Tuesday, February 8, 2011

Lagi-lagi penat

Hari ni memang amat penat. Dari pagi berhempas -pulas menyiapkan bahan-bahan untuk mesyuarat AJK PSS. Ditambah lagi, terpaksa menguruskan jualan akhbar sebanyak 30 naskah. Huh, mujur habis jual kesemuanya. Terkejar-kejar ke kelas lagi. Namun sedikit lega di kepala ini bila dapat menyelesaikan bab 2 dengan pelajar-pelajar 3IK itu. Lepas ni kena prepare soalan ujian untuk tingkatan 3 dan 4 pula.

Mesyuarat tadi pun selesai hampir pukul 4 ptg. Balik rumah , badan dah penat tahap kritikal. Bila tengok kain yang berlambak, lagi la kritikal tahap ICU. Akhirnya dalam kepenatan itu, mengagahkan juga diri untuk melipat kesemua kain-kain itu. Yess...kain dah berlipat.

Cumanya aku dok membelek-belek assingment ni, tapi masih belum ada 'jiwa' untuk membuatnya. Mungkin aku rasa dah tepu kot sebab dua hari dok mengadap assingment tu aje. Apa sekalipun kena siapkan jugak. Esok aku kena pulun siapkan. Assingment teori masih belum berusik lagi. Aduh..aduh..dah la aku yang volunteer nak present dulu.  Bila dalam keadaan kritikal penat dan tepu macam ni , aku nak sangat menyambung belajar secara sepenuh masa. Semoga permohonan itu berjaya. You all tolong doakan sekali ya (hehe..ada ke yg baca nih..)

Tahun ni asyik cerita penat je...macam la orang lain tak penatkan....

Monday, February 7, 2011

Kelam -kabut dah!

Hehe..rasa tak cukup mata, kaki tangan semuanya. Tu la seminggu cuti, seminggu semua kerja tak berusik. Semalam baru sampai ke rumah. Dari Kemaman, singgah di Temerloh untuk makan dan solat, kemudian terus ke Serdang menghantar Anis. Lepas tu ke Seremban pulak. Balik terus ke Temerloh melalui jalan Bahau tu. Penat badan tak usah cakaplah...Pagi ni baru la terkial-kial membuka beg dan tengok assingment yang kena buat. Minggu depan dah ada kelas. Tiap-tiap mingu asyik ada presentation je. Tenseng wehhh!!. Sampai  sekarang dok depan lap top ni. Waaa..rasa nak nangis je tengok Nia dan mr hubby tidur dengan nyenyaknya. Esok dah mula sekolah. Lagi haru, satu benda pun tak prepare untuk budak 5 Za'aba tu. Alamak baju pun belum iron!!!

Saturday, February 5, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hari ini jariku cedera terkena kaca. Kebetulannya cermin almari itu telah lama pecah dan mak telah menampalnya dengan pelekat. Suamiku sendiri sudah acapkali menyarankan agar cermin almari itu dibuang kerana ia berbahaya. Tetapi aku tidak membenarkan sebab bimbang sekiranya mak terasa. Dan akhirnya...ketika aku sibuk memotong sayur bayam, si Anis menghampiriku dan meminta untuk turut memotog sayur berkenaan, tapi aku tidak membenarkannya. Jadi..budak kecik itu pun bengang lalu menujah cermin almari tersebut dengan tangannya, dengan satu tujahan sahaja cermin itu menggelonsor. Aku yang melihat keadaan tersebut dengan pantas cuba menghalangnya dengan tanganku kerana bimbang terkena kepala dia. Maka apalagi darah memercik keluar, bercucuran di lantai. Aku yang memang mabuk darah sudah mula menjerit ketakutan,ngeri melihat darah.

Hanya menggunakan minyak gamat sahaja untuk menghentikan darah tersebut. Namun aku tidak boleh bergerak sangat, bila bergerak banyak sahaja darah akan mula keluar. Jadi hari ini seharian aku berehat dan tidur serta menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di saluran Astro First. Hehe..patut la Nia sibuk meminta supaya dibelikan DVD cerita ini, rupanya kelakar giler.  Patut la budak-budak sekarang suka guna ayat "cer ..criter, cer..criter" rupanya ayat dari filem itu. Tapi ayat bomoh siam tu pu best gak "plawok, plawok, plawok...."

Ok, yang belum menonton boleh la menoton filem ini, memang kelakar habis.

