Sunday, April 14, 2013
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin baru Ana, semoga rumahtangga diberkati dan dirahmati Allah selalu.
(28.03.2013/30.03.2013)
Thursday, March 7, 2013
Catatan waktu senja
Niat di hati mahu mengemas meja study yang berada di tepi tingkap ini. dari tingkap ini kedengar kicauan burung, entah burung apa tak pasti la pulak. Dah macam jadi satu muzik alam pulak bila burung-burung ni berkicau. Membelek buku dan contengan-contengan membuatkan aku tersenyum. Contengan dan catatan ketika aku sibuk menyiapkan projek penyelidikan. Terlihat catatan skor ujian pra dan pos, senarai nama pelajar, senarai rujukan, catatan-catatan dari buku-buku, bahan internet. Semuanya mengembalikan nostalgia. Terasa hilang segala penat, stress bila segalanya telah selesai. Malah rasa macam kekok pulak bila aku tidak bergelumang dengan assingment dan bacaan. Yelah...kalau orang lain semua mempunyai kepakaran masing-masing; kawan aku Zu memang teror sangat membuat kek, sebut la segala macam kek memang pasti tidak akan mengecewakan. Ada juga yang pandai business; menternak lembu la, buat kraf tangan la, menjahit la dan macam-macam lagi. AKU...hehe..aku pakar makan jer. Aku tak pandai masak. Masak yang simple boleh la, sup, tumis-tumis kalau lebih-lebih alamat berlagu la aku di sebelah dapur tu. Menjahit lagi la. Pernah belajar menjahit langsir tapi huhu..can not go la. sampai sekarang en suami asyik perli je , sakan bayar yuran menjahit yang berjahit hanya alas meja makan untuk 4 orang jer. Pernah sakan membeli cross stich bila tengok rumah kawan aku penuh dengan cross stich yang cantik-cantik, tapi pun sama. Sampai sekarang tersadai dalam kotak.Yang aku teror sangat membaca novel jer dan buku-buku la ya. Selain itu aku suka belajar walaupun aku bukanlah kategori orang yang bijak pun, setakat cukup-cukup makan. Tapi nak kata suka belajar tu pun bukan semua perkara la, yang pasti aku suka sangat suasana universiti, suka dengan perpustakaan, suka tengok dewan kuliah, suka tengok leturer walaupun tot......(tak boleh cakap , simpan dalam lipatan hati jer). Mai ai dah mengarut la. Magrib dah nak masuk. Senja-senja macam ni kalau melayan perasaan memang la jadi melankolik apatah lagi bila en suami dah 4 hari berkursus....hehe.....
Hurmm...macam gini la hidup kan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Hidup kita ni saling melengkapi sebab itu kita jangan sewenang-wenangnya membenci kelemahan orang lain. Ok stop dulu, selamat menunaikan solat magrib. Semoga negara kita aman sentiasa.
Tuesday, February 26, 2013
apa-apa sahaja
Saturday, January 19, 2013
Akhirnya kini pasti
Memang agak lama tidak berceloteh dan merepek raban di sini. Last update bulan Sept tahun lalu, lepas tu aku dah mula tunggang-langgang , bersilat sana sini dengan kelas dan assingment dan yang amat penting ialah menyiapkan paper projek 2. Itu belum ditambah dengan keadaan aku yang tak berapa sihat, dengan budak-budak nak exam SPM dan bermacam lagi. Allah aje yang tahu perasaan aku. Tiap minggu ke Bangi, drive sorang-sorang kadang-kala membuatkan aku nak menangis kepenatan. Sampai satu tahap aku dah tak boleh nak mengadap lap top nak menaip dan mencari bahan bagai. Bahu belah kanan sakit seperti ditikam. Hampir sebulan aku terpaksa membiarkan paper projek dan assingment tersadai. Nasib baik Allah memberi kekuatan untuk membuat slide power point utk presentation, kalau tak entah la. Haha..present dulu baru siapkan assingment. Semester akhir ni benar-benar menguji, yang membuatkan aku benar-benar merasa 'bahang dan bara' belajar sambil bekerja ni. Mahu menangis dan menjerit pun ada. Tapi kena stay cool aje, sebab en suami kata siapa suruh cari beban, sendiri mahu, sendiri tanggung la. Erkkk....komen yang tak membina semangat dan badan betul.
Alhamdulillah, dengan segala kepayahan akhirnya aku dapat juga submit kesemua bab 1-5 sebelum tarikh tutup. Kelmarin, Khamis (17/01/13) dengan rasa berdebar setinggi Gunung Senyum kat Temerloh ni aku berjumpa dengan en.supervisor. Punya la risau seluas sg Pahang ni, sebab semester ni aku belum pernah berjumpa dengannya berbincang tentang bab 4-5 dengan dia. Dalam fikiran aku yang banyak negatif ni tentu sakan dia komen projek paper tu. Aku pasrah aje lah. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia pun dah buat aku menggelabah 360 darjah. "Kalau tak lulus ni , macam mana ya?", tu dia soalan yang buat aku terkebil-kebil beberapa saat. Biar benar. " tolong la, saya dah tak larat nak memandu". Itu je jawapan yang keluar dari mulut aku. Memang aku dah tak kisah berapa dia nak bagi sebab aku pun buat tak sepenuh hati sebab kepenatan , kesakitan dan kesibukan , yang penting aku kena lulus jugak, tak larat dah nak sambung walaupun sehari.
