Sunday, April 24, 2011

Rehat Time

Akhirnya, tiba jua waktu yang ditunggu-tunggu. Masa untuk BEREHAT!.Walaupun agak tertekan ketika menjawab soalan esei Sabtu kelmarin , tetapi segalanya dah selesai untuk semester ini dan yang mampu dilakukan hanyalah berdoa agar lulus dengan cemerlang dan lecturer tak kedekut markah.

So lepas ini bolehlah concentrate pada budak-budak di sekolah, terutama kelas zombi kampung pisang tu. Jika ditanya tertekan tak membuat dua kerja dalam satu masa. Jawapannya , ya..memang tertekan dari segi mental dan fizikal. Nia sendiri pun selalu complaint sejak aku belajar, aku mudah melenting dan cepat marah. Oh, really sorry dear. Lepas ni mama try the best to be cool. Hehe....

Menghirup udara petang yang damai, seronoknya! Esok gaji , tak sabar nak ke kedai buku membeli novel. Dah lama tak bersantai-santai dengan novel, tersenyum membaca dan tenggelam dalam watak cerita. Jumpa semula,got to go.................. jogging time!!!!

Friday, April 15, 2011

Pukul 3 pagi

Take 5!!!
Doraemon mana ko nih, aku la peminat setia ko dulu. Tercangguk depan tv bila ko ada. Meh ler sini, tolong analisis data-data spss   ni. Mataku dah keluar kunang-kunang! tapi esok semua benda ni  dah kena hantar.  Cepat la hantar magik ko daraemon. Aku sudah kepenatan.

Thursday, April 14, 2011

bila waktu tidur aku tak tidur

Oh hidupku benar-benar rasa tunggang langgang kebelakangan ini.  Eye bag di bawah mata usah dikatalah. Malah mata sendiri pun pantang terpejam , alamatnya hendak terpejam terus. Saban hari asyik tidur lambat, otak penat, badan penat , mata apa lah lagi...penat tersangat-sangat. Kadang-kadang rasa hampir nak menangis ...sana sini, sana situ, kiri kanan dan belakang depan semua ada ....kerja , belajar, kerja , belajar. Kadang-kadang aku tidak faham...paper hanya 3 kredit tapi assingment yang diberi ibarat 12 jam kredit. Saat akhir masih ada lagi kerja...huhuuu...alamat aku jadi zombi kampung pisang la hari ni. tiba-tiba rasa nak muntah.......................................

Monday, April 4, 2011

Away...

Away for a while. Have a pleasant day!!! May Allah blessed all of you.

Saturday, March 26, 2011

Bring More Worries

Setiap minggu aku berulang-alik ke Bangi, melalui lebuhraya Pantai Timur dan Karak.  Ada satu perkara yang amat menjengkelkan hati ketika memandu ini. Ya..sejak berulang alik ini aku menyampah tahap cipan terhadap kereta-kereta yang bernilai beratus-ratus K ini. Terutamanya kereta yang aku labelkan Bring More Women, Bring More Worries a dan mungkin Bring More Money.

Pemandu-pemandu kereta ini (yang aku jumpa ya), kebanyakannya buat jalan raya tu macam jalan dia, macam dia aje yang bayar cukai jalan. Hello..tahu la kereta awak tu mahal tapi tolong la reti hormatkan orang lain sikit ya. Dah la bawa kereta laju-laju, tahu nak memotong je. Huh, jatuh sangat ke martabat kalau terpaksa duduk di belakang kereta yang lebih kecil, ingat laluan kanan tu untuk kereta mahal je ke. Kadang-kadang pemandu kereta-kereta ini macam cacing kepanasan kalau jalan tengah jam, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, nak jugak potong kenderaan lain walaupun masa tu pergerakan kereta ibarat semut bawa gula. Seboleh mungkin pemandu-pemandu kereta ni nak jugak bergerak laju walau apa keadaan sekali pun. Kenderaan lain boleh je bersabar tak ada la ke kiri atau ke kanan macam cacing kepanasan. Kalau rasa nak smooth je perjalanan tu, tak nak share laluan dengan orang lain kali buat jalan sendiri atau tak pun pasang la apa-apa kat enjin tu supaya kereta tu terus terbang tak jejak jalan raya.

Sorry naik lori ya siapa-siapa yang memandu kereta ini yang perasan prestij sangat di jalan raya tiba-tiba sesat dan baca post ini. Ada la pengalaman yang terjadi pada aku , yang membuatkan aku perlu meluahkan di sini. Cuma nak ingatkan je la...segala yang kita miliki di dunia ni bukan hak mutlak kita, segalanya PINJAMAN. Huhuuu..ok la sebelum aku menceceh yang bukan-bukan meluahkan kemarahan ini baik aku stop.

Friday, March 25, 2011

Jom...

Oh alangkah bagusnya ada pemandu....
rasa penat dan mengantuk yang amat sangat......
rasa malas pun ada....
tiba-tiba rasa nak ponteng je....
tidak bolehhhhhh............ada presentation petang ni!!
jom bergerak sekarang.......sebelum jiwa semakin kacau .... 
 

Tuesday, March 22, 2011

Jogja 2

Huhu...masa begitu mencemburuiku. Kerja berlambak-lambak dan tak pernah habis.  Rasa dah basi la pulak nak cerita pasal Jogja ni. Layan sahaja gambar. Ini merupakan Mailiaboro Street. Kebanyakan yang dijual di sini t.shirt, batik dan kraf tangan.


Kami juga berkesempatan melawat Candi Borobudur pada hari ketiga.


Juga berkesempatan melihat kesan lahar akibat letusan Gunung Merapi
Gunung Merapi....cantik..tapi bila meletus...................


Malam terakhir di bawa menikmati makanan tradisional orang Jogja...Nasi gudeg....huhuuu..demi menghormati orang yang membawa kutelan jua akhirnya , tapi sebenarnya ...tekak CAN NOT GOOO......sebab lauk pauknya manis..cam masakan orang Kelantan la lebih kurang, tapi cam manis lagi laa.


Huwaaa....nasib baik aku tengok gudeg kepala bebek (kepala itik) ni selepas makan
kalau tidak ...haha


Apa sekalipun satu pengalaman yang amat bermakna dan menarik, terutama ketika melihat pembuatan seramik. Ralit betul melihat mereka membuat tembikar secara tradisional tak sampai 10 minit terus menjadi bentuk yang diinginkan. Best kalau ada kemahiran dan tangan yang berseni ni. Ok la kena berhenti dulu, sebab kepala dok teringat-ringat modul yang perlu disiapkan sebelum Jumaat. Tak sabarnya tunggu bulan April..lepas tu boleh la rileks...hehehe...

SELAMAT MINUM PETANG!!!!