahun lepas. Hoho...ni kelas hujung sekali. Memang nightmare sangat. Nak habiskan setahun tu rasa macam 10 tahun. Tiap kali masuk ke kelas tu aku akan buat promosi supaya mereka menyambung pelajaran ke kolej vokasional. Pada pandangan aku budak-budak tu memang tidak minat untuk belajar. Angkat tangan nak menulis pun malas. Cam ner tu. So diorang ni memang patut buat kemahiran. Tapi entah la, promosi aku kurang menarik kot.  Muka-muka diorang masih wujud pada tahun ini. Hehe...nasib baik tak mengajar diorang tahun ni. Kalau tak ada juga aku kena makan ubat penenang.

Jadi bila berhadapan dengan mereka ni di kaki lima kelas, kantin, library atau terserempak di mana-mana kawasan sekolah aku memang buat tak tahu jer. Tak tahu la muka aku ni nampak sombong ke atau diorang ni memang dah anti dengan aku ni. Tiap kali lalu depan kelas diorang akan berbisik-bisik dan gelak-gelak. Mengata atau mengutuk aku ke...lantak korang la. 

Tapi satu hari bila aku dan guru kelas mereka lalu di kaki lima lorong PPda ternampak mereka lepak-lepak lalu kami ni suruh la diorang naik ke kelas sebab memang waktu belajar pun masa tu. Seronok dok melepak macam tokey balak yang baru dapat duit.  Diorang ni bila dah ditegur bergerak la tapi tiba-tiba keluar satu suara " Zainura bajet, zainura bajet....". Eeeeeee.....aku memang kenal sangat budak yang mengejek nama aku tu. Aku nampak kecik jer budak tu. Dah macam pisang yang nak kena lenyek buat cekodok pisang. Hish geram betul...kalau adik aku dah lama dah...kena . Tapi sabar banyak-banyak. Malas nak ambik pot. Kang tak pasal-pasal esok keluar muka aku di Sinar Harian atau Harian Metro ..Seorang guru perempuan bergaduh dengan pelajar.

Itu aku tak kisah la . Budak tu nak panggil aku bajet. Haha...yang paling tak boleh blah..bila seorang cikgu ni berdekah-dekah bercerita yang pelajar kelas itu  dah gunting gambar aku dan dua orang cikgu lain (yang mereka anti sangat kot) dari majalah sekolah. Mengikut cerita cikgu tu .."Kak Zai diorang kata nak bawa gambar ko, kak R dan Cikgu R ni ke bomoh. Nak bomohkan korang bertiga. Lepas tu nak tanam korang bertiga dalam satu lubang".  Hahahaha...............gelak jer la yang boleh. Itu la budak-budak ni entah apa ntah ada dalam kepala diorang. Cikgu yang pernah mengajar, bagi ilmu bagai,perkara macam tu  yang dia fikir nak buat.  Entah la cicak............

Itu la kan, siapa  kata kerja cikgu tu senang. Benda-benda macam ni kita sebagai guru terpaksa hadapinya. Tapi sebagai cikgu memang tak boleh nak melenting marah. Kita kena sabar banyak. Takkan nak bergaduh dengan budak umur 16 tahun pulak.  Berdoa jer la agar mereka ni diberi petunjuk dan hidayah. Anggap jer la mereka ni tak matang dalam proses membesar dan menjadi dewasa. Geram memang la geram. Nak hilangkan geram ambik pisang , lenyek dan buat la cekodok. 

Hurmmm...ni sekadar coretan untuk dijadikan kenangan. In Sya Allah moga mereka ini semuanya menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 


Thursday, June 5, 2014

Kita kan kaya..

