Saturday, January 19, 2013

Akhirnya kini pasti

Memang agak lama tidak berceloteh dan merepek raban di sini.  Last update bulan Sept tahun lalu, lepas tu aku dah mula tunggang-langgang , bersilat sana sini dengan kelas dan assingment dan yang amat penting ialah menyiapkan paper projek 2.  Itu belum ditambah dengan keadaan aku yang tak berapa sihat, dengan budak-budak nak exam SPM dan bermacam lagi.  Allah aje yang tahu perasaan aku. Tiap minggu ke Bangi, drive sorang-sorang kadang-kala membuatkan aku nak menangis kepenatan. Sampai satu tahap aku dah tak boleh nak mengadap lap top nak menaip dan mencari bahan bagai.  Bahu belah kanan sakit seperti ditikam.  Hampir sebulan aku terpaksa membiarkan paper projek dan assingment tersadai.  Nasib baik Allah memberi kekuatan untuk membuat slide power point utk presentation, kalau tak entah la. Haha..present dulu baru siapkan assingment.   Semester akhir ni benar-benar menguji, yang membuatkan aku benar-benar merasa 'bahang dan bara' belajar sambil bekerja ni.  Mahu menangis dan menjerit pun ada.  Tapi kena stay cool aje, sebab en suami kata siapa suruh cari beban, sendiri mahu, sendiri tanggung la.  Erkkk....komen yang tak membina semangat dan badan betul.

Alhamdulillah, dengan segala kepayahan akhirnya aku dapat juga submit kesemua bab 1-5 sebelum tarikh tutup. Kelmarin, Khamis (17/01/13) dengan rasa berdebar setinggi Gunung Senyum kat Temerloh ni aku berjumpa dengan en.supervisor.  Punya la risau seluas sg Pahang ni, sebab semester ni aku belum pernah berjumpa dengannya berbincang tentang bab 4-5 dengan dia.  Dalam fikiran aku yang banyak negatif ni tentu sakan dia komen projek paper tu. Aku pasrah aje lah. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia pun dah buat aku menggelabah 360 darjah. "Kalau tak lulus ni , macam mana ya?", tu dia soalan yang buat aku terkebil-kebil beberapa saat.  Biar benar.  " tolong la, saya dah tak larat nak memandu". Itu je jawapan yang keluar dari mulut aku. Memang aku dah tak kisah berapa dia nak bagi sebab aku pun buat tak sepenuh hati sebab kepenatan , kesakitan dan kesibukan , yang penting aku kena lulus jugak, tak larat dah nak sambung walaupun sehari. 

Huhu....akhirnya..............saja je dia nak buat gempak. "okey awak boleh ambil borang kuning untuk saya sign". Yesssss!!!! itu la saja yang aku nak dengar. Borang kuning tu penting beb, sign supervisor penting di situ untuk melayakkan kita boleh grad dan menunjukkan projek paper tu dah setel. Alhamdulillah. Syukur banyak-banyak pada Allah. Bila orang tanya nak sambung Phd lepas ni. Maka dengan pantasnya sepantas Bas Sihat yang selalu aku naik masa zaman sekolah-sekolah dulu aku menjawab
" TAK NAKKKKKKKKKKKK!!!!!!!".

Saturday, September 22, 2012

Pulau Pangkor

Sambung pasal cuti-cuti Malaysia sempena Hari Malaysia.  Pada 16 Sept tu kami membuat lawatan setengahari di Pulau Pangkor. Cadangnya nak buat lawatan sehari tetapi entah macam mana aku menukar fikiran . So kami hanya menyewa kereta untuk 3 jam iaitu RM70 sahaja.  Kalau sewa untuk 1 hari RM110.  Cuaca pada hari itu hujan dan mendung mungkin itulah antara penyebabnya kami menukar fikiran.


Harga tiket feri untuk pergi dan balik murah jer, RM 10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.  Kalau tak silap ada 3 syarikat perkhidmatan feri ni.  Ketika membeli tiket kami beli dari syarikat Mesra Feri, tapi bila feri kat jeti tu sampai kami bantai jer naik walaupun bukan dari syarikat itu.  Perkhidmatan feri ni setiap setengah jam seawal 7.00 pagi dah bermula dari jeti Lumut, sehinggalah pukul 10 malam.
Keadaan dalam feri selesa la jugak, ok la sebab bukan kapal layar mewah ya...hehe..
Turun di jeti yang kedua ya iaitu jeti Pulau Pangkor. Ada dua jeti yang pertama tu tak ingat pulak nama jetinya.
Bila dah sampai ke Pulau Pangkor tu jangan risau tentang kenderaan. Kalau yang berderet anak boleh la sewa kereta atau van.  Kalau nak romantik boleh la sewa motor, kalau nak adventure daki jalan dalam Pulau Pangkor yang berbukit tu boleh la sewa basikal. Bila sampai di jeti tu ramai la tokey-tokey kereta/motor/basikal sewa ni datang mempromo kenderaan masing-masing.  

