Lama betul tidak menjengah blog aku ini. Banyak kerja betul sejak-sejak akhir-akhir ini seakan 24 jam itu macam tidak cukup sahaja. Chewahh...malam ini aku mahu berkongsi tentang satu tajuk yang aku telah baca dari satu buku yang bertajuk Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran oleh Dr.Zainal Abidin. Buku ini memang sesuai sangat dibaca oleh kita semua. Antara yang menarik perhatian aku ialah buku ini membincangkan tentang bagaimana kita dapat mengawal perasaan marah. Al maklumlah semua orang marahkan?
Beberapa pendekatan boleh dilakukan untuk mengelakkan marah iaitu:-
1. Mengingatkan diri betapa sayangnya Allah kepada kita.
2. Memfokuskan pemikiran kepada akhirat agar kembali ketenangan hati.
3. Mengingatkan diri akan kesan negatif sekiranya kita marah.
4. Ingatkan diri betapa buruknya rupa kita semasa dalam keadaan marah.
5. Mencari punca kemarahan dan kemudian merawatnya.
6. Mengambil wuduk.
7. Meninggalkan tempat atau suasna yang menimbulkan kemarahan.
8. Berbaik sangka dan tidak bersangka buruk dengan orang yang kita marah.
9. Mendiamkan diri dan mengosongkan minda bagi meredakan perasaan marah.
10. Berikan kemaafan.
Itulah antara cara-caranya. Memang sukar hendak melaksanakannya tetapi sekurang-kurangnya marilah kita mencuba. Marah ini kalau terlalu kerap boleh membawa pelbagai penyakit. Contohnya darah tinggi!
Tuesday, August 5, 2008
Thursday, July 24, 2008
Berhentilah menjadi gelas
Masalah itu ada di mana-mana, setiap masa , ketika dan saat. Malah semua orang tidak terlepas dari menghadapi masalah. Tidak kira sama ada tua, muda, kecil, besar , kaya atau pun miskin. Semakin kita mengeluh semakin berat dan terbeban perasaan kita. Jadi hadapilah segala masalah dengan tenang dan sabar. Cerita di bawah antara cerita yang membuka mindaku yang selama ini suka benar memikirkan masalah. Cerita ini aku ambil dari sebuah laman web dah tak ingat apa nama laman web itu.
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnyabelakangan ini selalu tampak murung."Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah didunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya."Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuktersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sangmurid muda.
Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaangurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimanayang diminta."Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kataSang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum airasin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru."Asin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringiskeasinan."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekattempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpabicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasaasin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludahdi hadapan mursyid, begitu pikirnya."Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambilmencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggirdanau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, danmembawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingindan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?""Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya denganpunggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumberair di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yangtersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?""Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air danmeminumnya lagi.
Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas."Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalahdalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang haruskau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuaiuntuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurangdan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pundemikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yangbebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangattergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itujadi sebesar danau."
Jadi carilah kegembiraan itu ia pasti ada.
Monday, July 21, 2008
Eye on Malaysia

Tiba-tiba pagi Ahad lalu (20/07/08) suami aku mengajak kami ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menaiki Eye on Malaysia atau Malaysia Ferris Wheel. Hi..hi..melompat anak aku kesukaan dan aku pula macam tak percaya (sebab suami aku tak suka jalan ke KL). Dalam hati seronok sangat sebab dah lama aku teringin naik benda tu. Padahal selalu sangat naik wheel tu masa pergi funfair dengan abah dan mak. Tapi itu tak samalah dengan Eye on Malaysia tu kan.
Sejak dilancarkan pada 6 Jan 2007 aku memang teringin sangat menaikinya. Tertelan air liur juga apabila membayar tiket. RM15 untuk orang dewasa dan kanak-kanak RM8. Hi..kalau aku ada tiga orang anak atau lebih memang tak kuasa la aku nak naik. Mahalnya!!!Hah..hah..hah suami aku kata cukuplah kita ada pengalaman naik sekali. Fisrt and last la tu maksudnya...
