Thursday, June 17, 2010

Alone

Esok - 17hb Jun , nak drive sampai ke Kuala Terengganu.
Rasa gusar dan risau sebab tak pernah drive jauh. Paling jauh pun setakat Kemaman ni.

Mudah-mudahan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Hermmmm.....hidup mesti diteruskan...........

Wednesday, June 16, 2010

Sesekali

Faiz, Dilla n Me

Date: 15.06.2010
Location : Old Town White Coffe/ Kuantan

Aku teramatlah jarangnya dapat keluar dari 'sangkar' bertemu dengan rakan-rakan sekolah. Reunion pun tak pernah pergi. Semalam setelah menguruskan adikku Nabila di Yayasan Pahang aku berpeluang untuk melepak bersama rakan baikku Aisyatun di rumahnya. Hampir 4 jam kami berbual ,bercerita ,termasuklah bergosip.

Setelah itu pada pukul 5.30 petang aku bertemu pula rakan-rakanku ketika di SHAH dulu, Faiz dan Dilla. Rancangan awal adalah untuk melepak di rumah Dilla, namun memikirkan aku perlu pulang ke Kemaman sebelum malam maka kami akhirnya bertemu di Old Town White Coffe di Jalan Beserah.

Eeee...seronoknya, sesekali keluar tanpa 'body guard'. Kononnya aku mahu bergerak pulang paling lewat pukul 7.00 malam. Hah, bila dah berjumpa tak sedar masa begitu pantas, akhirnya pukul 7.50 baru aku bergerak pulang. Hehe, Nabila bukan main boring lagi. Yelah urusan dia selesai pukul 1.00 ptg, berjam-jam aku berborak dan hanya menunggu sambil bermesej dengan kawannya. Sesekali aku bersosial...

Tuesday, June 15, 2010

GOOD VISION IN A DOWNPOUR

How to achieve good vision while driving during a heavy downpour.
We are not sure why it is so effective; just try this method when it rains heavily. This method was told by a Police friend who had experienced and confirmed it. It is useful...even driving at night.
Most of the motorists would turn on HIGH or FASTEST SPEED of the wipers during heavy downpour, yet the visibility in front of the windshield is still bad...... In the event you face such a situation, just put on your SUN GLASSES (any model will do), and miracle!
All of a sudden, your visibility in front of your windshield is perfectly clear, as if there is no rain. Make sure you always have a pair of SUN GLASSES in your car.
You are not only helping yourself to drive safely with good vision, but also might save your friend's life by giving him this idea..

Dapat maklumat ni dr email, sekadar berkongsi. Sebenarnya dah lama suami aku guna cara ni, bila hujan pakai sunglas...memang cara yang berkesan.

Monday, June 14, 2010

Berbagai Rasa

Time: 12.56am
Location: Kemaman
Venue:Room

Seronok
Masih lagi cuti dan berada di rumah mak.
Dapat anak saudara baru Putera Akif Firdaus
Dapat jumpa anak-anak saudara Iskandar, Anis, Dennis dan Darwish.Lagi best kalau Qistina dan Yaya ada sekali.

Apa yang tiba-tiba terlintas dan rasa sesak kepala
Kertas exam budak masih belum siap diperiksa
Rasa malas nak drive balik Temerloh.
Medical check up dan segala surat-surat berkaitan masih belum disiap.
Terlupa nak bagi resit bayaran suratkhabar pss bulan Mei pada Cc. Harap-harap tak kena berleter.
Belum bawa Hanania jumpa dentist.
Duit ..duit..duit di mana kau duit..huh..(untuk bayar yuran pengajian Nabila dan Aiman).Tawakkal je lah

Perkara menarik yang dilihat hari ini
Melihat bintang di langit masa menyidai baju 9 malam tadi.
Taburan dan sinaran bintang yang bergemerlapan mencetuskan sebuah angan-angan.
Tiba-tiba bestnya .......seronoknya....jika menjadi seperti WINda dalam Benci Bilang Cinta.
Oh tidakkkkkkk!!!! aku sudah jauh terbawa dan hanyut dengan sinetron itu......

Tuesday, June 1, 2010

Kusut

Dah lama aku tak update blog ini. Konon-kononnya blog ini tempat aku mencurahkan seribu satu macam tekanan dan bebanan. Tapi tidak jugak, bila fikiran serabut,bila macam-macam masalah timbul, bila banyak perkara yang perlu diselesaikan aku sebenarnya lebih suka mengasingkan diri. AKu lebih suka baring atas katil sambil memejamkan mata, tidak pun aku termenung.



