Friday, April 2, 2010

Seorang Liana

Ketika majlis penyampaian sijil penyimpanan kira 2008.

Sebagai anak sulung aku memahami karakter setiap adikku. Dalam ramai-ramai adikku dia lain dari yang lain. Semenjak kanak-kanak lagi aku merupakan guru tidak formalnya. Akulah yang mengajarnya ABC, membaca dan mengira, membantunya ketika menyiapkan kerja sekolah.Di situ aku tahu di mana tahapnya. Kadang-kadang aku sendiri hilang sabar mengajarnya. Walaupun begitu dalam ramai-ramai dia jarang melawan, anak yang amat patuh dan penampilannya lebih islamik berbanding kami kakak-kakaknya. Satu karakternya yang ketara ialah sikap sensitifnya.


Namun yang paling mengkagumkan aku ialah sikapnya yang kuat berusaha, seorang yang gigih. Dia bukanlah seorang pelajar yang bijak, jauh sekali cemerlang. Tahapnya amat sederhana. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar seperti UPSR, PMR dan SPM, kami tidak pernah mengkritik atau memarahinya kerana kami semua tahu di mana kedudukannya. Namun ada yang boleh dibanggakan dengan keputusan SPM nya apabila subjek matematiknya mendapat gred A.

Kesungguhan dan ketekunannya amat terserlah. Kadang-kadang jatuh kasihan melihat kesungguhannya mengulangkaji pelajaran. Perasaan terharu juga dirasai bila dia saban malam melakukan solat sunat hajat. Tiap kali peperiksaan ketika di sekolah atau di Politeknik dia pasti menelefon emak dan meminta emak melakukan solat hajat untuknya. Aku pernah berpesan padanya bahawa dia perlu menjadi orang yang sangat kuat, rajin dan tekun beribu kali ganda dari orang lain jika dia mahu berjaya. Alhamdulillah dia melakukannya.


Pendakian untuk mencapai cita-citanya ibarat mendaki dari satu anak tangga ke satu anak tangga. Tamat SPM, aku menyuruhnya memohon politeknik, dia berjaya mendapatkan tempat di Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah. Setelah mendapat sijil penyimpanan kira di POLISAS itu, dia sekali lagi berjaya melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma Perakaunan di Politeknik Seberang Perai. Hasratnya yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi (semoga Allah memakbulkan).
Aku terpanggil menulis tentangnya kerana sikap kesungguhannya itu, aku sendiri tidak mempunyai sikap begitu. Dia adalah bukti bahawa kerajinan dan kesungguhannya sebenarnya adalah faktor penting untuk berjaya, bukanlah disebabkan kepandaian atau kecerdikan.
Akhir kata "Syabas Ana!"

Hari-hari seorang guru


Ramai yang mencemburui kami sebagai seorang guru. Atas satu alasan yang sangat lapok, "guru kerja sekerat hari".Aku kadang-kadang mahu tergolek-golek mendengar alasan lapok macam cerita P.Ramlee Bujang Lapok tu.


Tiada yang memahami dunia kami dengan jelas, melainkan kami yang merasa dan melaluinya.

Seawal jam 7.00 pagi secara formalnya tugas guru bermula. Apatah lagi jika guru itu bertugas mingguan mengendalikan perhimpunan pagi. Memastikan alat-alat siaraya disediakan. Memastikan kerusi-kerusi di susun dan diatur untuk perhimpunan rasmi (bagi sekolah yang tiada dewan).Memastikan pelajar-pelajar bergerak untuk masuk dalam barisan (pelajar kena panggil , kalu tak panggil alamat berkulat la).


7.40 pagi kelas telah bermula. Masing-masing guru yang ketika itu ada waktu free akan terus menuju ke kantin. Istilah yang sering kami gunakan ialah 'isi minyak".Yelah selepas itu kami akan masuk ke kelas, menggunakan segala tenaga, suara.Habis waktu persekolahan pada pukul 2.00 petang, namun 2.40 hingga 3.30 atau 4.00 ptg disambung dengan kelas tambahan bagi kelas-kelas peperiksaan.


