Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Kenyang makan nasi minyak, ketupat nasi, rendang, alamatnya makin bertambah la berat badan. Selepas solat raya kami sakan bergambar sebab tak lorat nak ke mana-mana. Apa sekalipun salam aidiladha, berkorbanlah untuk jalan kebaikan.

Ala si Anis ni tiba-tiba menyelit baru nak bergambar berdua.
camne mama boleh jadi rendah ni

Akhirnya si baju merah tu baru ada, kalau tidak masa raya asyik kena kerja je.   

Hehe Pn. Nattrah jangan tensen-tensen ya...smile

Sesekali berjumpa abah ya anis asyik melekat je.

Thursday, November 3, 2011

Kelam kelibut

Sekarang ni capai sana tak kena , capai sini tak kena. Banyak betul benda yang nak kena disiapkan. Hari Ahad ni Raya Aidiladha, tapi nampak gaya tak beraya la sangat. Markah peperiksaan akhir tahun perlu di key in pada hari Selasa. Huhuuuu......aku baru tanda soalan struktur. Esei belum sentuh sikit pun. Ditambah lagi dengan assingment yang berderet perlu disiapkan. Jumaat ni ada presentation. Ni baru siap slide untuk present hari tu. Aku ni pun macam lembab je semester ni, macam siput je buat kerja. Dah la tak boleh nak buat kerja banyak dalam satu masa. Huhu..kena buat satu-satu, stail orang tua la tu. Oh mata dah penat, otak pun dah bersimpang siur. Nak masuk tidur dulu. Huh,macam mana la nak cantik dan awet muda asyik tidur lambat je. Ok la selamat berehat untuk anda semua. Doakan saya dapat melakukan presentation saya dengan baik dan fasih. Chewahhh...perasan macam ada orang baca.....hehehe............

Wednesday, October 26, 2011

Pertemuan yang tak menjadi

Jenguk sebentar ke sini.  Dalam keadaan otak yang serabut dan semak,ditambah dengan badan yang penat.  Tetapi emosi yang masih belum tenang menyebabkan aku sukar untuk lelap. Sesungguhnya hidup ini amat menuntut kesabaran. Dan itulah yang perlu dan sedang aku lakukan. Apabila aku amat mengharapkan sebuah pertemuan namun pertemuan yang telah dijanjikan itu akhirnya tidak menjadi. Dalam erti kata yang lain janji telah dimungkiri. Oh betapa kecewanya...ya amat kecewa kerana demi pertemuan yang penting itu aku sanggup menunggu dan berkorban. Berkorban apa? Berkorban menunggu lah, berkorban menghirup udara di Bangi dengan penuh kebosanan demi sebuah pertemuan. Sedangkan aku boleh pulang pada hari Sabtu itu dan menjenguk emak dan adik-adik di Kemaman.


Bila pertemuan yang penting itu tidak menjadi, hidupku bertambah gerhana. Perasaanku dihurung kesedihan. Apa ya yang korang sedang fikirkan??? Ni bukan pertemuan seperti yang anda semua fikirkan. Ni sebenarnya pertemuan dengan supervisorku! Pertemuan yang belum terjadi ini menyebabkan aku runsing sebab ini sudah minggu ke-7, sedangkan proposal , tajuk entah ke mana lagi. Oh supervisor yang amat sibuk tak kasihan kah anda dengan student-student anda yang dok menanti anda macam buah yang tak gugur.

Dunia aku  sebagai pelajar tidak sama seperti zaman mengambil sarjana muda dulu. Namanya sarjana muda, masa tu masih muda lagi , duduk di kampus jadi boleh la mengejar dan menunggu lecturer berjam-jam lamanya di depan pejabat. Tak jadi hal masa tu. Tapi sekarang aku yang dah berkeluarga ni, duduk pula amat jauh dari kampus, masa yang aku ada hanyalah Jumaat dan Sabtu. Aku sanggup menunggu hingga hari Isnin apabila dia bersetuju untuk berjumpa pada hari tersebut. Aku nekad untuk berjumpa nak berbincang tentang propsal ku in. Tup, tup pada pagi Isnin yang permai jam 10 pg mesej diterima menyatakan perjumpaan itu dibatalkan dan datang berjumpa dengannya pada keesokan harinya pukul 3 ptg. Wah..wah..macam la aku ni doraemon yang ada magik boleh datang ke Bangi tu sekelip mata. Jadi aku yang dah berkampung di Bangi tu sejak Jumaat lagi, dan anak aku dah merengek-rengek kebosanan akhirnya mengambil keputusan balik.  Lantaklah..aku mengambil keputusan menghantar proposal itu ke pejabatnya dan memaklumkannya melalui sms. Bengang usah dikira lah.

