Tuesday, October 14, 2008

Memori 1

Ketika di Masjid Putrajaya. Punya la bengang aku masa tu..ada ke makcik jaga tu kata pakaian kami seksi,terbuntang mata aku bila kena jerit dengan jaga tu supaya pakai jubah ni. Balik ke sekolah aku buat lawak pada Arizal mengatakan kami posing style Harry Potter. Hahahha kelakarnya Arizal percaya. Sah dia tak pernah sampai di masjid ni.

Bersama para pelajar 5 Diamond ketika di Times Square

Rombongan ke Petro Sains KLCC
Sharifah Kamariah, aku ler, Lily, Jais , Izam dan Zatil Rakina



SMK Sg Soi merupakan sekolah ketiga tempat aku berkhidmat. Banyak pengalaman yang kukutip selama tiga tahun di sana (2003-2006). Di sana aku masih memegang jawatan yang sama ketika aku berkhidmat di SMK Tanjong Lumpur iaitu sebagai ketua panitia.


Segala pahit manis kenangan itu tetap kemas kusimpan. Bersama guru-guru yang menjadi rakan seperjuanganku: kak Saharada, kak Aneni, kak Jai, Lisa, Lily , Cik Pah, Arizal dan ramai lagi yang tidak dapat kunyatakan kesemua sekali di sini.

Pelajar-pelajar yang manis dan handsome tingkatan 5 Diamond 2006, 3 Diamond 2004 itu semunya masih aku terpahat kukuh dalam ingatanku. Gelagat mereka yang nakal tapi masih menghormatiku sebagai guru mereka


Semuanya akan kuabadikan disini dan di hatiku. Tidak akan kulupakan. Semuga persahabatan kita akan terus berkekalan.

Sunday, October 5, 2008

Jom Makan!

Satar

Koleh Lemak

Otak-otak

Semua makanan di atas adalah makanan tradisional orang Pantai Timur. Makanan tersebut berasaskan ikan dan kelapa.

Sunday, September 14, 2008

Bila Kau Orang Nak Insaf!


Kadang-kadang betapa bosannya aku dengan mereka. Masih boleh buat muka selamba, buat muka tembok dan yang sakitnya buat muka macam tak tahu apa-apa. Entah lah budak-budak itu lah yang sering aku keluhkan kalau melihat mereka seakan masih tidak menyedari bahawa mereka akan menduduki peperiksaan.


Macam manalah hati aku tak panas, bila masuk kelas tak pernahnya mereka bersedia. Dah nak akhir tahun masih lagi tak tahu peraturan. Itulah budak-budak sekarang. Tepaksa ambil masa beberapa minit untuk menyuruh mereka mengeluarkan buku dan alat tulis.


Hi..kalau ikutkan hati yang panas memang aku nak buat tak tahu sahaja. Lantaklah....tapi mengenangkan itu semuanya bangsaku maka aku sabarkan hati. Bila mengenangkan inilah cabaran yang terpaksa kami hadapi.


Selalu aku sabarkan hati...sabar...sabar...hahahaha....

Kau orang semua periksa tinggal beberapa minggu lagi. Fokus..dalam pelajaran tu, jangan berkhayal.


Idea aku dah kering ni.Kena stop sebelum aku terlebih merapu.

Sunday, September 7, 2008

Demam Sudah Bermula!

Hari ini rasa mahu menulis sesuatu pulak ketika menjengah blog aku ni. Ramadhan sudah masuk ke hari yang ke-6, di samping umat Islam sibuk menjalankan ibadat puasa serta ibadat-ibadat yang lain, kami golongan guru dan pelajar mula dihambat masa kerana peperiksaan sudah terlalu dekat. Rasa mahu demam pun ya..cikgu la yang biasanya terlebih nak demam. Risau kalau-kalau masih belum cukup persediaan yang diberikan untuk para pelajar mereka.


Masa inilah para pelajar pun seakan jemu apabila semua guru akan memberi berset-set soalan untuk dilatih tubi. Hem..inilah sistem kita ..exam oriented. Hi..hi..nak buat macam manakan. Hai..kadang-kadang kami ni tidur pun teringat pada budak-budak fikir bagaimana caranya supaya mereka skor A. Tu yang rasa nak demam tu..


