Friday, May 8, 2009

Tidak Kusangka




Rasanya hari ni la hari yang paling haru dan biru bagi aku. Namun hari ini juga hari yang paling touching dalam hidup ku. Sungguh mengharu lagi menyentuh perasaan. Rasanya bila menikmati saat-saat begini menjadi guru adalah perkara yang paling bermakna.

Dalam kesibukan dan kelegaan menyelesaikan majlis pelantikan pengawas, aku mendapat kejutan ini. Memang tak kusangka dan tak kuduga. Almaklumlah aku bukanlah guru yang mesra alam sangat dengan pelajar, antara yang serius dan kadang-kadang aku juga garang. Pengawas PSS ku pun sebahagian sahaja yang benar-benar berani untuk bersemuka denganku jika ada hal atau perkara.

Bila loceng rehat tamat aku mula rimas melihatkan pengawas PSS masih berkeliaran dan makin lama makin ramai terutama pengawas menengah atas. Aku mula naik hairan biasanya budak-budak ni susah nak datang ke library kecuali waktu bertugas. Itu pun sekejap je, buat apa yang patut tulis nama, tandatangan dan keluar. Hari ni naik pelik pulak aku. Lepas tu mereka dok tersengih-sengih memandang aku yang sibuk dengan fail dan dokumen.

Tambah lagi la hairan aku bila aku suruh mereka masuk kelas masing-masing buat tak tahu sahaja. Aku dah naik risau macam buang tabiat pulak budak-budak ni lepas majlis pelantikan.
Kerimasan aku tahap kritikal apabila mereka masuk keluar dari bilikku.

Malas aku nak melayan, hinggalah Hanizah datang dan bertanya sama ada aku masih lagi sibuk. Aku mengatakan aku sedang bersiap untuk masuk kelas 1/2 jam lagi. Dia meminta aku keluar sebentar. Macam biasa la aku memang kepenatan dan malas nak melayan, aku cakap apa-apa hal masuk aje bincanga dalam bilik.

Jeng....jeng..tiba-tiba kumpulan pelajar itu masuk sambil membawa kek coklat dan 3 batang lilin kecil atasnya sambil menyanyikan lagu "happy birthday". Aku terkebil-kebil sambil siap lagi berfikir budak-budak ni mengingau ke apa. Birthday aku 8 hari lagi.

Aku siap cakap lagi "birthday saya lambat lagi, kan 16 mei", jawab Hanizah "kami exam nxt week jadi kami cepatkan". Huwaaa malunya aku..aku mati-mati ingat budak-budak ni hilang ingatan ke hapa. Terkedu sebentar. Api lilin yang menyala-nyala mula terpadam. Pengawas lelaki mula riuh menyuruh menyalakan semula lilin tersebut dan menyuruh aku meniup dan memotong kek.

Rupanya mereka telah membuat persiapan yang aku sendiri pun tak sedar. Di luar mereka mengeluarkan priing dan cawan kertas, kek, bihun dan karipap. Kalau la aku tahu tak la aku makan kenyang sangat di kantin tadi. Nak menjaga hati aku makanlah jugak. Rezeki cikgu Sree dan Normi mereka ada di library ketika itu jadi tumpanglah semangkuk. Hehhehe

Wah syahdunya. Budak-budak ni boleh ingat birthday aku. Ada orang yang paling penting dan hampir dalam hidup kita pun kadang-kadang lupa. Aku dah bercadang lepas ni aku nak buat jamuan untuk budak-budak ni sebelum puasa. Oh bestnya hari ini.....terima kasih semuanya.

Thursday, April 2, 2009

Pergi Takkan Kembali

Rasanya sudah berbulan blog ini tidak diupdate. Alasan yang paling kukuh ialah ketiadaan masa dan kekeringan idea. Apabila idea tiba masa pula yang tidak mengizinkan. Bila masa ada , idea aku pula yang kering kontang.

Apa pun hari ini aku menguatkan juga semangat untuk menulis, sebelum segala yang aku ingin rakamkan hilang terus. Catatan ini khusus untuk mengenang arwah abang iparku yang telah kembali ke rahmtullah pada 03 Mac 09 yang lalu.

Dalam usia yang begitu muda, 47tahun dia telah pergi dahulu. Agak terkejut sebenarnya terutama suamiku yang amat rapat dengan arwah. Lapan hari dia berada di hospital. Tiga hari pertama dia sendiri meminta untuk ke Kuantan Medical Centre apabila tidak tertahan menanggung sakit di bahagian kakinya. Arwah sempat menghantar sms kepada suamiku memaklumkan hal itu dan sehingga kini suamiku masih menyimpan sms itu (untuk kenangan).