Aku memang sakan nak naik tapi bila gondola tu dah tergantung-gantung dan terbuai-buai ketika di atas terpejam juga mataku. Dapat juga la menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari atas tapi tak boleh tengok lama-lama sebab rasa ngeri pulak. Apa pun ia satu pengalaman untukku dan aku abadikan dalam blog ini. Lepas ini tak tahu bila boleh pergi ke situ lagi.Hi..hi..kena tengok mood KING (hah..hah..hah)
Saturday, July 19, 2008
Kuching
Muzium Sarawak
Di Muzium Kucing

Taman Budaya Sarawak. Tak masuk pun kebetulan hari hujan dan alamakkk mahalnya bayaran seorang dewasa RM60. Posing kat luar sudah..
Akhirnya hasratku untuk mengunjungi bumi kenyalang termakbul jua. Dengan usaha bersungguh-sungguh Normi dan Kak Umi maka kami tiga sekeluarga berangkat ke Sarawak pada 01.06.08. Cuma menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Kuching namun cukup meninggalkan kenangan untukku. Masih terbayang di mataku ini dari tingkap Hotel Harbour View aku dapat menikmati pemandangan sungai Sarawak atau lebih dikenali sebagai Water Front. Satu pengalaman yang manis apabila kami menyusuri sungai itu dengan perahu dan hanya dikenakan bayaran 0.40 sen. Pada mulanya kami agak tercenggang apabila mendengar harganya. Macam tak percaya sahaja dalam keadaan yang serba-serbi mahal,bayaran yang dikenakan hanyalah 0.40 sen, rasa tak tergamak mahu memberi 0.40 sen kepada pakcik yang tua itu.
Normi dan Kak Umi sakan membeli belah.Hah..hah..bayangkan Normi membeli 6 bidangSarawak dan Kak Umi membeli 2 bidang. Masa nak balik ke Temerloh dapat bayangkan keadaan kami yang begitu padat dalam van. Tapi itulah pengalaman. Aku, suami dan anak hanyalah juara mengambil gambar. Setiap tempat kami merakamkan segalanya dengan kamera digital. Hanania merupakan modelnya, semua tempat ada gambarnya. Hi...cik kak sorang tu memang suka berposing.
Tapi yang paling aku tidak dapat lupakan ialah rengekan Hanania yang ingin makan maggie mee dalam flight Air Asia. Huh..aku berkeras tidak memenuhi permintaannya (suamiku hampir kalah dengan cik kak sorang tu). Manakan tidak harga maggie cup tu RM6. Hish..mahalnya..membazir sahaja. Memang merajuk sakan la dia. Aku biarkan sahaja. Setakat maggie tu lepas balik dari Sarawak boleh makan sepuasnya.
Apa pun berjalan atau melancong ni sebenarnya menelan belanja yang banyak. Memang kena betul-betul berkira (hi..hi..itu bagi kami yang tak berapa berada, orang berada mungkin tak kot). Tengok la..hajat di hati kalau diizinkan Allah kami ingin ke Kota Kinabalu pada tahun depan. Tapi kena tengok bajet. Ok sampai ketemu lagi.
Akhirnya hasratku untuk mengunjungi bumi kenyalang termakbul jua. Dengan usaha bersungguh-sungguh Normi dan Kak Umi maka kami tiga sekeluarga berangkat ke Sarawak pada 01.06.08. Cuma menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Kuching namun cukup meninggalkan kenangan untukku. Masih terbayang di mataku ini dari tingkap Hotel Harbour View aku dapat menikmati pemandangan sungai Sarawak atau lebih dikenali sebagai Water Front. Satu pengalaman yang manis apabila kami menyusuri sungai itu dengan perahu dan hanya dikenakan bayaran 0.40 sen. Pada mulanya kami agak tercenggang apabila mendengar harganya. Macam tak percaya sahaja dalam keadaan yang serba-serbi mahal,bayaran yang dikenakan hanyalah 0.40 sen, rasa tak tergamak mahu memberi 0.40 sen kepada pakcik yang tua itu.
Normi dan Kak Umi sakan membeli belah.Hah..hah..bayangkan Normi membeli 6 bidangSarawak dan Kak Umi membeli 2 bidang. Masa nak balik ke Temerloh dapat bayangkan keadaan kami yang begitu padat dalam van. Tapi itulah pengalaman. Aku, suami dan anak hanyalah juara mengambil gambar. Setiap tempat kami merakamkan segalanya dengan kamera digital. Hanania merupakan modelnya, semua tempat ada gambarnya. Hi...cik kak sorang tu memang suka berposing.