Aktiviti kami yang pertama ialah Boat Trip. Mak ai sewa bot RM110, tu termasuklah utk aktiviti snorkeling (alat snorkeling kena sewa RM10), mandi-manda dan sebagainya.  Kalau tak nak aktiviti tu pun tak pe pemandu bot tu akan bawa kita pusing-pusing melihat 7 buah pulau. Tapi macam tak cukup pun 7, lepas tu tak nampak cam pulau pun. Hurmm untung tokey bot tu dia pusing-pusing bawa kami bertiga tak sampai pun 2 jam dah dapat seratus lebih.
Menurut kata pemandu bot yang kami sewa ni, yang merangkap pemandu pelancong tak bertauliah kami, chalet dalam gambar di atas harganya untuk satu malam RM800 (ini yg paling murah ya).  Paling mahal RM2000 lebih. Huhu...nak jer aku teropong sapa la yang datang kat situ, mesti kaya-raya belaka.Nasi lemak sepinggan RM80. Oh duduk dua malam tempat macam ni dah boleh pergi Mekah buat umrah bagi golongan marhaen macam koi ni.


Ramainya snorkeling


Setelah selesai dengan bot trip kami kemudiannya pusing-pusing pulau dengan kereta sewa. Pulau ni kecik jer, tak sampai pun 3 jam dah habis pusing (ya ke? entah-entah kami yang tak jumpa jalan, maaf la ya.) Aktiviti yang seterusnya ialah ambil gambar dan posing.

Nampaknya perlu tamatkan di sini, walaupun banyak lagi yang ingin dicoretkan , namun disebabkan mataku ini mula layu.

Semoga anda semua dirahmati Allah.

Friday, September 21, 2012

Lumut Waterfront

Kami dah pun sampai ke Lumut (tempat lawatan cuti-cuti Malaysia selepas Menara Condong). Suka sangat-sangat waterfront ni. Memang best la. Pemandangan yang cantik. Kami sampai ke Lumut ni dalam pukul 4.30 ptg. Check in hotel, solat dan sebagainya. Disebabkan lapar maka sampai la kami di sini. Ini merupakan taman rekreasi, menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong, sebab masa kami sampai ramai jugak orang. Di sini ada gerai-gerai , kedai makan, kedai mamak, KFC dan sebagainya. Gerai yang menjadi tumpuan pelancong sudah semestinya yang menjual makanan laut: sotong, ikan bilis, sate ikan, macam-macam la. Mee udang pun ada RM8 sepinggan ya. Tapi rasa not bad la. Datang la ya.


Cantikkan? Kalau ada peluang pasti ke sini lagi.  Sesuai la kot untuk orang-orang yang nak honeymoon sambil melihat matahari terbenam. Chewahhh....

Menara Condong Teluk Intan

Kalau tak silap tali jam, yang akan berdenting setiap 15minit.
Sebelum masuk ke dalam menara boleh la merajinkan diri membaca maklumat tentang sejarah menara ini.
Pemandangan dari atas. Ini kedai-kedai di hadapan menara.
Sempena cuti Hari Malaysia kami mengambil kesempatan untuk ke Pangkor. So dalam perjalanan singgah la di Menara Condong ni. Kalau anda semua nak tahu info tentang menara ini, sila la lawati laman ini ya http://www.mpti.gov.my/leaningtower. Sila baca ya. Merupakan salah satu tempat bersejarah di Teluk Intan ni. Boleh bawa anak-anak, sambil-sambil tu boleh la ambil gambar banyak-banyak.

Sudah tentulah di hadapan menara.
Dalam menara.

So kalau ada masa datang la ya. CUTI-CUTI MALAYSIA. Love Malaysia. Muahhhhh!!!

Friday, September 14, 2012

Lagi mengata cikgu


Bila membaca kenyataan Puan yang amat 'fasih' dalam Bahasa Inggeris ini, aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kebelakangan ini kerap kita dengar dan lihat segelintir manusia yang begitu tidak berpuas hati dengan guru.  Berlegar di benakku ini mengapa la dengki sangat pada guru ni.  Padahal kerja kami tidak semudah yang anda semua lihat.

