Tuesday, June 3, 2014

Kegilaan selfie

Mula-mula dengar perkataan selfie ni daripada anakanda aku la. Aku dok perhati jer budak ni dok ambil gambar sendiri sambil tersengih-sengih  dan macam-macam memek muka yang dibuatnya.  Mula-mula memang la rimas tengok budak ni termasuklah makcik-makciknya yang anak dara tu, Sabor jer la ...bila yang jadi mangsa adalah hand phone ku ini la.

Rupa-rupanya selfie ni memang kegilaan orang Malaysia. Huh tak cukup dengan berselfie dengan hp rupanya ada lagi penambahnya boleh selfie ramai-ramai menggunakan batang besi tu.  Aku panggil batang besi jer pada mulanya. Bila dengar budak-budak di sekolah sebut monopod barulah aku tahu benda tu namanya monopod. Huwaaa...sempena Hari Guru dan Hari jadi hari tu dan kebetulan ada cikgu yang bawa monopod tu maka sakan ler kami orang berselfie dan bermonopod. Sesekali jadi muda remaja. Haha...macam best jerr...tapi tunggu monopod tu harga RM10 baru aku nak beli. Tapi sesekali macam orang sakit kepala jer tersengih menggunakan benda alah tu. Hurmmm....apa sekali pun boleh layan kegilaan budak-budak ni sekali sekala kan.....

Monday, April 21, 2014

synopsis buku: Enriching American Homestay


Baru saja selesai menghabiskan  bacaan buku ini.  Wow it took me almost 5 month to finish it. Buku ini amat menarik dan amat sesuai untuk dibaca oleh remaja sekolah di luar sana.

Membaca buku ini anda akan di bawa bersama menikmati pengalaman Merry Choon ketika menjadi exchange student di USA. Banyak pengalaman yang menarik dan lucu yang dialami oleh pelajar ini menyebabkan kita sebagai pembaca akan tersenyum sendirian.

Ok.Happy reading!

Tuesday, April 1, 2014

Happay Birthday Dear


Asslamualaikum . Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga setiap langkah perjalanan hidup ini diberkatiNya. Juga semoga kita sentiasa memohon keampunan daripada-Nya atas segala kesalahan, kelalaian, kejahilan dan segala dosa yang tersurat dan tersirat.

Tiba-tiba malam ini berjaga lewat malam setelah siap menyemak kertas ujian budak-budak ni.  Melawat blog yang dah lama sangat tidak dikunjungi hingga lupa pula pasword.  Hampir 5 kali cuba mengingati pasword alhamdulillah akhirnya setelah teka sana sini berjaya juga.

Tiada apa yang istimewa sangat untuk dikongsi. Cuma hari ini merupakan hari lahir encik suami.  Beberapa tahun kebelakangan ini tiada kad dan hadiah untuk dihadiahkan.  Kesibukan menyebabkan tidak berkesempatan untuk membeli semua itu.  Namun itu bukanlah tanda kurangnya kasih sayang atau perhatian.

Walau tiada kad atau hadiah, seawal jam 12 malam aku dah mula mengucapkan harijadi kepadanya.  Sudah menyusun ayat mendoakan semoga lelaki yang hampir 16 tahun bersamaku ini agar hidupnya dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah.  Semoga dia berjaya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat.  Semoga dijauhi segala perkara yang tidak baik.

Doa dan harapan terhadapnya adalah semua yang baik dan positif.  Mengenangkan usia yang semakin bertambah ini yang paling diharapkan ialah agar kita dapat menjadi muslim yang sebenar-benarnya yang dapat mengikut landasan agama Islam.  Mematuhi dan mengikut ajaran yang Islam. Menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup.  Itulah HARAPAN dan DOA.  Semoga Allah memakbulkan setiap harapan dan doa itu.

Sebelum memejamkan mata, mari kita mengucap syukur kepada Allah kerana masih lagi bernafas dan menikmati hidup ini. Marilah kita mengikis setiap sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita. Marilah kita saling memaafkan di antara satu sama lain.

Sekian...semoga keimananan, ketakwaan milik kita................................


