Saturday, December 12, 2009

Tidak pernah terjangkau

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!

Thursday, November 19, 2009

Plain Jane


"Plain Janes always make beauties look more beautiful", ayat-ayat yang aku ambil dari sebuah novel yg bertajuk Plain Jane. Ayat itu membawa aku ke menerawang tentang diriku ketika zaman kanak-kanak dan remaja.


Aku selalu menganggap diriku sebagai Plain Jane sehinggakan aku mendapat penyakit inferiority complex. Ramai yang tidak tahu aku mempunyai masalah itu. Zaman remaja aku sedikit hambar kerana penyakit dalaman ku itu.


Ketika itu keyakinan diri langsung tiada. Dalam fikiran hanya ada perasaan malu yang tidak bertempat dan sering merasa diri tersisih. Apatah lagi berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana. Aku pernah dicop sebagai anti lelaki kerana sifatku yang kurang berkomunikasi dengan lelaki dan garang dengan lelaki. Hahhaha sampai kini pun bila bertemu semula rakan-rakan sekolahku di dalam FB mereka amat mengingati karekterku yang satu itu. " Zai, kau dulu masa sekolah garang sangat", itu la komen mereka.


Mereka tidak tahu yang sebenarnya aku merasa rendah diri untuk bergaul, terasa tidak ada keistimewaan langsung yang dapat menarik perhatian mereka. Aku begitu gusar jika aku ini amat membosankan, jadi jalan selamat aku menjadi orang yang pendiam.


Namun Plain Jane juga mempunyai keinginan yang berkobar untuk keluar dr kepompong kesederhanaan itu, mempunyai naluri ingin menjadi popular. Seiring dengan masa dan kedewasaan aku mula berubah watak. Seingat aku ketika usia 19 tahun di tingkatan 6 atas aku mula meningkatkan keyakinan diri dan cuba menjadi orang yang lebih positif. Ternyata perubahan itu membawa keceriaan kepadaku dan memberi aku satu semangat juang.


Pun begitu dalam usia sebegini aku merasakan aku suka menjadi Plain Jane dan kini aku mengerti setelah memerhati, setelah merasai dan setelah melalui aku amat suka dengan kesederhanaan kerana Plain Jane itu sebenarnya mempunyai keistimewaan dan keunikan yg tersendiri.


Sunday, November 1, 2009

Hikmah 5 Jari


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.


Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Monday, October 19, 2009

Minat


Wah..agak lama juga aku tidak mencoret di diari maya ni. Baru lepas PMR jadi silibus pun dah habis, cuma yang ada hanya la program atau aktiviti sahaja. maka kuranglah sedikit beban kerja. Nampak je student form 3 aku selamba je suruh they all lepak kat rumah. Hehehe bukan apa datang sekolah pun kalau dok bising dan buat vandalisme menyusahkan cikgu baik duduk rumah, tau-tau aje la budak-budak sekarang tak boleh duduk diam.


Walaupun begitu kerja aku di library ni berlambak-lambak macam timbunan kain yang tidak dilipat untuk seminggu. Masih ada 4 kotak buku yang masih belum diproses, tapi aku berjanji walau apa pun caranya buku-buku itu pasti akan siap semua sebelum cuti nanti.


Menyentuh tentang buku, aku memang suka membaca buku hehehhe tapi baca NOVEL la beb. Semenjak kanak-kanak lagi aku suka mengumpul duit membeli majalah pada ketika itu famous dengan majalah Bujal. Aku sanggup berjalan kaki hampir 3km (tapi ikut jalan kg la) untuk membeli majalah tersebut.


Kalau novel aku memang suka membaca karya Khadijah Hashim dan Khairudin Ayip. Masih teringat lagi novel-novel kegemaranku Badai Semalam, Mira edora, Laila Azwa Gadisku, Merpati putih Terbang Lagi, Guruku Ibuku Jua dan banyak lagi yang sudah aku lupa.


Menginjak ke zaman remaja aku sudah mula berjinak dengan novel-novel Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan beberapa penulis lagi . Namun yang kelakarnya bila dah berusia macam ni aku beralih ke novel cinta keluaran alaf21, creative, prima dan sebagainya. Memang berbeza betul mesej yang hendak disampaikan oleh penulis seperti A.Samad Said berbanding dengan penulis kini. Kalau ditanya kepuasan mesti la novel-novel sasterwan negara tu lebih puas membacanya dan lebih bermakna walaupun kadang-kadang cara penyampaian mereka berbelit-belit dan sukar difahami.