Hari kedua arwah masih lagi boleh berbual melalui telefon dengan suamiku, walaupun suaranya kedengaran agak lemah. Hari ketiga, selepas pulang dari pejabat suami mengajak aku dan Nia untuk terus ke KMC. Sesampai kami di sana arwah sedang dialisis. Kami sebenarnya amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa arwah dialisis, ini menunjukkan buah pinggangnya gagal berfungsi dengan baik.

Mendengar perkataan dialisis itu aku sebenarnya gerun. Arwah abah aku meninggal pun sebab buah pinggang setelah sehari didialisis. Kak Ana (isteri arwah) bertanya sama ada dialisis itu hanya untuk sementara waktu. Kak Ana agak keliru sebenarnya, aku ingin menyatakan yang sebenarnya bahawa Arwah Uda (panggilan untuk arwah) mengidap penyakit buah pinggang sebab itu dia dialisis. Tapi Kak Ana menyangkal dengan menyatakan hanya untuk mencuci darah sahaja. Melihat keadaan kak Ana yang banyak menangis dan seperti tidak dapat menerima kenyataan aku hanya mengiayakan sahaja. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah memberi kata-kata yang positif.

Apabila Uda dimasukkan ke bilik, keadaanya cukup lemah. Bahagian perut arwah ditebuk untuk proses dialisis tersebut. Kak Ana menangis sambil cuba menggerakkan arwah. Aku menyabarkan kak Ana, mengatakan bahawa selepas dialisis pesakit memang merasa lemah. Pengalaman dengan arwah abah banyak memberi aku maklumat tentang dialisis ini. Bagi memuaskan hati Kak Ana, doktor yang berada di situ turut menggerakkan uda, apabila uda celik dan mula bercakap barulah kak Ana tenang dan lega mungkinnya.

Melihat kaki uda yang lebam kebiruan dan lebam kebiruan itu telah melarat sehingga ke pinggangnya. Dalam hatiku mengatakan bahawa kemungkinan besar uda juga mengalami diabetes tetapi tidak menyedarinya. Aku dan suami berpendapat sama melihatkan cara pemakanannya arwah yang amat gemar meminum air pepsi. Masih ingat lagi kata-kata arwah padaku "kalau minum air biasa rasa tak puas, nak jugak air pepsi", aku hanya tersenyum mendengar kata-kata itu. Dalam hatiku berbisik samalah seperti minat arwah abahku yang suka sangat minum air berkabonat.

Keesokan harinya Kak Ana memaklumkan pada kami bahawa Uda dimasukkan ke HTAA. Itu pun suami aku yang sarankan sebab bil di KMC untuk tiga hari sahaja telah mencecah RM7500. Hari Jumaat suamiku mengambil cuti separuh hari dan kami kembali semula ke Kuantan. Kami dimaklumkan bahawa keadaan Uda tidak stabil dan doktor mengatakan harapan untuknya adalah tipis, cuma menunggu masa sahaja.

Uda sememangnya seorang kuat dan cekal. Melihat keadaan kakinya itu bukan calang-calang orang yang dapat bertahan. Kita yang melihat pun merasa amat sakit, ini kan dia yang menanggung. Namun dia hanya senyap dan diam sahaja tidak mengaduh lansung tentang sakitnya. Apabila kami masuk melihatnya, dia masih sempat bergurau dengan Hanania. Dia masih mengenali semua orang dengan baik dan jelas termasuklah ibuku,itulah perkara yang mengkagumkan aku. Beberapa kali dia meminta untuk keluar dari hospital, beberapa kali jugak dia menyatakan pada suamiku supaya berkemas kerana dia ingin balik.

Akhirnya kata-katanya itu menjadi kenyataan apabila dia telah 'balik' tepat pukul 7.15 malam pada hari Selasa, 03 Mac 09. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini aku mula rasa kehilangan orang-orang terdekat. 2003 arwah mak tuk pergi, kemudian disusuli dengan bapa mertuaku, mak dan ayah saudaraku, abah dan kini uda. Mati itu sebenarnya pasti, amat pasti cuma kita tidak tahu bila dan bagaimana. Apa yang mampu kita lakukan agar pengakhiran kita sesuatu yang baik dan menyenangkan. Dalam masa yang amat singkat ini marilah kita berbuat baik tanpa sekelumit benci.

Al-Fatihah.






Sunday, December 28, 2008







nampak tak banyak barang tapi banyak.Suami aku sewa lori yang muatan untuk 5 tan. Hah, itu pun terpaksa angkut untu second round.