Selama ini aku ingatkan anak aku sorang tu faham siapa ibu bapanya ini.  Latar belakang kami, kehidupan kami yang lalu rasanya semua dah diceritakan.  Namun sangkaan ku meleset sama sekali.  Tatkala sedang berbuka puasa hari ini aku sempat beri 'tazkirah' sedikit tentang tanggung jawabnya.  Di situ aku selitkan sedikit perbandingan kehidupanku dan abahnya  yang tak ada masa untuk enjoy atau hang out dengan kawan-kawan sangat.  Aku sebagai anak sulung dangan 8 adik beradik berderet mana la ada masa untuk itu semua.  Kalau dapat pun sekali sekala. Itu boleh dibilang dengan jari. Banyak masa dihabiskan untuk menjaga adik-adik dan menolong mak.

Tiba-tiba keluar ayat dari mulut anak dara kami  " Tapi kita kan kaya".  Urkkkk....arghhh....rasa macam tertelan biji durian jer. Mak aii...aku dan abahnya terpana beberapa saat.  Saling berpandangan dan walau tanpa bicara kami seia sekata perlu membetulkan pandangan budak 15 tahun ni. Otak dia kena dipusingkan 360 darjah ni.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku bersuara terlebih dahulu. "Nia kita bukan kaya. Apa yang kita ada ni semua milik Allah.  Kalau Allah nak tarik semuanya sekejap sahaja Dia boleh ambil.  Rumah ni mama pinjam dan perlu dibayar bulan-bulan.  Pasal pergi bercuti? Mama dengan abah terpaksa rancang terlebih dahulu dan menyimpan duit untuk bercuti.  Bukan nak bercuti kita terus pergi jer. Mama perlu simpan dulu duit dah cukup baru la dapat bercuti. Nia , duit gaji mama dan abah habis bulan maka habislah gaji".  Itu la antara mukadimah yang aku suarakan pada anak ku ini. Selepas itu aku keluarkan semua cerita kesusahan yang kami lalui sehingga la kehidupan kami bertiga seperti kini.



Hurmm...Nia tak perasan ke mama ni shopping baju di Pasaraya Ten ten, Pasaraya Ku, Pasar Panas Jengka, dan entah apa lagi pasar.  Nia tak perasan agaknya mama suka beli pakaian atau barang murah-murah.  Kalau dapat barang yang murah mama amat gembira.  Dan sebenarnya Nia tak perasan ke mama memang jarang sangat bershopping. Shopping hanya untuk barang-barang makanan sahaja.  Kalau benda yang tak perlu tu mama dan abah jarang sangat membelinya.

Kalau Nia terbaca posting mama ni Nia kena faham betul-betul. Kaya itu bukan tiket untuk kita hidup bersenang lenang tanpa ada rasa tanggung jawab.  Kaya itu bukan satu cara untuk kita merasa terlalu mudah macam petik jari sehingga kita tidak perlu berusaha.  Kaya itu bukan jalan untuk kita hidup terlalu bermewah tanpa memikirkan kesulitan orang lain. Nia kena faham sekaya mana pun manusia itu, sebanyak mana pun harta yang dia ada, walau dia hartawan, juatwan sekalipun ...Nia kena ingat itu semua bukan milik manusia . Itu semua milik Allah. Allah itu Maha Pemurah, Pemberi rezeki andaikata Dia tidak membenarkan segala rezeki dan kekayaan itu menjadi milik manusia maka manusia itu tidak akan kaya. 

Mama harap sangat Nia faham.  Kesenangan , kelapangan dan kemudahan Nia nikmati ini, Nia kena manfaat betul-betul.  Nia kena belajar dengan tekun, perlu ada motivasi yang tinggi, perlu sentiasa mencari ilmu terutama ilmu agama, Yang lebih penting Nia perlu ada matalamat dan hala tuju dalam hidup ini.  Jadi la insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. 



Tuesday, June 3, 2014

Kegilaan selfie

Mula-mula dengar perkataan selfie ni daripada anakanda aku la. Aku dok perhati jer budak ni dok ambil gambar sendiri sambil tersengih-sengih  dan macam-macam memek muka yang dibuatnya.  Mula-mula memang la rimas tengok budak ni termasuklah makcik-makciknya yang anak dara tu, Sabor jer la ...bila yang jadi mangsa adalah hand phone ku ini la.