Thursday, February 3, 2011

Emosi


Kadang-kadang hidup ini amat sukar ditafsirkan. Malah sukar juga dimengertikan. Mengapa ini berlaku dan tidak itu berlaku. Mengapa apa yang diharap tetapi sebaliknya yang berlaku. Bermacam-macam persoalan yang sering berlegar di fikiran kita, terutama apabila berlaku sesuatu yang menyedihkan dan menyakitkan. Lumrah manusia, kita sebenarnya selalu hilang punca dan terbawa dengan emosi. Meleret-leret dengan kesedihan, menghitung-hitung penderitaan, yang menyebabkan kita sering hilang kawalan.

Namun, bila kita hitung penderitaan kita dan kita lihat sekitar , rupanya masih ada yang lebih menderita daripada kita. Kesakitan, penderitaan itu sebenarnya wujud dengan mempunyai tujuan yang tersendiri. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku! Lemah semangat dan terbawa dengan emosi bukanlah penyelesaiannya. Apatah lagi merasa putus asa, ia benar-benar boleh membawa kepada hilangnya 'rasa' untuk hidup dan melihat sesuatu dengan positif.







Potong rumput

Kesibukan siang tadi menyebabkan aku baru kini mempunyai kesempatan untuk menulis di sini. Sibuk menjemur pakaian  kerana sang mentari secara malu-malu telah memunculkan dirinya setelah berhari-hari hujan. Malah kesempatan cuaca yang agak cerah itu juga memberi peluang untukku memotong rumput-rumput di halaman yang agak panjang. Mencantas pokok-pokok di halaman yang mula meninggi. Namun kerja mengemas halaman tu tak sempat disiapkan ,dan ia akan mengambil masa berminggu. Kami pernah memanggil orang untuk memotong, mencantas segala pokok dengan bayaran yang pada perkiraanku yang memang amat berkira ni dengan harga RM100. Cukuplah dua kali sahaja, aku fikir dengan keluasan yang begitu minima itu, harganya amat mahal. Dah boleh beli sepasang baju. Maka sejak dari itu, kalau darjah kerajinanku meningkat maka terbongkok-bongkok lah aku dengan pemotong rumput manual. Sebab itu masa berminggu diperlukan kerana alat yang digunakan pun tidak berapa canggih.Heee..macam mana la tanganku ini mahu jadi lembut bak sutera asyik-asyik bekerja sajakan.


Tuesday, February 1, 2011

Geram


Tiada apa yang menarik, melainkan isu kenaikan harga petrol RON97 semalam. RM2.50! Huh! naik la banyak-banyak , tiap-tiap bulan naikkan lagi. Biar perasaan meluat, meyampah kami ni semakin memuncak. Agaknya ini la hadiah kemenangan untuk Tenang kot. Apa jua alasan tentang kenaikan ini,yang jadi mangsa adalah rakyat. Lepas ni semua barang akan melantun-lantun naik. Sesuai la sangat Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Rakyat kena hadap semuanya dulu. Oh tak sabarnya tunggu pilihanraya. Cepat-cepatlah adakah pilihanraya tu, tak sabar dah nak memangkah. Rasanya semua orang tak sabar nak tunggu pilihanraya kali ni.

Monday, January 31, 2011

sejuk

Hujan renyai-renyai, cuaca yang mendung, mentari yang tidak memunculkan diri...hurmm..menyebabkan kain-kain ku tidak kering. Wah dah 4 hari menjemur baju di ampaian kelembapan baju masih di tahap yang sama seperti baru dikeluarkan dari mesin basuh. Cuaca yang sejuk begini menyebabkan ramai yang suka berlengkar di rumah sahaja, bersama selimut dan bantal. Malah aku sendiri begitu 'ngeri' untuk menyentuh air. Sejuknya!macam air batu. Alah betul aku pada kesejukan. Rasa nak pakai baju dan stokin berlapis-lapis.

Nasib baik dalam kesejukan ini kami dapat cuti seminggu. Itu la untungnya mempunyai masyarakat pelbagai kaum. Boleh tumpang bercuti. Namun yang tak seronoknya, Nia pulak yang tak bercuti. Setakat bercuti 2 hari untuk Tahun Baru Cina tu je.Kalau tidak boleh la balik ke Kemaman. Dah lama tak balik. Rindu betul pada mak.

Dah 12.05 tgh, nak bersiap mengambil Nia di sekolah dan membeli apa-apa yang patut untuk lunch. Beli je..sejuk la nak sentuh air. Sebelum keluar , selamat bercuti untuk anda semua dan selamat menyambut Tahun Baru Cina.