Setelah dua tahun akhirnya kami benar-benar berpindah. Yelah setelah aku merasa begitu penat menguruskan dua buah rumah jadi kami mengambil keputusan untuk berpindah yang sebenar-benarnya. Kalau dahulu kami hanya memindahkan pakaian sahaja tapi kini semua sekali dipindahkan.


Bila mak tanya perlu ke tidak pertolongan dia untuk mengemas barangbarang di Kuantan aku hanya menolak pertolongan yang dihulurkan. Aku beritahu mak barang-barang kami tak banyak aku boleh mengemas dengan suamiku sahaja. Melihat kepada barang-barang dalam rumah aku rasa begitu sedikit sahaja berbanding rumah-rumah kawan aku di taman ni.


Tapi apabila aku mula mengemas...mak oiii banyak rupanya. Huh tu pun nasib aku bukan jenis suka membeli barang-barang perhiasan. Yang banyaknya barang-barang kecil dan pakaian lama. Permainan anak aku dari dia kecil sampai sekarang dah separuh rumah, buku-buku mengalahkan profesor (buku-buku suami aku la tu, yang aku punya dah lama dah jadi abu).


Aku macam bertaubat je untuk berpindah - randah ni. Banyaknya benda kena buat dan kena kemas. Bab menyusun barang-barang dalam lori dah satu hal. Nasib baik la suami aku dah mengupah pekerja dari majlis tu datang untuk tolong memunggah segala barang-barang tu, kalau tak aku rasa mahu aku ambil tambah sebulan lagi cuti.


Namun mujur juga aku mempunyai jiran yang begitu baik kak Nah dan abang Jamal serta Nita dan suami. Kak Nah siap menolong menyediakan minuman lagi untuk kami semua. Selamat!!!!gula aku, gelas semua ntah di mana kalau nak suruh tuan rumah sediakan. Hehheeh itulah gunanya jiran.


Sedih bila Kak Nah beritahu abang Jamal sedih sebab kami berpindah. Dia mungkin amat terasa kehilangan suami aku yang memang suka melayannya bersembang dan sering membuat lawak.

Suamiku kata malas nak layan perasaan sedih tu. Memang rasa sedih meninggalkan satu tempat yang menjadi tempat permainan kita dan hampir keseluruhan usia kami di daerah ini.

Aku dan suami tak pernah menyangka akan berpindah dan mempunyai kehidupan di tempat lain. Tapi itu keadaannya : kita merancang Tuhan yang menentukan.


Jadi pada 27 Dis 2008 kami dengan rasminya berpindah ke Temerloh dari Kuantan. Huwaaa aku sedih sebenarnya. Lepas ni tak boleh lagi tiap minggu nak balik Kuantan. Rumah tu pun akan disewakan.


Dan lepas ni pun aku tak boleh nak bertenet dengan internet. Kena tunggu bajet lain untuk beli celcom broadband. Perumahan tu masih tak ada tiang untuk talian telefon jadi aku tak boleh nak pindahkan streamy kami ke sana.


Doa aku agar segala-gala akan bermula dan berakhir dengan kebahagiaan. Aminn!












Saturday, December 27, 2008

Tengok Ikan

Cik Kak ni kena suruh senyum barulah nak senyum masa posing dalam aquaria.

ikan apa?Pari kot.

ikan apa? ntah (aku memang lembab sikit bab-bab ikan)


ikan apa? lagi la aku tak tahu dan tak ingat.



Janji mahu membawanya ke Aquaria telah lama dibuat. Bukan seminggu dua tapi dah bertahun-tahun. Jadi janji perlu dikotakan walau macam mana payah sekali pun. Apatah lagi jika janji itu dibuat kepada budak-budak. Mesti merengek selagi kita tak memenuhi janji tersebut.

Dalam kesibukan untuk berpindah ditambah lagi dengan kepenatan kami pergi la memenuhi janji untuk melihat ikan. Ikutkan hati aku nak saja bawa anakku itu ke pasar. Tengok la ikan puas-puas kat situ. Cuma ikan tu dah mati la dan akan dijadikan hidangan sebagai lauk.

Cuti Krismas tempohari kami membawanya melihat tempat yang selalu disebutnya itu. Mukanya masih lagi kelat, pelik juga aku. Mungkin dia rasa kurang seronok kerana terlalu ramai orang nak tengok ikan tu pun terpaksa bersesak dan berbaris panjang. Suami aku pun dari awal lagi macam biasa terkedu apabila terpaksa membayar sesuatu yang tak begitu berbaloi.Hehheehe biasa la tu.

