Wednesday, October 12, 2011

Marah guru

Ada beberapa perkara yang menjengkelkan hatiku sebagai seorang guru saat ini, apabila  tugas kami sebagai pendidik kepada pelajar-pelajar telah dinafikan haknya.  Bila seorang ustazah menegur dan sedikit menyentuh pipi (seakan menampar tetapi bukan tampar ya) seorang pelajar perempuan yang TIDAK BERSOLAT, bapa pelajar bekenaan telah datang memarahi pihak sekolah kembali. Datang dalam keadaan marah-marah terhadap pengetua kerana anaknya telah 'ditampar' oleh ustazah.  Marah sungguh bapa bekenaan kerana menegur anaknya tidak bersolat. 

Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk...., malang sungguh seorang bapa itu, malang sungguh seorang anak itu kerana mempunyai bapa sebegitu. Tak faham ke encik yang berkenaan bahawa dalam Islam kalau anak kita berumur 10 tahun sudah meninggalkan solat kita boleh merotannya. Tak percaya ,hah..baca la hadis dah bawah.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

Dunia ni memang dah nak kiamat agaknya. Tegur pelajar tak solat pun ,ibu bapa dan naik angin. Agaknya mereka solat tak di rumah, sampai hangin macam gitu. Sebab itu la cikgu sekarang pejam mata je perlakuan pelajar yang menjengkelkan hati , macam ni la,bila kami tegas sikit penjaga marahkan kami balik. 


Alamak stop dulu dah 5.10 masa untuk aerobik. Jommmm!!!!

Tuesday, October 4, 2011

Berlagak la luuuu

Selamat menduduki peperiksaan PMR khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga. Kepada pelajar-pelajarku ikutlah segala tips yang telah diperturunkan. Semoga anda semua berjaya kelak.


Banyak perkara yang berlegar dalam kepalaku ini.  Satu persatu masalah yang datang menyebabkan aku ibarat menjadi biskut lemak empat segi yang direndam ke dalam air kopi. Benarlah hidup ini adalah rentetan atau babak-babak masalah. Ini membuatkan kita merasa begitu kerdil.  Mungkin segala masalah ini adalah kifarah-kifarah kita yang dahulu, kerana manusia memang saban saat pasti melakukan kesalahan.

Apa sekalipun kali ini aku merasa benar-benar tidak bermaya, malah kesihatan juga sering terganggu. Itulah salah satu sebab aku jarang menulis dan datang ke sini. Semester tiga baru tiga minggu bemula. Rutin ke Bangi kembali semula dan seperti biasa menadah telinga mendengar kuliah dan deretan asingment yang menanti. Bezanya kali ini , daya konsentrasiku cukup lemah. Tidak seperti semester pertama aku mampu berjaga hingga 3 pagi membaca dan mencari bahan untuk membuat assingment. Tapi semester ini keadaan semakin meruncing, aku tidak boleh berlama di hadapan komputer, pukul 10 malam aku dah mula merasa penat dan mengantuk, bila membaca seperti semua berlalu di angin lalu. Nampak sangat mindaku tidak kuat, atau aku terpengaruh dengan segala masalah ini, atau memang aku benar-benar dalam keadaan yang tidak sihat atau aku dah nak masuk ke alam TUA hahaha......................

Jauh tersimpang, aku sebenarnya ingin mencoretkan tentang orang yang sombong dan berlagak. Kebetulan ada seorang penyewa bilik di rumah keluarga kami yang bersifat sebegitu. Ya dia mungkin merasakan diri dia hebat sebab seorang engineer , jadi tidak suka beramah mesra dengan kawan-kawan rumahnya. Merasa orang lain tu tidak setaraf agaknya sebab yang lain tu hanya SPM sahaja. Bila ada di rumah asyik menguncikan diri, sepatah pun tak mahu bercakap. Ok sayang.....kalau you rasa hebat sangat, rumah kami yang murah tu tidak layak, dan you rasa you bagus sangat sampai nak menegur orang pun tak mahu. Jadi silalah keluar ya. Tak ada sapa pun paksa you dan keluarga you yang perasan hebat tu nak menyewa kat situ. Dipersilakan keluar dengan segala hormatnya!!!