Sebenarnya, waktu itu adalah waktu puncak.Amat meletihkan. Bayangkan dari pagi dan sampai ke petang. Perut lapar, badan dah penat. Apatah lagi pelajar.Kadang-kadang kesian pada pelajar"cikgu laparlah". Tapi apa nak buat. Korang pun satu hal jugak, dah tahu ada kelas sampai petang bukannya reti nak bawa air ke , roti ke, dah tahu kantin tu teruk.


Kalu dahulu bangunan sekolah hanya dua tingkat. Tapi sekarang cuba anda perhatikan bangunan sekolah kebanyakan 4 tingkat dan mempunyai banyak blok. Oh bayangkan pergerakan guru dari blok A lepas habis dua masa bergegas ke blok B tingkat 4.Mana-mana guru yang mengandung mengeluh. "kak zai boleh tak nak tempah bilik tayangan, tak larat la saya nak naik ke tingkat 4 blok sana". Kesian cikgu tu, dalam keadaan berbadan dua memang nampak dia lesu.Aku sendiri pun mengalami masalah pasal bab-bab mendaki tangga ni. Kaki lenguh, dan aku mengalami masalah urat timbul. Takut nak tengok urat-urat di kaki dan peha yang semakin timbul .


Kerja sekolah jangan cerita la, setiap hari perlu dibawa balik, kalau tidak dibawa balik dari segi buku latihan pun akan dibawa balik dari segi bebanan perasaan sampaikan mengingau-ngigau di tempat tidur.


Arghh..konsep guru dulu dan sekarang sebenarnya jauh berbeza. Semuga Allah menguatkan semangat aku nih....



Thursday, April 1, 2010

Happy Birthday Abang

31.03 harijadi suamiku. Tahun ini tidak seperti tahun-tahun lepas aku tidak sempat prepara apa-apa pun disebabkan kesuntukan masa. Maaf abang sebab tahun ini tidak ada kad seperti tahun-tahun sudah. Teruknya isteri abang ni kan.
Awal pagi lagi sebelum ke sekolah, aku dah wish abang. "Happy birthday abang, semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat selalu, bahagia selalu dan berjaya dunia akhirat".Hehe, pokok pangkalnya segala kebaikan itu aku doakan untuk suamiku ini.
Ingatkan selepas habis sekolah aku mahu ke bandar, membeli sejambak bunga dan sepotong dua kek untuk meraikan dengan suami dan anak. Tapi bila suami menelefon menyatakan dia ada meeting di Kuantan, mood aku tiba-tiba hilang.
Suami menelefon , dia telah membeli popia basah dan mee sup kegemaranku. Bila tanya kat mana nak celebrate birthday dia, suamiku itu hanya gelak. "celebrate kat rumah je ngan popia basah dan mee sup, bajet sikit, kan zai kena pergi Penang nanti". Aku hanya setuju sahaja.
Petangnya bila suami dan nia sampai ke rumah, aku menyediakan makanan yang dibeli itu dan kami menikmati bersama-sama. Dengan 'pengaruh' anak daraku seorang itu, akhirnya si abah bersetuju untuk menjamu selera di secret recipes. Tiap-tiap tahun memang macam ginilah. Orang lain sambut harijadi, orang lain yang sibuk untuk makan kek dan memilih tempat makan.Tak kisah la layan je la anak dara sorang tu.
Suami hanya memesan air suam. Nia, sepeti biasa dengan blueberry cheese cake dan aku hanya memesan spageti bolognise dengan espresso.Malamnya nanti suamiku itu ada BBQ anjuran pejabatnya, so dia memang tak boleh nak makan.
Ok la tu, walau pun simple, cam cakap omputih "short and sweet" tetapi amat bermakna. Happy birthday sekali lagi abang. Terima kasih kerana cukup memahami akan seorang isteri yang tidak sempurna ini. Segalanya di hati.....ikhlas, sayang dan kesetiaan.

Sunday, March 21, 2010

Sepetang di pantai Batu Hitam

Seaview! seronok lepak di sini. Waktu petang memang ramai pengunjung.


Nia turun sendirian ke pantai. Aku dan abahnya sibuk mengunyah
keropok.