Rupa-rupanya selfie ni memang kegilaan orang Malaysia. Huh tak cukup dengan berselfie dengan hp rupanya ada lagi penambahnya boleh selfie ramai-ramai menggunakan batang besi tu.  Aku panggil batang besi jer pada mulanya. Bila dengar budak-budak di sekolah sebut monopod barulah aku tahu benda tu namanya monopod. Huwaaa...sempena Hari Guru dan Hari jadi hari tu dan kebetulan ada cikgu yang bawa monopod tu maka sakan ler kami orang berselfie dan bermonopod. Sesekali jadi muda remaja. Haha...macam best jerr...tapi tunggu monopod tu harga RM10 baru aku nak beli. Tapi sesekali macam orang sakit kepala jer tersengih menggunakan benda alah tu. Hurmmm....apa sekali pun boleh layan kegilaan budak-budak ni sekali sekala kan.....

Monday, April 21, 2014

synopsis buku: Enriching American Homestay


Baru saja selesai menghabiskan  bacaan buku ini.  Wow it took me almost 5 month to finish it. Buku ini amat menarik dan amat sesuai untuk dibaca oleh remaja sekolah di luar sana.

Membaca buku ini anda akan di bawa bersama menikmati pengalaman Merry Choon ketika menjadi exchange student di USA. Banyak pengalaman yang menarik dan lucu yang dialami oleh pelajar ini menyebabkan kita sebagai pembaca akan tersenyum sendirian.

Ok.Happy reading!

Tuesday, April 1, 2014

Happay Birthday Dear


Asslamualaikum . Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga setiap langkah perjalanan hidup ini diberkatiNya. Juga semoga kita sentiasa memohon keampunan daripada-Nya atas segala kesalahan, kelalaian, kejahilan dan segala dosa yang tersurat dan tersirat.

Tiba-tiba malam ini berjaga lewat malam setelah siap menyemak kertas ujian budak-budak ni.  Melawat blog yang dah lama sangat tidak dikunjungi hingga lupa pula pasword.  Hampir 5 kali cuba mengingati pasword alhamdulillah akhirnya setelah teka sana sini berjaya juga.

Tiada apa yang istimewa sangat untuk dikongsi. Cuma hari ini merupakan hari lahir encik suami.  Beberapa tahun kebelakangan ini tiada kad dan hadiah untuk dihadiahkan.  Kesibukan menyebabkan tidak berkesempatan untuk membeli semua itu.  Namun itu bukanlah tanda kurangnya kasih sayang atau perhatian.

Walau tiada kad atau hadiah, seawal jam 12 malam aku dah mula mengucapkan harijadi kepadanya.  Sudah menyusun ayat mendoakan semoga lelaki yang hampir 16 tahun bersamaku ini agar hidupnya dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah.  Semoga dia berjaya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat.  Semoga dijauhi segala perkara yang tidak baik.

Doa dan harapan terhadapnya adalah semua yang baik dan positif.  Mengenangkan usia yang semakin bertambah ini yang paling diharapkan ialah agar kita dapat menjadi muslim yang sebenar-benarnya yang dapat mengikut landasan agama Islam.  Mematuhi dan mengikut ajaran yang Islam. Menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup.  Itulah HARAPAN dan DOA.  Semoga Allah memakbulkan setiap harapan dan doa itu.

Sebelum memejamkan mata, mari kita mengucap syukur kepada Allah kerana masih lagi bernafas dan menikmati hidup ini. Marilah kita mengikis setiap sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita. Marilah kita saling memaafkan di antara satu sama lain.

Sekian...semoga keimananan, ketakwaan milik kita................................


