Monday, December 22, 2008

Aku tak cuti !!!

Cuti panjang tahun ni aku rasakan begitu pendek sekali. Sedar tak sedar dah nak masuk minggu terakhir cuti. Huwaaaa....penatnya dan kalau boleh nak je sambung lagi cuti. Macam mana la aku tak rasa macam tu cuti tahun ni aku asyik berulang alik dari Temerloh ke Kuantan pas tu ke Kemaman pulak. Seingat aku sepanjang cuti ni hanya dua minggu aje aku duduk di Temerloh selebihnya di Kuantan dan Kemaman.
Sebelum cuti sekolah dulu macam-macam yang aku plan untuk student aku. Nak buat module la, nak buat soalan la, nak siapkan nota la, nak siapakan semuanya untuk library la. Hahhaha alih-alih satu pun aku tak buat, kecuali menyemak data buku di library itu pun siap sebab aku upah budak.
Susah jugak duduk jauh dari mak ni. Tak balik kan asyik teringat je , kesian pulak pada dia menguruskan semua benda seorang diri. Kalau dulu masa kami semua duduk di Kuantan senang aje aku nak jenguk orang tua tak sampai sejam. Apa pun aku dah selesaikan mana yang patut. Tahun ni aku tak sempat nak bawa adik-adik aku beli peralatan sekolah tapi aku siap bagi duit pada mereka. Pandai-pandai la si Nabila dan Aisyah tu beli sendiri. Hehheheh Kak Long dah penat gilerr dok ke hulu ke hilir.
Apatah lagi aku nak pindah rumah di Temerloh ni, nak angkut semua barang-barang dari Kuantan ke sini. Memang la aku ke hulu dan ke hilir. Kemas rumah di Kuantan, kemas rumah sewa di Temerloh, cuci rumah yang nak pindah ni. Pegi survey lampu la, perabot la. Huh...kering ler aku tahun ni. Apa nak buat masuk rumah cam tu la.
Apa pun aku mesti siapkan jugak module untuk budak-budak form 3 nanti. Senangkan kerja aku jugak, lebih-lebih lagi budak kelas hujung-hujung dunia tu...tak la aku rasa darah aku mendidih sampai ke kepala bila budak-budak tu tak bawa buku.
Esok aku dah kena pergi sekolah dah..nak jenguk library yang mungkin dah berabuk. Cikgu Iqbal mesti bengang pada aku janji nak siapkan mengecat dinding luar library hari Jumaat dulu tapi aku tak sempat sebab kena balik Kuantan. Tak pe la ada seminggu lebih lagi ni aku pulon la siapkan kerja. Lagipun aku ni memang la last minute person.

Thursday, December 18, 2008

KATA LELAKI "WANITA ITU LEMAH"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut..... besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ... kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersandar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak Membasuh pakaian,menyediakan makanan Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....


Hehehhehe setuju ke tak?

KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.

Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
Renungilah dan mari la berfikir.

Wednesday, December 3, 2008

Mak Datin Linda seronok jumpa kau!!!

Seronok tak terkata hari ni. Nasib baik Asmiah add aku di facebook, kalau tak berkurun la aku tak jumpa kawan-kawan aku masa di Shah Pekan. Thanks a lot As. Heheheheheh Mak Datin (ingat tak panggilan aku untuk kau Linda) aku ni dok ingat kau siang dan malam. Selalu la aku berharap terserempak dengan kau di mana-mana di sudut2/bangunan/tempat di Kuantan tu. Tapi hampehhh.
Terlalu gembira sampai tak terkata la Linda, dapat tengok kau tengok Kim. Ni aku dok tunggu bila la Kim nak bagi message kat aku. Terima kasih kerana komen utk posting aku dlm blog. Aku cuba bukak facebook malam ni tapi tak dapat. So kalau kau baca ni kau tahu la aku dah baca semua komen kau dalam email aku.
Hehehhe kau pun tak berubah, cam dulu brutal. Aku jiwang ke? Alamak!!! kau silap kot. Aku la manusia yang kadang-kadang belasah je. Aku tak macam dulu tau.
Ok la hari ni aku tulis dalam blog ni special untuk kawan-kawan semasa di SHAH Pekan, 1st batch (sape2 budak Shah yang terbaca tu add la aku dalam facebook).
Akhir sekali selamat bertemu kembali Linda, Suli, Lin, Phaten, As, Siti Nor dan semuanya sekali.
Lepas ni boleh la chat dalam ym.

Belajar buat movie maker

Boring dok rumah sorang2 cuti ni. Aku mencuba untuk membuat movie maker ni. Hehheeh menjadi gak walaupun try and error je. Tak tahu la lagu tu sesuai ke tidak aku pakai belasah je lah. Seronok bila dah lihat hasilnya. Lepas ni boleh la aku buat lagi tak payah nak upload gambar satu-satu. Hehheheh mesti hubby aku tengok ni terpana punya. Lagi satu tak payah dah nak cuci gambar masuk dlm album. Tengok je kat sini.

Tuesday, December 2, 2008

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa bolehHalang!!!

Orait jugak pantun ni. Seorang kawan telah meletakkan dalam tagged aku. Hayati , renungkanlah dan yang penting jangan tinggal sembahyang.

CINTA

CINTA-Sentiasa berhikmah dan berdiplomasi,
Berikan penghargaan ataupun pujian sebelum
menyebut satu teguran. Elakkan melukakan hati
pasangan dengan sengaja.


CINTA-Sentiasa bertanggung jawab. Cuba buat
senarai semak mengenai apa yang perlu kita
lakukan bagi memupuk kasih sayang dan me-
motivasikan pasangan.


CINTA-Sentiasa bahagia. Programkan hati dan
minda sentiasa bahagia walaupun masih banyak
masalah yang belum selesai ataupun belum
diatasi.


CINTA-Tidak memaksa pasangan mengalah demi
mendamaikan keadaan. Bila pasangan terpaksa
mengalah, hati akan terguris dan hubungan ter-
ancam pada jangka panjang.

Berdoa dan yakin cinta kita kekal hingga ke akhir
hayat dan bersambung di alam akhirat.