Hehhehe usia 18tahun aku mula diperkenalkan pula dengan novel Inggeris Millis & Boon. Huwaaa...seronok tak terkata barulah aku ni terdedah sedikit pada apa-apa yang sepatutnya "terdedah" hahahhahah. Tapi bila usia dah 20an aku tinggalkan mills and boon dan khusyuk dengan historical romance daripada Barbara Cartland, sesekali aku menikmati novel dari Sydney Seldon, dan sekali sahaja aku membaca novel dari Agatha Cristhie (tak minat sebab cerita agatha labih pada penyiasatan). Novel English dah berbakul-bakul aku baca tapi english aku tak jugak bagus..kwang..kwang..kwang..


Buku ku sememangnya dah menjadi berkota-kotak sepatutnya kalu rumahku besar ketika itu aku teringin membuat mini perpustakaan tapi dah rumah pun kecik terpakasalah aku memberi sahaja buku-buku itu kepada rakan-rakan yang berminat setelah berkahwin.


Sekarang ni aku masih lagi suka membaca dan membeli buku , alhamdulillah minat aku semakin tearah kepada buku-buku agama dan motivasi. Buku masakan masih belum terbuka hati...hehehehehehhe



Friday, October 2, 2009

Bila sudah kembali bersua

Semenjak dua menjak ni aku jarang menjenguk dan menulis dalam blog nih. Ada banyak perkara yang ingin dicatat tetapi tak ada mood. Pertamanya aku sibuk berfacebook. Sakan betul aku berfacebook maklumlah teruja bertemu semula rakan-rakan lama di alam siber.

Rakan-rakan dari sekolah rendah, menengah hinggalah ketika di universiti. Namun dalam kegembiraan bertemu mereka di alam maya ini terselit jugak rasa terkilan dan aku mula menyedari hakikat bahawa sedangkan pantai pasti berubah inikan manusia.

Kadang-kadang kita menganggap mereka masih mengingati kita, saat bermain, bercerita atau bergembira namun hakikatnya ada yang telah melupakan segala-galanya , malah tidak ada sekelumit pun kenangan yang dibawa bersama.

Suasana dan penghidupan baru rupanya banyak mengubah seseorang. Kadang-kadang aku hanya tersenyum sendirian, masing-masing sudah berubah lebih berstail, lebih banyak 'english' dari bahasa sendiri. Bila sudah bertemu dan berbual aku sudah mula memikirkan masa sudah jauh meninggalkan segalanya yang ada hanya kenangan!

Sunday, August 23, 2009

Rasa?


Kadang-kadang kita boleh memberi bermacam pendapat, melontar pelbagai saranan, mengutarakan macam-macam pandangan. Tetapi apabila bab untuk melaksanakan atau mempraktikkan amatlah payah.


Kadang-kadang membaca pelbagai jenis buku motivasi pun tidak menjamin anda akan menjadi orang yang bermotivasi atau kuat semangat. Bila diduga dan diuji barulah kita tahu di mana tahap kita; lemah atau kuat, bijak atau bodoh.


Namun dalam hidup ini, hati dan perasaan tidak boleh dijadikan pakar rujuk. Kalau ikut hati mati, kalau ikut rasa binasa.


Apa sekali pun berpandukanlah pada iman, walau yang ada hanya sekelumit cuma.


Salam Ramadhan, semuga segala amalan diberkati.

Saturday, August 8, 2009

jujur


Kali ini tulisan aku mungkin agak melankolik sedikit. Hidup memang sebegitu ada masa terlalu dramatik, emosional dan macam-macam lagi la. Dalam hidup ini antara perkara yang penting adalah kejujuran. Apa jua bentuk hubungan yang dibina kejujuran adalah asasnya. Jadi aku tidak mahu menulis panjang, cuma ingin menampal lirik lagu yang pernah menjadi kegemaran aku. Ditujukan khas buat seseorang, sekiranya dia membaca hayatilah makna kejujuran itu.Sekian.


Jujur

by Radja

Duhai kekasih pujaan hatiku

Apakah kau memberiku satu arti

Sedikit rasa yang bisa kumengerti

Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta

Setulus hatimu bisa menerima

Sebatas kejujuran yang kau miliki

Bukan sekedar bersama


Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta

Tinggalkan aku

Bila tak mungkin bersama

Jauhi diriku lupakanlah aku

O... Ho... O... Ho...


Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta

Tinggalkan aku

Bila tak mungkin bersama

Jauhi diriku lupakanlah aku

Selamanya