Thursday, February 6, 2014

Rasa hati

Lama tidak ke sini. Seperti hilang waktu dan ruang untuk mencoret walau pun sebaris.  Sebenarnya bukan masa yang mencemburui, bukan masa yang tidak singgah namun segalanya seperti hilang dan hambar menyebabkan tiada perasaan dan jiwa ingin mencoret sesuatu.  Walau banyak sungguh yang sepatutnya dilorek dan dicatat untuk melepas apa yang terpendam.  Benarlah hidup ini tiada satu pun kepuasan yang hakiki kerana sesuatu yang kita miliki itu bukanlah milik mutlak kita.  Segala apa yang kita ada, segala apa yang kita kecap bukan milik kita kerana segala yang di langit dan di bumi milik Yang Maha Esa.

Wednesday, November 6, 2013

My happy day


Alhamdulillah, maka pada 27 Okt, 2013 dengan ini tamat lah secara rasmi episod berulang-alik ke UKM Bangi.  Sebenarnya menghadiri konvokesyen untuk kali kedua ini suhu keterujaannya tidak setinggi ketika menghadiri konvokesyen pertama kali untuk sarjana muda pada tahun 1997. Namanya sarjana muda , masa tu tengah muda remaja memang la teramat teruja, berdebar dan sakan gembira. Untuk peringkat sarjana ni umur pun dah meningkat dah matang (kononnya) so lebih cool ler.  Apa sekalipun ini adalah saat kemuncak meraikan segala penat lelah, bersekang mata, tension mencari tajuk, tension membuat temujanji dengan supervisor yang suka batalkannya di saat-saat terakhir.  Tension terkejar-kejar menyiapkan segala tugasan di sekolah dan kemudian mengadap lap top mencari bahan untuk assingment , presentation dan sewaktu dengannya,

Ohhh....lega, syukur kepada Allah kerana dengan iziNya memberi kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi, kelapangan dan kemudahan.  Tanpa izinNya memang tidak mungkinlah dapat memakai jubah, topi dan memegang jambangan bunga yang amat cantik.  Terima kasih kepada en suami yang amat memahami kehendak isterinya, untuk anakanda  tercinta yang mengerti di saat mamanya yang sering terkejar-kejar dan meninggalkannya hampir setiap minggu.  Tidak lupa terima kasih untuk mak yang mengiringi langkah kehidupan anaknya dengan doa saban waktu.

Banyak cerita pahit manis, masam, lemau di sebalik kejayaan ini.   Rasa sakit, geram, rendah diri , bengang dan macam-macam rasalah semuanya ditelan dan dicampak jauh-jauh untuk menggapai sebuah impian ini.
Ini adalah salah satu cebisan sahaja dari episod kehidupan.  Semoga ini merupakan langkah yang akan membawa kepada langkah-langkah kejayaan. Amin.

Saturday, October 5, 2013

boleh update di mana-mana

Wah dah bersawang buku mayaku ini. Sibuk mengalahkan menteri pelajaran. Ni lagi la budak-budak nak exam SPM , cikgu yang kelam kabut.

Ahaksss tak nak cerita pasal budak buat hilang mood jer. Now dah ada telefon baru boleh ler update blog selalu.

Ni baru balik dari kursus di Pengkalan Cepa Kelantan. Lebih kurang 5 hari berada di sana. Wah makanan di Kelantan memang marvelous! Pagi nasi, tengahari nasi, malam nasi . Huwaa nasib baik tak duduk lama kalau tak boleh naik kilo. Apa pun memang nasi kerabu sana best.

Sempat la koi mengambil beberapa keping gambar semasa berlegar- legar di pekan Pengkalan Cepa itu. Happening la jugak sebab ada UMK


Friday, August 23, 2013

suddenly


Tiba-tiba sahaja teringat dairi lama ini. Tiba-tiba sahaja nak menepek lagu ini walaupun sebenarnya tidak relevan dah tapi sesekali melayan perasaan apa salahnya kan. Semenjak dua menjak ini dunia ini terasa sungguh kejam sekali. Melihat wajah-wajah suci, besih, comel, tenang dan yang pastinya tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman, kezaliman, penindasan dan rakusan manusia yang berhati syaitan dan iblis. Mesir, Syria, Palestine benar-benar menggoncang hati dan nurani. Limpahan simpati masih tidak mencukupi melihat nasib umat Islam yang tidak bersalah ditindas sebegitu rupa.