Ada beberapa perkara yang aku ingin jawab di sini:
1. Guru bukan robot bukan malaikat hinggakan tidak boleh berkahwin atau sakit.  Guru adalah manusia biasa yang mempunyai naluri dan kemahuan, kelemahan dan sebagainya.  Maka dengan itu sebagai manusia biasa/ hamba Allah yang kerdil maka guru juga berkahwin dan dengan izin Allah mengandung/ bersalin dan sebagainya. Salah ke? kalau salah Puan telah melanggar hukum Allah. Sebagai seorang guru adakah kami ni begitu kebal sehingga tidak boleh sakit? kami manusia biasa perlu menjaga kesihatan maka bila sakit  terpaksalah mengambil MC. salah jugak ke? kalau dalam keadaan yang tidak sihat datang mengajar adakah berkesan pengajaran tu nanti? fikir-fikirkan lah Allah dah bagi kita akal.

2. Cuti - untuk makluman semua terutama Cik Puan ni, semua penjawat awam menikmati cuti tersebut. Dah namanya guru tu penjawat awam, tak kira la kerani ke, pensyarah ke, doktor ke, jurutaip ke asal dia penjawat awam kerajaan maka semua menikmati cuti bersalin 3 bulan tu. So banyakkan membaca ya Puan, kalau nak Pekeliling atau nak baca Perintah Am email pada saya, nanti saya poskan.

3. Hantar anak ke tuition - hurmm...hantarlah Puan, sebab di pusat tuition pun yang mengajar adalah guru. Atau tempat tuition anak puan tu yang mengajarnya doktor/ lawyyer/ahli muzik/ engineer.  Setahu saya yang jahil ni la, yang mengajar di pusat tuition tu adalah guru.  Biasanya itulah kriteria utama ibu bapa jika ingin memilih pusat tuition iaitu mestilah diajar oleh guru yang terlatih. So pi mai, pi mai tang tu..Puan tak boleh lepas dengan guru, MELAINKAN apakata Puan ajar sendiri ajar anak Puan tu.

4. Bahasa Inggeris - dari penulisan Puan tu menampakkan sangat Puan amat 'fasih' dan "mahir" berbahasa Inggeris.  Tapi apakata nak membuktikan kepada  guru Bahasa Inggeris yang Puan anggap tak berapa pandai tu Puan tulis dalam ayat Bahasa Inggeris penuh. Apa yang Puan tulis tu cacamarba sangat, dan maaf ya broken english lagi. Tapi saya yakin anak-anak Puan semuanya 'mahir' berbahasa Inggeris sebab ibunya boleh mengajar semua grammar, essay, literature di rumah. Betul kan?

5. Menjual barang-barang- saya mengaku menjual barang-barang itu ada TETAPI setakat yang saya nampak segelintir  guru-guru ini hanya melakukannya ketika waktu cuti, tiada kelas atau waktu free.  Kebanyakkannya hanyalah untuk melepaskan tekanan semata-mata. Tidak logik di akal guru menjual sewaktu pengajaran bukan? Kesian betul kami yang guru ni ya, nak 'menjamu mata' melihat katalog dan beli barang-barang dari katalog pun tak boleh. Tapi kan, ramai jugak anak murid saya yang tolong menjual barangan ibu mereka contohnya keronsang, biskut, kerepek, dan macam -macam lagi. Kami ni golongan guru ada yang membeli dan tak fikir apa-apa pun kerana niat kami ikhlas mahu membantu menambahkan pendapatan mereka. So macam mana tu?

If a doctor, lawyer, or dentist had 40 people ini his office at one time, all of whom had different needs and some of whom didn't want to be there and were causing trouble, and the doctor, lawyer, or dentist without assistance, had to treat them all with professional excellence for nine months, then he might have some conception of the classroom teacher's job - Donald D. Quinn

Fahamilah betul-betul kata-kata di atas.  Guru tidak perlukan pujian, penghargaan, atau apa sekalipun. Cukup lah jika dia melihat anak muridnya berjaya lebih dari dirinya sendiri. Sudah-sudahlah mengata atau mengkritik guru kerana tugas kami adalah untuk 'memanusiakan' manusia bukanlah satu tugas yang ringan.


sekian coretan petang, mata amat penat kerana baru balik dari Bangi.  Semoga anda di luar sana memahami apakah "GURU".