Tapi yang paling aku tidak dapat lupakan ialah rengekan Hanania yang ingin makan maggie mee dalam flight Air Asia. Huh..aku berkeras tidak memenuhi permintaannya (suamiku hampir kalah dengan cik kak sorang tu). Manakan tidak harga maggie cup tu RM6. Hish..mahalnya..membazir sahaja. Memang merajuk sakan la dia. Aku biarkan sahaja. Setakat maggie tu lepas balik dari Sarawak boleh makan sepuasnya.
Apa pun berjalan atau melancong ni sebenarnya menelan belanja yang banyak. Memang kena betul-betul berkira (hi..hi..itu bagi kami yang tak berapa berada, orang berada mungkin tak kot). Tengok la..hajat di hati kalau diizinkan Allah kami ingin ke Kota Kinabalu pada tahun depan. Tapi kena tengok bajet. Ok sampai ketemu lagi.
Friday, July 18, 2008
Aku suka sajak ini
Antara banyak-banyak sajak yang kubaca, sajak inilah yang paling terkesan di hatiku. Bukan kerana aku guru, tetapi kerana aku begitu menghargai peranan, pengorbanan dan tugas guru-guru yang telah mengajarku. Guru memang banyak berjasa tidak kiralah guru matematik ke, guru bahasa ke, sains ke, semuanya memberi impak dalam kehidupan seseorang pelajar. Namun masa telah berubah peranan guru semakin dipinggirkan. Kadang kala sedih bila melihat anak didik yang berjaya tetapi apabila bertemu guru senyuman pun sukar untuk diukirkan. Hah..begitulah lumrah dunia.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan SN Dato Usman Awang
Monday, July 14, 2008
Mari Tengok Gajah
Hari itu kami hanya sempat untuk melihat gajah mandi dan memberi makan gajah sahaja. Plan nak pergi ke 'Deer Land' tapi tak sempat. Seronok juga la pergi ke Kuala Gandah tu. Ramai juga pelancong asing. Hubby aku sempat la cuci mata dan ambil gambar minah salleh. Hah..hah..hah
Penari dan Pakar
Di sebuah kota, ada seorang gadis muda yang sangat suka menari. Kepandaiannya menari sangat terserlah dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain, sehinggakan dia seringkali menjadi juara dalam pelbagai pertandingan yang diadakan. Dia berfikir, dengan bakat yang dimilikinya saat ini, suatu hari nanti apabila dewasa, dia ingin menjadi penari bertaraf dunia. Dia membayangkan dirinya menari di Russia, China, Amerika, Jepun, serta ditonton oleh ribuan penonton yang memberi tepukan gemuruh kepadanya.Suatu hari, kotanya dikunjungi seorang pakar tari yang berasal dari luar negara. Pakar ini sangatlah hebat. Dari tangan dinginnya telah banyak dilahirkan penari-penari kelas dunia. Gadis muda ini ingin sekali menari dan menunjukkan kebolehannya di depan sang pakar tersebut, malah jika boleh memperoleh kesempatan menjadi muridnya.Akhirnya kesempatan itu datang juga. Si gadis muda berjaya menemui sang pakar di belakang panggung, seusai sebuah persembahan tari. Si gadis muda bertanya: “Tuan, saya ingin sekali menjadi penari kelas dunia. Apakah tuan punya waktu sejenak, untuk menilai saya menari? Saya ingin tahu pendapat tuan tentang tarian saya”. “Okey, menarilah di depan saya selama 10 minit”, jawab sang pakar.Belum lagi 10 minit berlalu, sang pakar berdiri dari kerusinya, lalu berlalu meninggalkan si gadis muda begitu saja, tanpa mengucapkan sepatah kata apa pun.Betapa hancur si gadis muda melihat sikap sang pakar. Si gadis terus berlari keluar. Pulang ke rumah, dia menangis tersedu-sedu. Dia menjadi benci terhadap dirinya sendiri. Ternyata tarian yang selama ini dia bangga-banggakan tidak ada maknanya di hadapan sang pakar. Kemudian dia ambil kasut tarinya, lalu dilemparkan ke dalam gudang. Sejak saat itu, dia bersumpah tidak akan menari lagi.Puluhan tahun berlalu. Sang gadis muda kini telah menjadi ibu dengan tiga orang anak. Suaminya