Wednesday, June 26, 2013

"7%" Written by a 90 year old

"7%" Written by a 90 year old

This is something we should all read at least once a week!!!!! Make sure you read to the end!!!!!!

Written by Regina Brett, 90 years old, of the Plain Dealer, Cleveland, Ohio .

"To celebrate growing older, I once wrote the 45 lessons life taught me. It is the most requested column I've ever written.

My odometer rolled over to 90 in August, so here is the column once more:


1. Life isn't fair, but it's still good.

2. When in doubt, just take the next small step.

3. Life is too short – enjoy it.

4. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and family will.

5. Pay off your credit cards every month.

6. You don't have to win every argument. Stay true to yourself.

7. Cry with someone. It's more healing than crying alone.

8. It's OK to get angry with God. He can take it.

9. Save for retirement starting with your first paycheck.

10. When it comes to chocolate, resistance is futile.

11. Make peace with your past so it won't screw up the present.

12. It's OK to let your children see you cry.

13. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

14. If a relationship has to be a secret, you shouldn't be in it.

15. Everything can change in the blink of an eye, but don't worry, God never blinks.

16.. Take a deep breath. It calms the mind.

17. Get rid of anything that isn't useful. Clutter weighs you down in many ways.

18. Whatever doesn't kill you really does make you stronger.

19.. It's never too late to be happy. But it’s all up to you and no one else.

20. When it comes to going after what you love in life, don't take no for an answer.

21. Burn the candles, use the nice sheets, wear the fancy lingerie. Don't save it for a special occasion. Today is special.

22. Over prepare, then go with the flow.

23. Be eccentric now. Don't wait for old age to wear purple.

24. The most important sex organ is the brain.

25. No one is in charge of your happiness but you.

26. Frame every so-called disaster with these words 'In five years, will this matter?'

27. Always choose life.

28. Forgive

29. What other people think of you is none of your business.

30. Time heals almost everything. Give time time.

31. However good or bad a situation is, it will change.

32. Don't take yourself so seriously. No one else does.

33. Believe in miracles.

34. God loves you because of who God is, not because of anything you did or didn't do.

35. Don't audit life. Show up and make the most of it now.

36. Growing old beats the alternative of dying young.

37. Your children get only one childhood.

38. All that truly matters in the end is that you loved.

39. Get outside every day. Miracles are waiting everywhere.

40. If we all threw our problems in a pile and saw everyone else's, we'd grab ours back.

41. Envy is a waste of time. Accept what you already have, not what you need

42. The best is yet to come...

43. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

44. Yield.

45. Life isn't tied with a bow, but it's still a gift."

Saham akhirat

Lamanya tak update blog. Alasan yang sama dan rata-rata semua orang mempunyai alasan tersebut. SIBUK...menyibuk dan disibukkan. Hari ini meluangkan sedikit masa untuk update cerita. Cerita ke? Hurmm...yela kot. Ni nak cerita tentang D'Garage Community yang terdiri daripada beberapa orang individu membuat kerja-kerja kebajikan secara kecil-kecilan. Kenapa di panggil secara kecil-kecilan kerana ia dibuat secara part time sahaja. Sebab semuanya bekerja dan mempunyai komitmen yang tersendiri. Walau secara kecil tetapi diharap usaha ini dapat meringkan sedikit beban golongan yang memerlukan. 

Projek yang seterusnya adalah mendapatkan sumbangan aidilfitri untuk rumah orang-orang tua.  Anda semua boleh lihat gambar yang dilampirkan di sini.  Sumbangan berupa kain batik dan kain pelekat.  Setakat ini sumbangan untuk kain batik sudah mencukupi. Cuma sumbangan untuk kain pelekat masih dijalankan.  Harap-harap dapat mengumpulkan sumbangan sebelum raya ni. Moga Allah permudahkan.