Maaf ya bagi orang-orang yang berlagak atau dulu suka panggil 'kerek', sebab cara macam tu tak kena lah. Wei ni dunia dah akhir zaman la entah esok lusa dunia ni akan kiamat. Harta, pangkat, kecantikan tak kekal. Yang kekal hanyalah amalan kita yang nak dibawa ke dalam kubur. Dalam kubur nanti malaikat tak tanya pun ko kerja apa, ayah ko sapa, ko pakai kereta apa. Wei boleh blahhhh laaa!!!!!!!!!!!!!!

P/S: AKU PALING ANTI MANUSIA BERLAGAK DAN SOMBONG. MASALAHNYA DENGAN ORANG MELAYU NI, YANGA ASAL KAYA TAK LA BERLAGAK SANGAT, TAPI YANG ORANG SUSAH BARU NAK KAYA YANG BERLAGAK MENGALAHKAN ANAK TAN SRI.

Tuesday, September 27, 2011

Rapuh

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Tuesday, September 20, 2011

Fikir sejenak.

Agak lama menghilangkan diri. Sibuk dengan Nia yang menduduki peperiksaan UPSR, sibuk dengan raya , sibuk dengan kelas tambahan, macam-macam sibuk la jawabnya. Sibuk tu satu hal, tak ada rasa nak menulis tu pun satu hal. Nak menulis kena ada mood,kena ada jiwa tapi semuanya rasa kosong je,bercampur pulak dengan perasaan malas yang begitu membara.


Jadi cikgu ni kadang-kadang jiwa kacau, terutama bila budak-budak dekat nak periksa nih. Tau aje la budak sekarang ,mereka bukannya peduli nak periksa ke, nak lulus ke ,nak gagal ke, yang haru biru cikgu. Sebab apa sekarang ni pergi sekolah bukan nak menuntut atau menimba ilmu tapi nak lulus periksa. Sekolah pulak sibuk nak jaga prestasi , nak anugerah , sijil dan macam-macam lagi. Lama-lama cikgu yang pening, tujuan jadi cikgu atau guru itu hilang menjadi tukang ajar supaya budak dapat jawab periksa.

Tapi bila toleh kanan,toleh kiri memang la dunia ni makin memeningkan, yang betul jadi salah,yang salah tup tup jadi betul,maka jadilah hairan bin ajaib. Banyak benda sebenarnya kebelakangan ini kadang-kadang buat aku tidak seronok menjadi guru, terutama guru sejarah yang sejak akhir-akhir ini sejarah ini begitu kontroversi. Bila rakan-rakan di bidang lain tanya aku isu Mat Indera, parti radikal, betul ke kita tak pernah di jajah....jawapan aku begitu mudah iaitu BACALAH dan fahamkan betul-betul. Aku bukan pakar politik atau pakar sangat Sejarah ni ,jadi marilah kita membaca dan membaca bukan satu sumber tapi kena banyak sumber.

Setakat ini la dahulu. Petang-petang yang mendung ini membuatkan tekakku ingin menghirup kopi o panas. Semoga anda di luar sana bijak menilai mana kaca dan mana permata.

Friday, August 19, 2011

tawakkal

Pejam celik pejam celik lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal. Mood raya amat ketara terutama dalam kalangan pelajar dan mungkin sebahagian daripada kita semua. Di bilik-bilik guru juga sibuk menceritakan persiapan raya. Di atas meja sudah mula kelihatan biskut-biskut raya yang di tempah sebelum puasa dahulu.