Untuk para pelajar ku khususnya dan semua pelajar di Malaysia amnya selamat berjuang untuk peperiksaan. Masih belum terlambat bagi yang masih belum study tu, study lah dari sekarang. Semuga semuanya dapat menjawab semua soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

GOOD LUCK SEMUA!!!

Saturday, August 30, 2008

Muzium Sg.Lembing

Salah seorang orang kurang upaya menyiapkan sampul-sampul surat.

Di Pusat pembuatan sampul surat- sampul-sampul ini akan dibekalkan untuk jabatan-jabatan kerajaan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Model lombong bijih timah.


Model lombong bijih timah yang terdapat dalam muzium.

Fatin dan Hijrah di hadapan pintu masuk utama muzium.

Muzium Sg.Lembing.




Aku baru balik dari pemilihan tokoh nilam negeri Pahang yang diadakan selama empat hari di BTPN Beserah. Seronok juga kali ni jadi guru pengiring sebab banyak bersantai, cuma kena ikuti aktiviti pelajar aje.



Salah satu aktiviti dalam program itu kami dibawa melawat ke Muzium Sg.Lembing. Bila lihat agenda lawatan aku dah mula rasa bosan. Mana taknya dah berapa kali aku ke muzium tu. Tapi nak tak nak kena juga pergi sebab dah jadi guru pengiring.



Selepas melawat muzium kami juga berkesempatan melawat ke pusat pembuatan sampul surat orang-orang cacat. Yang ini memang aku suka sebab tak pernah pergi. Melihat sendiri bagaimana sampul surat itu dilipat oleh orang-orang kurang upaya itu memberi keinsafan pada aku supaya sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah.



Di sini aku sertakan beberapa info tentang Muzium Sg.Lembing (manalah tahu kot kau orang tersesat ke sana satu hari nanti).

  1. Pekan Sg.Lembing terletak lebih kurang 42km dari bandar Kuantan.
  2. Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk mempamerkan bukti-bukti sejarah di Negeri Pahang.
  3. Sg.Lembing pernah menjadi pengeluar utama bijih timah dunia dan digelar El-Dorado Timur kerana disinilah perkampungan masyarakat Inggeris.
  4. Perlombongan bijih timah ini dilakukan secara intensif oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dari tahun 1906 hingga zaman kejatuhannya 1986.
  5. Selain daripada melawat muzium pelancong juga bolehlah menyejukkan badan atau berkelah di tepi Sg.Kenau atau pun ke Bukit Panaroma untuk melihat pemandangan yang menarik sekitar Sg.Lembing.

Itulah sahaja setakat ini, semuga info ini memberi manfaat utk anda semua. Akhir kata selamat berpuasa untuk semua.

Monday, August 25, 2008

Pantai Kempadang, Kuantan
















Pantai Kempadang ini lebih kurang 1 km dari rumahku. Namun sepanjang aku tinggal di situ inilah kali ke dua aku berkunjung ke pantai ini. Membawa Nia dan adik bongsuku bersiar-siar pada waktu petang untuk menghilangkan kebosanan yang seharian terperap di rumah. Barulah kutahu bahawa pantai ini tidak kurang cantik dari pantai-pantai yang pernah ku kunjungi. Kalau mahu menikmati ikan segar yang baru ditangkap oleh nelayan, di sinilah tempat yang boleh anda kunjungi. Nelayan-nelayan akan pulang dari menangkap ikan lebih kurang pukul 1 petang jadi anda boleh menunggu mereka di sini dan anda boleh terus membeli ikan itu dari nelayan tadi dan balik terus masak. Sedap tu..

Sunday, August 10, 2008

Sanctuary Resort, Cherating




Sekali-sekala membenarkan anakku bermain pasir pantai. Seronok tak terkira..





Seronoknya dapat melihat deburan ombak ni. Tapi nak mandi ...takut la pulak.











10/08/08 kami ke Sanctuary Resort Cherating. Seronok sebab apartment kami betul-betul seaview. Inilah antara beberapa gambar yang aku sempat ambil.