Ada sesiapa yang berminat nak menyumbang? Nak buat saham akhirat? 

D'Garaje Community

EXECUTIVE PROFILE

Introdcution
We D’GarageCommunity is a voluntary group of individuals who reside in the Klang Valley and has recently joined by a community in Temerloh to extend our passion into assisting others with sincere goals none others than to see our surroundings filled with love, peace and joy.

Our major concern is to respond to the needs of the selected communities who are the Poor, Orphan, Sick, Elderly and Disabled (POSED) in the areas of education, health and well-being.  It is our great pleasure to contribute to the less fortunate and knowing that there are people who are thoughtful in sharing their fortune, has to a great extend touched D’GarageCommunity so pleasingly to continue this heartfelt effort further.  This sincere move continues as we understand there are many out there who are in need and better still when there are more philanthropist.

We are here to gather, trade and surrender the treasures that are entrusted to us for the less fortunate.  Humbly, we are here to reach and bridge those who receive with those who are thoughtful to give through our networking in D’GarageCommunity.

Objectives
We believe this voluntary effort would achieve the following objectives:
1.            To assist fulfilling the needs for the less fortunate communities with comfort  living
2.            To unite the thoughtful communities with the less fortunate in building relationships with society
3.             To create cordial surroundings and develop the concept of sharing and caring among communities
4.            To instill voluntary passion among communities to support the well-being of humankinds
Activities:
1)     Research on target communities in need
2)     Gather goods received from society and make selections
3)     Garage Charity Sale:
a)     PETRON Petrol Station, Sg. Besi, Kuala Lumpur – 3 & 4 August 2012
b)     Masjid Jamek Kajang, Selangor Darul Ehsan – 7, 8 & 14 June   2013
4)     Sponsorship search

Projects:
1.      Sumbangan Aidilfitri – Pediatric Ward, Hospital Kajang, Selangor on the 15th August 2012  (Please refer to our blog at www.dgarage.com)
2.      Back to School program – Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bandar Baru Bangi, Selangor end of December 2012
3.      Back to School program –Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Nur Iman, Kuantan, Pahang end of December 2012
4.      Back to School program – Rumah Anak Yatim Al- Kauthar, Bangi, Selangor end of December 2012
5.      Sumbangan Aidilfitri – Rumah Jagaan Orang-orang Tua, Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Semenyih, Selangor (Ongoing)
6.      Sumbangan Aidilfitri – Rumah Jagaan Orang-orang Tua, Pertubuhan Kebajikan Rose, Kajang, Selangor (Ongoing) 

And we may begin.…..
We believe there is no conclusion to our charity efforts and we may begin with your support in every possible and sincere manner to put a smile in every precious face we see.  To us, we begin with “It is our pleasure to treasure your kind gesture”.
“Alone we can do so little, together we can do so much”
Hellen Keller
Thank You
D’GarageCommunity

  Thoughtful is Helpful

Monday, June 3, 2013

Assalamaualaikum.

Malam ini ada rasa kerajinan bertandang untuk mencoret sesuatu.  Kesibukan dunia ini kadang-kadang benar-benar memenatkan. Kemungkinan besar faktor umur yang semakin meningkat, maka keletihan mudah terasa.  Hehe...agak janggal untuk menulis.  Otak dah semakin membeku. Apa sekalipun kami baru balik dari Pulau Pinang.  Membawa pelajar di bawah PSS ke sana. Seronok dapat berkunjung ke Pulau Mutiara itu.  Namun yang tidak seronoknya makanan di Padang Kota benar-benar 'mencekik'.  Bayangkan makan pasembur dengan harga RM49.00.  Jadi sesiapa yang teringin makan di sana di harap berhati-hati.  Tanya dulu harganya atau jadi macam anak murid saya yang bijak kerana mereka minta pasembur dengan harga RM10.00 sahaja.

Sunday, April 14, 2013

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin baru Ana, semoga rumahtangga diberkati dan dirahmati Allah selalu.
(28.03.2013/30.03.2013)