Kalau sebelum ini aku juga antara orang yang teruja untuk menyambut raya. Selalu memikirkan berapa pasang baju raya aku patut tempah, biskut raya berapa banyak perlu ditempah , kasut raya, dan berbagai-bagai lagi. Namun semua itu mula pudar semenjak 4 tahun lepas. Keterujaanku untuk diri sendiri semakin lama semakin pudar semenjak abah meninggal.

Bukan diselubungi kesedihan yang berpanjangan akibat pemergian arwah abah tetapi tanggungjawab yang perlu digalas menyebabkan aku terlalu sibuk berkira dan merancang kewangan untuk mak dan adik-adik yang pada ketika itu kebanyakannya di bangku sekolah. Jadi keperluan diriku aku terpaksa tolak ke tepi dahulu.

Mengenangkan keadaanku masa mula-mula arwah abah tiada memang agak kalut. Aku sendiri dihurung perasaan bimbang dan celaru. Bimbang duit tidak cukup antara satu perkara yang selalu ada dalam kepalaku. Dulu aku suka sangat mengira duit gajiku ; berapa lagikah yang tinggal untuk sampai akhir bulan, cukup ke ni , dan macam-macam lagi. Sampaikan kadang-kadang ia  mencetuskan perselisihan faham dan pergaduhan.

Kelakar pun ada pada ketika itu. Takut sangat duit tak cukup. Hehe...memang amat jahil sangat. Akhirnya aku penat kerana setiap bulan dok fikir pasal duit cukup ke tak cukup. Malah aku rasa rimas dengan kehidupan yang sebegitu. Mujur aku sempat tersedar. Akhirnya aku buat keputusan JANGAN KIRA DUIT lagi!. Apa yang aku lakukan ialah bila terima gaji aku asingkan duit untuk mak dan keperluan adik-adik awal dan yang selebihnya itulah untuk diri dan keperluan keluargaku sendiri , tidak kiralah berapa balancenya. Dan aku pun tak lagi merancang untuk membeli itu dan ini. Aku juga tawakkal. Ya tawakkal la ya puan-puan, sebab kena percaya dengan sungguh-sungguh rezeki tu Allah yang bagi, yang penting kita kena usaha dan selebihnya serahkan pada Allah.


Jadi kini , alhamdulillah adik-adik pun dah semakin dewasa dah ada yang bekerja. Kadang-kadang bila toleh kembali macam tak sangka je aku dapat harung semua itu. Yelah semua perkara yang nak dibuat dan hendak dibeli hanya bersumberkan duit gaji je, bukannya ada ladang getah ke yang boleh ditoreh, atau kerbau lembu ke yang boleh dijual atau sarang burung walit ke yang boleh mendatangkan keuntungan ribu raban.

Cuma di sini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga untuk seseorang. Tanpa keizinan dia, tanpa pengertian dia (walaupun ambik masa, at last boleh faham) aku dapat membantu mak dan adik-adik. Malah dia tidak banyak soal dan tidak mempertikaikan langsung yang duit ku ini banyak mengalir keluar untuk keluargaku. Semoga Allah memberkati dan merahmati  dia, mudah-mudahan makin murah rezeki. Terima kasih untuk mr hubby yang memahami.

Thursday, August 18, 2011

berleter jap

Baru selesai menanda kertas percubaan Sejarah PMR. Tak berapa tension sangat sebab untuk menengah rendah formatnya soalan objektif sahaja. Sejam dah boleh siap untuk tiga kelas. Tahun ini amat terasa kepenatan kerana mengajar lower form and upper form (ting 3,4,5). Pening kepalo den nak ingat untuk tiga tingkatan ni. Tapi walau apa pun masih bersyukur berbanding di Kuantan dahulu semua aku sapu bersih: tingkatan 3 semua kelas kena ajar, tingkatan 5 semua kelas dan tingkatan 4 ada la tersangkut satu kelas. Masa tu lagi haru. Bayangkan hanya aku sorang yang option Sejarah jadi hendak tak hendak hadap la sendiri.