Thursday, February 6, 2014

Rasa hati

Lama tidak ke sini. Seperti hilang waktu dan ruang untuk mencoret walau pun sebaris.  Sebenarnya bukan masa yang mencemburui, bukan masa yang tidak singgah namun segalanya seperti hilang dan hambar menyebabkan tiada perasaan dan jiwa ingin mencoret sesuatu.  Walau banyak sungguh yang sepatutnya dilorek dan dicatat untuk melepas apa yang terpendam.  Benarlah hidup ini tiada satu pun kepuasan yang hakiki kerana sesuatu yang kita miliki itu bukanlah milik mutlak kita.  Segala apa yang kita ada, segala apa yang kita kecap bukan milik kita kerana segala yang di langit dan di bumi milik Yang Maha Esa.

Wednesday, November 6, 2013

My happy day


Alhamdulillah, maka pada 27 Okt, 2013 dengan ini tamat lah secara rasmi episod berulang-alik ke UKM Bangi.  Sebenarnya menghadiri konvokesyen untuk kali kedua ini suhu keterujaannya tidak setinggi ketika menghadiri konvokesyen pertama kali untuk sarjana muda pada tahun 1997. Namanya sarjana muda , masa tu tengah muda remaja memang la teramat teruja, berdebar dan sakan gembira. Untuk peringkat sarjana ni umur pun dah meningkat dah matang (kononnya) so lebih cool ler.  Apa sekalipun ini adalah saat kemuncak meraikan segala penat lelah, bersekang mata, tension mencari tajuk, tension membuat temujanji dengan supervisor yang suka batalkannya di saat-saat terakhir.  Tension terkejar-kejar menyiapkan segala tugasan di sekolah dan kemudian mengadap lap top mencari bahan untuk assingment , presentation dan sewaktu dengannya,

Ohhh....lega, syukur kepada Allah kerana dengan iziNya memberi kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi, kelapangan dan kemudahan.  Tanpa izinNya memang tidak mungkinlah dapat memakai jubah, topi dan memegang jambangan bunga yang amat cantik.  Terima kasih kepada en suami yang amat memahami kehendak isterinya, untuk anakanda  tercinta yang mengerti di saat mamanya yang sering terkejar-kejar dan meninggalkannya hampir setiap minggu.  Tidak lupa terima kasih untuk mak yang mengiringi langkah kehidupan anaknya dengan doa saban waktu.

Banyak cerita pahit manis, masam, lemau di sebalik kejayaan ini.   Rasa sakit, geram, rendah diri , bengang dan macam-macam rasalah semuanya ditelan dan dicampak jauh-jauh untuk menggapai sebuah impian ini.
Ini adalah salah satu cebisan sahaja dari episod kehidupan.  Semoga ini merupakan langkah yang akan membawa kepada langkah-langkah kejayaan. Amin.

Saturday, October 5, 2013

boleh update di mana-mana

Wah dah bersawang buku mayaku ini. Sibuk mengalahkan menteri pelajaran. Ni lagi la budak-budak nak exam SPM , cikgu yang kelam kabut.

Ahaksss tak nak cerita pasal budak buat hilang mood jer. Now dah ada telefon baru boleh ler update blog selalu.

Ni baru balik dari kursus di Pengkalan Cepa Kelantan. Lebih kurang 5 hari berada di sana. Wah makanan di Kelantan memang marvelous! Pagi nasi, tengahari nasi, malam nasi . Huwaa nasib baik tak duduk lama kalau tak boleh naik kilo. Apa pun memang nasi kerabu sana best.

Sempat la koi mengambil beberapa keping gambar semasa berlegar- legar di pekan Pengkalan Cepa itu. Happening la jugak sebab ada UMK


Friday, August 23, 2013

suddenly


Tiba-tiba sahaja teringat dairi lama ini. Tiba-tiba sahaja nak menepek lagu ini walaupun sebenarnya tidak relevan dah tapi sesekali melayan perasaan apa salahnya kan. Semenjak dua menjak ini dunia ini terasa sungguh kejam sekali. Melihat wajah-wajah suci, besih, comel, tenang dan yang pastinya tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman, kezaliman, penindasan dan rakusan manusia yang berhati syaitan dan iblis. Mesir, Syria, Palestine benar-benar menggoncang hati dan nurani. Limpahan simpati masih tidak mencukupi melihat nasib umat Islam yang tidak bersalah ditindas sebegitu rupa.