Rupanya keputusan aku terus pulang tanpa menunggu lagi adalah satu keputusan yang tepat , kerana keesokan harinya aku menerima sms dari rakan yang memaklumkan bahawa mereka masih tidak berjumpa dengan supervisor tersebut walaupun dah menunggu lama. Oh kalaulah aku menunggu hingga hari Selasa dan penantian berakhir sia-sia aja macam gitu pastinya aku akan menangis berlagu-lagu........huhuuuuuu....

Wednesday, October 19, 2011

corat-coret

Stuck dengan assingment ni. Dah la semalam tidur pukul 2.30 pagi. Hari ni ada gotong royong pulak di sekolah rendah Kee Chee untuk hari anugerah sri cemerlang esok.  Kepenatan yang tidak terhingga , ajk kerja yang datangnya hanya beberapa kerat je. Sabar je la. Pukul 1 balik, telefon mak , berborak setengah jam, mandi then tidur.  Makanan untuk Nia tapau je dr kedai Jun...huhu senangnya hidup. Yelah tu senang la sangat.

Bangun tidur belek-belek assingment, masih lagi tak boleh siapkan Dah la janji minggu ni nak hantar..dah dua minggu present, eseinya tidak jugak siap.  Lepas ni nak beraerobik pulak. Esok tak ke sekolah lagi. Sayangnya dah la budak-budak tu tak sampai sebulan nak periksa SPM. Eh aku je yang rasa susah hati, budak-budak tu suka je aku tak de. Hehe tak pe lepas deepavali ni pulun habis-habis macam minggu lepas dari pagi hingga ke tengahari belajar Sejarah, sampai nak muntah budak-budak tu.

Harap-harap lepas mengeluarkan peluh petang karang aku bersemangat dan cergas untuk berjaga menyiapkan assingment malam ni. Ok la mahu bersiap...jom bersenam. Semoga anda semua dirahmati Allah.

Friday, October 14, 2011

Senja di Bangi

Kepenatan amat terasa. Baru minggu ke lima tetapi aku dah mula rasa penat dan mood untuk drive ke Bangi semakin hilang. Apatah lagi nak mengadap buku. Kadang-kadang muncul persoalan yang menyesakkan;boleh ke aku tamatkan pengajian ni. Penat yang teramat sangat. Terkejar-kejar dengan budak form five yang nak periksa tidak lama lagi menjadi salah satu faktor yang menyedut semua tenagaku.

Tapi.........aku mesti boleh lakukan, ramai lagi orang yang penat dan susahkan? Opps..berhenti dulu, pukul 8 ada kelas lagi. Semoga anda semua bahagia dan diberkati Allah.

Wednesday, October 12, 2011

Marah guru

Ada beberapa perkara yang menjengkelkan hatiku sebagai seorang guru saat ini, apabila  tugas kami sebagai pendidik kepada pelajar-pelajar telah dinafikan haknya.  Bila seorang ustazah menegur dan sedikit menyentuh pipi (seakan menampar tetapi bukan tampar ya) seorang pelajar perempuan yang TIDAK BERSOLAT, bapa pelajar bekenaan telah datang memarahi pihak sekolah kembali. Datang dalam keadaan marah-marah terhadap pengetua kerana anaknya telah 'ditampar' oleh ustazah.  Marah sungguh bapa bekenaan kerana menegur anaknya tidak bersolat. 

Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk...., malang sungguh seorang bapa itu, malang sungguh seorang anak itu kerana mempunyai bapa sebegitu. Tak faham ke encik yang berkenaan bahawa dalam Islam kalau anak kita berumur 10 tahun sudah meninggalkan solat kita boleh merotannya. Tak percaya ,hah..baca la hadis dah bawah.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

Dunia ni memang dah nak kiamat agaknya. Tegur pelajar tak solat pun ,ibu bapa dan naik angin. Agaknya mereka solat tak di rumah, sampai hangin macam gitu. Sebab itu la cikgu sekarang pejam mata je perlakuan pelajar yang menjengkelkan hati , macam ni la,bila kami tegas sikit penjaga marahkan kami balik. 


Alamak stop dulu dah 5.10 masa untuk aerobik. Jommmm!!!!