telah meninggal. Dan untuk menyara keluarganya, dia bekerja menjadi pelayan di sebuah kedai di sudut jalan.Suatu hari, ada sebuah persembahan tari yang diadakan di kota itu. Nampak sang pakar berada di antara para menari muda di belakang panggung. Sang pakar nampak tua, dengan rambutnya yang sudah putih. Si ibu muda dengan tiga anaknya juga datang ke persembahan tari tersebut. Selesai acara, ibu ini membawa ketiga anaknya ke belakang panggung, mencari sang pakar, dan memperkenalkan ketiga anaknya kepada sang pakar.Sang pakar masih mengenali ibu muda ini, dan kemudian mereka bercerita secara akrab. Si ibu bertanya, “Tuan, ada satu pertanyaan yang tersimpan di hati saya iaitu tentang penampilan saya sewaktu menari di hadapan tuan bertahun-tahun yang silam. Sebegitu terukkah penampilan saya saat itu, sehingga tuan terus pergi meninggalkan saya begitu saja, tanpa berkata sepatah pun?”“Oh ya, saya ingat peristiwa itu. Terus terang, saya belum pernah melihat tarian seindah yang kamu lakukan waktu itu. Saya rasa kamu akan menjadi penari kelas dunia. Saya tidak mengerti mengapa kamu tiba-tiba berhenti dari dunia tari”, jawab sang pakar.Si ibu muda sangat terkejut mendengar jawapan sang pakar. “Ini tidak adil”, seru si ibu muda. “Sikap tuan telah mencuri semua impian saya. Kalau memang tarian saya bagus, mengapa tuan meninggalkan saya begitu saja ketika saya baru menari beberapa minit. Tuan seharusnya memuji saya, dan bukan mengacuhkan saya begitu saja. Jika tidak, pasti sekarang saya sudah menjadi penari bertaraf dunia. Bukan hanya menjadi pembantu kedai.”Si pakar menjawab lagi dengan tenang “Tidak …. tidak, saya rasa saya telah berbuat yang sepatutnya. Anda tidak semestinya minum anggur satu barel untuk membuktikan anggur itu enak. Demikian juga saya. Saya tidak harus menonton anda 10 minit untuk membuktikan tarian anda bagus. Malam itu saya sangat lelah setelah pertunjukan pentas. Maka sejenak saya tinggalkan anda, untuk mengambil kad nama saya, dan berharap anda mahu menghubungi saya lagi keesokan hari. Tapi anda sudah pergi ketika saya keluar. Dan satu hal yang perlu anda fahami, bahawa anda sepatutnya fokus pada impian anda, bukan pada ucapan atau tindakan saya.““Dan pujian? Kamu mengharapkan pujian? Ah, waktu itu kamu sedang belajar. Pujian itu seperti pedang bermata dua. Ada kalanya memotivasikanmu, namun boleh juga melemahkanmu. Dan faktanya saya melihat bahawa sebahagian besar pujian yang diberikan pada saat seseorang sedang belajar, hanya akan membuat dirinya puas dan pertumbuhannya berhenti. Oleh itu, saya lebih suka mengacuhkanmu, agar hal itu dapat membuatmu memajukan diri lebih cepat lagi. Lagipun, pujian itu seharusnya datang dari keinginan saya sendiri. Anda tidak sewajarnya meminta pujian dari orang lain.““Anda lihat, ini sebenarnya hanyalah masalah remeh. Seandainya anda pada waktu itu tidak menghiraukan apa yang terjadi dan tetap menari, mungkin hari ini anda sudah menjadi penari kelas dunia.”Mungkin anda sakit hati pada waktu itu, tapi sakit hati anda akan cepat hilang setelah anda berlatih kembali. Tapi sakit hati kerana penyesalan anda hari ini tidak mungkin hilang selama-lamanya.”
Kisah ni beri pengajaran pada kita agar jangan mudah mengalah dalam mengejar impian kita.. pujian bukanlah kata yang boleh menjadi pembakar semangat.. tidak perlu menanti kata puji untuk mencapai impian.. have to go on.. keep moving forward
Rugikan si penari itu. Jadi dalam hidup ini jangan terlalu mengharapkan pujian. Semuga apa yang anda cita-citakan akan tercapai.
--------------------
--------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)