Pantai Batu Hitam merupakan satu tempat kegemaranku semenjak dahulu lagi. Ia satu pantai yang unik kerana mempunyai batu yang berwarna hitam. Batu-batu itu sebenarnya merupakan satu daya tarikan kepada pantai ini. Ketika air surut aku gemar berjalan di atas batu-batu itu sambil memandang laut lepas. Pemandangan di tepi pantai sebenarnya memberikan aku satu perasaan yang sukar dihuraikan. Segala keresahan boleh hilang jika dapat melihat deburan ombak dan melihat kanak-kanak dengan riang berlari-lari di gigi air.



Sempat berposing sebelum makanan tiba.



Pada petang Sabtu lalu (20 Mac 2010) aku berkesempatan untuk menikmati pemandangan di pantai itu sambil menikmati keropok lekor. Seronoknya...walaupun keropok itu tidak sesedap mana. Hehe...ini je la yang mama dan abah mampu Nia..nak bercuti jauh-jauh poket masih 'nipis'. Kalau ada rezeki, insyaAllah mama dan abah bawa Nia bercuti luar Pahang. Apa sekalipun anak daraku itu seronok.




Khusyuk betul pakcik ni baca paper. Baca paper apa la agaknya....


Friday, March 19, 2010

Berkelah di Sg.Benus, Hutan Lipur Lentang, Bentong




Dahulu semasa baru berkahwin , kami pernah singgah di Hutan Lipur Lentang ini. Bukannya berkelah tetapi sekadar singgah , hanya mencecah-cecahkan kaki di air sahaja. Cuti kali ini (18.03.2010) bagi memenuhi kehendak Nia dan aku la terutamanya yang teringin sangat hendak mandi sungai, mr hubby membawa kami ke sini setelah perancangan asal hendak ke Janda Baik tidak menjadi. Bertolak pada pukul 9.30 pagi dan sampai ke sana pada pukul 10.30 pagi.










Sebelum mandi kena makan-makan dulu. Tuna sandwich, nasi goreng dan mee goreng.










Dah kenyang. Masa untuk mencari tempat yang sesuai utk lepak dan mandi! Ambil gambar dulu!Kesian Nia tengah sakit mata.




















Sesi berendam. Air sejuk macam air batu je. Ambil masa la jugak nak masuk ke dalam air tu. Nanti nak ajak mak dengan adik-beradik lain la pulak datang sini. Di sini ada semua kemudahan seperti tandas, dan tempat untuk BBQ.


Akhir kata, "Thank U very much abang, bawa kami ke sini".




















Tuesday, March 9, 2010

Hari Sukan 2010


rumah Dato' Bahaman juara 6 thn berturut-turut. Padang
yang tak berupa padang, cam gurun je, satu rumput pun takde.






tukang sorak yang tetap dan berpencen.



Rumah Orang Kaya Haji bersama sponge bob. Tak panas ke budak ni...

bersama kak umi sweet!.
camerawoman yang tak bertauliah.
thn depan bagi la orang bujang weh.
Koi nak lepak ngan geng pulak.



Tahun ini sukan sekolah yang berlangsung lebih sistematik. Perjalanan sukan tahun ini berjalan dengan lancar. Semua begitu dedikasi menjalankan tugas masing-masing. Tapi yang boringnya asyik-asyik muka aku je tukang ambik gambar. Dah masuk 3 tahun ni. Penat sebenarnya tukang ambil gambar ni, sekejap ke tempat acara, sekejap ke tempat penyampaian hadiah. Gambar sendiri pun tak ada. Asyik dok ambil gambar orang je. Tapi tahun ni aku sempat meminta seorang pelajar snap gambarku bersama beberapa orang kawan. Hehheh at least ada la kenangan terindah. Tema t.shirt guru pulak tahun ni warna pink. Wah meriah betul, berseri-seri je di padang dengan warna pink. Kecuali guru lelaki la. Kalu guru lelaki pakai pink alamat tak bersukan la jawabnya.Ok layan gambar. Hehhe ada ke yang layan..

Monday, March 8, 2010

Tanpa disedari


Akhirnya aku menjerit"turun" sempat lagi tu tersengih dan posing.






Selesai memasak pada pukul 6.30 petang. Aku bercadang melihat Nia yang tadinya sedang mencabut rumput-rumput liar di belakang rumah. Sampai di muka pintu, aku terkejut. Oh tidak! Lantas kamera kugapai tanpa memaklumkan kepadanya aku merakam beberapa perlakuannya. Sabar je lah. Agaknya perangai anak tunggal macam gini kot...