Anakku memang tak seronok, katanya ikan tu sikit sangat dan panas di dalam aquaria tu. Tu ler nak sangat pergi. Yang penting janji dah ditunaikan.Seronok ke tak seronok ke belakang kira.

Monday, December 22, 2008

Nia dan sepupu-sepupu

Anis Batrisya yang suka merajuk dan suka dipuji. Kalau puji dia cantik hemmm senyum meleret2.

Tu dia Nia and the gang macam-macam posing ada. NIa memangku Adam, Iskandar baju purple, Danish, Sara dok menutup mata dan Qistina merenung jauh tengah berfikir kot.

Geram tengok rambut maggie Qistina.


Lama tak upload picture so aku upload gambar-gambar anakku dan anak-anak saudaraku. Time semua balik macam ni anak aku la yang paling gembira dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya tu. Semua kata nia macam babysitter, buat susu , tukar pampers, mandikan iskandar yang memang rapat dengan dia. Tapi semua kerja tu dia dengan rela hati buat tak ada siapa yang memaksa dan menyuruhnya. Kalau tak bagi dia buat semua tu terutamanya tang buat susu dia boleh mengamuk sakan. Tapi yang sebenarnya semua mak sedara dia suka...sebab they all boleh rileks.



Apa pun aku tak kisah sangat sebab Nia perlu juga dilatih menjadi seorang kakak walaupun hanya dia seorang. Dia perlu dilatih untuk mengalah dan berkongsi barang , jadi masa ni la nak tunjuk macama mana dirinya yang sebenarnya. So far dia memang sukakan budak-budak, tapi kadang kala datang angin dia budak-budak tu disakat juga sampai menangis.







Aku tak cuti !!!

Cuti panjang tahun ni aku rasakan begitu pendek sekali. Sedar tak sedar dah nak masuk minggu terakhir cuti. Huwaaaa....penatnya dan kalau boleh nak je sambung lagi cuti. Macam mana la aku tak rasa macam tu cuti tahun ni aku asyik berulang alik dari Temerloh ke Kuantan pas tu ke Kemaman pulak. Seingat aku sepanjang cuti ni hanya dua minggu aje aku duduk di Temerloh selebihnya di Kuantan dan Kemaman.
Sebelum cuti sekolah dulu macam-macam yang aku plan untuk student aku. Nak buat module la, nak buat soalan la, nak siapkan nota la, nak siapakan semuanya untuk library la. Hahhaha alih-alih satu pun aku tak buat, kecuali menyemak data buku di library itu pun siap sebab aku upah budak.
Susah jugak duduk jauh dari mak ni. Tak balik kan asyik teringat je , kesian pulak pada dia menguruskan semua benda seorang diri. Kalau dulu masa kami semua duduk di Kuantan senang aje aku nak jenguk orang tua tak sampai sejam. Apa pun aku dah selesaikan mana yang patut. Tahun ni aku tak sempat nak bawa adik-adik aku beli peralatan sekolah tapi aku siap bagi duit pada mereka. Pandai-pandai la si Nabila dan Aisyah tu beli sendiri. Hehheheh Kak Long dah penat gilerr dok ke hulu ke hilir.
Apatah lagi aku nak pindah rumah di Temerloh ni, nak angkut semua barang-barang dari Kuantan ke sini. Memang la aku ke hulu dan ke hilir. Kemas rumah di Kuantan, kemas rumah sewa di Temerloh, cuci rumah yang nak pindah ni. Pegi survey lampu la, perabot la. Huh...kering ler aku tahun ni. Apa nak buat masuk rumah cam tu la.
Apa pun aku mesti siapkan jugak module untuk budak-budak form 3 nanti. Senangkan kerja aku jugak, lebih-lebih lagi budak kelas hujung-hujung dunia tu...tak la aku rasa darah aku mendidih sampai ke kepala bila budak-budak tu tak bawa buku.
Esok aku dah kena pergi sekolah dah..nak jenguk library yang mungkin dah berabuk. Cikgu Iqbal mesti bengang pada aku janji nak siapkan mengecat dinding luar library hari Jumaat dulu tapi aku tak sempat sebab kena balik Kuantan. Tak pe la ada seminggu lebih lagi ni aku pulon la siapkan kerja. Lagipun aku ni memang la last minute person.

Thursday, December 18, 2008

KATA LELAKI "WANITA ITU LEMAH"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut..... besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ... kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersandar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak Membasuh pakaian,menyediakan makanan Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....


Hehehhehe setuju ke tak?