Huhu....akhirnya..............saja je dia nak buat gempak. "okey awak boleh ambil borang kuning untuk saya sign". Yesssss!!!! itu la saja yang aku nak dengar. Borang kuning tu penting beb, sign supervisor penting di situ untuk melayakkan kita boleh grad dan menunjukkan projek paper tu dah setel. Alhamdulillah. Syukur banyak-banyak pada Allah. Bila orang tanya nak sambung Phd lepas ni. Maka dengan pantasnya sepantas Bas Sihat yang selalu aku naik masa zaman sekolah-sekolah dulu aku menjawab
" TAK NAKKKKKKKKKKKK!!!!!!!".
Saturday, January 5, 2013
Saturday, September 22, 2012
Pulau Pangkor
Sambung pasal cuti-cuti Malaysia sempena Hari Malaysia. Pada 16 Sept tu kami membuat lawatan setengahari di Pulau Pangkor. Cadangnya nak buat lawatan sehari tetapi entah macam mana aku menukar fikiran . So kami hanya menyewa kereta untuk 3 jam iaitu RM70 sahaja. Kalau sewa untuk 1 hari RM110. Cuaca pada hari itu hujan dan mendung mungkin itulah antara penyebabnya kami menukar fikiran.
Harga tiket feri untuk pergi dan balik murah jer, RM 10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Kalau tak silap ada 3 syarikat perkhidmatan feri ni. Ketika membeli tiket kami beli dari syarikat Mesra Feri, tapi bila feri kat jeti tu sampai kami bantai jer naik walaupun bukan dari syarikat itu. Perkhidmatan feri ni setiap setengah jam seawal 7.00 pagi dah bermula dari jeti Lumut, sehinggalah pukul 10 malam.
Keadaan dalam feri selesa la jugak, ok la sebab bukan kapal layar mewah ya...hehe..
Turun di jeti yang kedua ya iaitu jeti Pulau Pangkor. Ada dua jeti yang pertama tu tak ingat pulak nama jetinya.
Setelah selesai dengan bot trip kami kemudiannya pusing-pusing pulau dengan kereta sewa. Pulau ni kecik jer, tak sampai pun 3 jam dah habis pusing (ya ke? entah-entah kami yang tak jumpa jalan, maaf la ya.) Aktiviti yang seterusnya ialah ambil gambar dan posing.
Harga tiket feri untuk pergi dan balik murah jer, RM 10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Kalau tak silap ada 3 syarikat perkhidmatan feri ni. Ketika membeli tiket kami beli dari syarikat Mesra Feri, tapi bila feri kat jeti tu sampai kami bantai jer naik walaupun bukan dari syarikat itu. Perkhidmatan feri ni setiap setengah jam seawal 7.00 pagi dah bermula dari jeti Lumut, sehinggalah pukul 10 malam.
Keadaan dalam feri selesa la jugak, ok la sebab bukan kapal layar mewah ya...hehe..
Turun di jeti yang kedua ya iaitu jeti Pulau Pangkor. Ada dua jeti yang pertama tu tak ingat pulak nama jetinya.
Bila dah sampai ke Pulau Pangkor tu jangan risau tentang kenderaan. Kalau yang berderet anak boleh la sewa kereta atau van. Kalau nak romantik boleh la sewa motor, kalau nak adventure daki jalan dalam Pulau Pangkor yang berbukit tu boleh la sewa basikal. Bila sampai di jeti tu ramai la tokey-tokey kereta/motor/basikal sewa ni datang mempromo kenderaan masing-masing.
Aktiviti kami yang pertama ialah Boat Trip. Mak ai sewa bot RM110, tu termasuklah utk aktiviti snorkeling (alat snorkeling kena sewa RM10), mandi-manda dan sebagainya. Kalau tak nak aktiviti tu pun tak pe pemandu bot tu akan bawa kita pusing-pusing melihat 7 buah pulau. Tapi macam tak cukup pun 7, lepas tu tak nampak cam pulau pun. Hurmm untung tokey bot tu dia pusing-pusing bawa kami bertiga tak sampai pun 2 jam dah dapat seratus lebih.
Menurut kata pemandu bot yang kami sewa ni, yang merangkap pemandu pelancong tak bertauliah kami, chalet dalam gambar di atas harganya untuk satu malam RM800 (ini yg paling murah ya). Paling mahal RM2000 lebih. Huhu...nak jer aku teropong sapa la yang datang kat situ, mesti kaya-raya belaka.Nasi lemak sepinggan RM80. Oh duduk dua malam tempat macam ni dah boleh pergi Mekah buat umrah bagi golongan marhaen macam koi ni.| Ramainya snorkeling |
Setelah selesai dengan bot trip kami kemudiannya pusing-pusing pulau dengan kereta sewa. Pulau ni kecik jer, tak sampai pun 3 jam dah habis pusing (ya ke? entah-entah kami yang tak jumpa jalan, maaf la ya.) Aktiviti yang seterusnya ialah ambil gambar dan posing.
Nampaknya perlu tamatkan di sini, walaupun banyak lagi yang ingin dicoretkan , namun disebabkan mataku ini mula layu.
Semoga anda semua dirahmati Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