Agaknya memang budaya orang Malaysia tak suka membacakan. Sebab itu Sejarah ini merupakan subjek 'pembunuh' setiap kali peperiksaan. Haha pembunuh tu , mat salleh panggil 'killer subject'. Yelah Sejarah antara subjek penggagal peratus lulus sekolah. Yang peningnya cikgu ya tuan puan. Setiap kali post mortem cikgu kena menjawab kenapa peratus menurun, kenapa budak target ni tak dapat A, kenapa kelas ni ramai yang gagal. Huhuuu...kena bagi alasan tapi ALASAN BUDAK TAK MEMBACA DAN TAK BELAJAR TIDAK BOLEH DITERIMA. Alasan itu walaupun amat logik, munasabah dan relevan bagi CIKGU yang mengajar tetapi tidak diterima oleh pihak atasan. Hah ! bayangkan betapa meruncingnya perasaan dan emosi cikgu-cikgu Sejarah memendam perasaan kerana tidak boleh memberi alasan yang paling munasabah itu. Jadi alih-alih jawapan plastik yang selalu diberi (oleh aku la ya, orang lain tak tahu ler) "Ya, saya mengaku tidak sempat ulangkaji dengan pelajar-pelajar, ya saya sebagai cikgu masih belum ajar tajuk ini, maaf guru tak beri latihan yang secukupnya pada pelajar". Cehhh....!!! padahalnya semua cikgu dah ajar. Hakikatnya memang budak-budak tak membaca. Aku pernah tanya dari hati ke hati hampir 80% budak-budak ni tak membaca.


Ikut korang la ya budak-budak. Tak nak membaca korang pakai la dadu. Baling dadu tu dan hitamkan jelah jawapan. Yang kertas esei tu pulak korang jawab je la apa yang tahu. Sebab semuanya salah cikgu bukan sebab budak yang nak ambik exam yang tak membaca.

Tuesday, August 16, 2011

Cerita sebelum berbuka

Hari ini mr hubby ada jemputan berbuka puasa di luar. Jadi hanya aku dan Nia sahaja la yang mengadap meja makan nanti. Tapi menu tetap menyelerakan: sup tulang, telur dadar,ikan bakar, sawi goreng dan nasi goreng. Hehe tiba-tiba muncul nasi goreng ek? nasi lebih semalam jadi tak baik la membazir, maka terhasil la nasi goreng.

Apa yang menariknya puasa kali ini tahap kerajinanku di dapur sudah meningkat 50%. Setakat hari ini lah hanya tiga kali sahaja kami menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan.  Itu pun on de way balik ke Kemaman dan on the way balik ke Temerloh dan kali ketiga tu hari Sabtu lalu kami ke bazar Ramadhan Jerantut kerana mr hubby amat teringin makan murtabak syed yang terkenal sedap itu. Suka sangat murtabak itu belum cuba murtbak feri lagi sedap! Paling mengujakan kami untuk setakat ni masih tidak menjenguk mana-mana bazar Ramadhan di kawasan tempat kediaman kami. Hehe jangan marah ya orang Temerloh.

Maka dengan penerangan ini menunjukkan hari-hari yang lain dalam bulan puasa ini aku memasak sepenuhnya! Wah kalau cerita pada mak dan adik-adik mesti kurang nak percaya nih. Yelah dulu-dulu tu aku terkenal dengan suka melayan kepenatan, jadi nak masuk ke dapur pun kena fikir banyak kali , kalau penat la. Kalau tak penat rajin tau. Tapi kali ni penat ke tidak aku tetap mengagahkan diri untuk memasak. Memang berbaloi la sebab boleh berjimat apatah lagi mr hubby dan cik kak tu pun suka. 

Weh dah nak berbuka la! Selamat berbuka puasa , jangan lupa doa dulu ya!