Hidup ini adalah himpunan-himpunan masalah. Sudah ditakdirkan perjalanan hidup kita ini akan begini, begitu, macam gini , macam gitu dan sebagainya. Namun untuk menyalahkan takdir atas apa sahaja yang berlaku adalah tidak baik. Jika diikutkan hati dan perasaan rasanya mahu menangis dan menjerit sahaja. Namun mujurlah juga kita semua sudah diajar bahawa segala dugaan , masalah semuanya ujian dari Allah.



Cemburu, siapa yang tidak cemburu bila melihat ada rakan-rakan atau orang sekeliling yang begitu lancar perjalanan hidupnya. Tidak pening kepala memikirkan itu, ini. Kalaupun ada masalah sekurang-kurangnya ada yang mempunyai vitamin M (heheh money..duit ler). Duit ni bila difikirkan boleh menyelesaikan banyak masalah, berbanding orang yang tak berduit macam aku ni. Opps !!! tak baik, duit ada cuma cukup-cukup sahaja untuk keperluan keluarga, mak dan adik-adik.



Bila dalam keadaan begini ,keadaan kecelaruan dan kekusutan ini sebenarnya makin mendekatkan diri kita dengan Allah. Lumrah manusiakan, bila susah barulah berdoa panjang mengadu kepada DIA. Bila senang sekejap je duduk atas sejadah tu, baca doa pun ringkas-ringkas aje.

Sebelum aku merepek dan meraban baik aku stop.

Thursday, May 6, 2010

Cerita ke Penang



Dua tiga minggu kebelakangan ini aku memang sibuk. Bila dah sibuk secara tidak langsung ia akan jadi penat, bila dah penat tahap tertinggi biasanya hilang mood , tension dan rasa nak menangis berlagu-lagu. Itu la aku...hahah...


Itu la namanya hidup. Bermula awal bulan April aku, mak dan Liana ke Penang menghadiri majlis konvo Liana. Haru juga dibuatnya. Itulah pengalaman pertama pergi ke tempat yang jauh tanpa suami. Seberang Perai , P.Pinang. Malas nak menyusahkan suamiku, ditambah dengan hari bekerja jadi kami menaiki bas ke sana. Bila tiba saat-saat begini amat terasa ketiadaan abah. Kadang-kadang aku mengeluh juga dalam hati amat sukar rasanya tiada abah, banyak perkara aku perlu uruskan. Kadang-kadang tak tercapai dek tenaga perempuanku ini. Tapi walau apa sekalipun itu bukan alasan untuk tidak meraikan kejayaan adikku yang kuat berusaha ini. Susah macam mana pun aku akan pastikan mereka tidak terabai.

Ada juga hati yang terusik bila mendengar kisahku menaiki bas ke sana. Hahah Kak Zie terlopong mendengar ceritaku , matanya berkaca.Alamak Kak Zie melankolik la pulak. Oh , Kak Zie cayang...small matter je tu, zainura ni dah biasa hidup susah. Hehhe. Mungkin Kak Zie terharu kot bila dengar cerita aku yang sampai ke Butterworth pukul 4 pagi , lepas tu tak tahu mana nak lepak. Liana pulak tak beritahu awal pada pihak hotel tu yg kami sampai awal, dia kata boleh check in pukul 2 ptg. Oh Liana kenapa la dia tidak boleh berfikir lebih panjang sikit. Aku pulak serah bulat2 pada dia tentang penginapan ni. Gelisah giler aku, dah la pakcik2 teksi sibuk bertanya itu ini lebih pada kami ni lari dari rumah pulak.


Memang otak aku blur jap, termenung gak aku. Masa solat subuh, aku berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan kami. Kesian jugak kat mak, mesti penat, takkan nak duduk kat terminal bas ni sampai tengahari. Alhamdulillah diberi petunjuk lepas solat, aku menghubungi pihak hotel menceritakan masalah kami. Dan horeyyy kami boleh check in pagi tu juga.


Liana pun kesian, sampai hotel letak bag terus pergi raptai. Nak je aku cakap pada Liana tak payah pergi raptai tu, buat penat dan buang masa je. Hermm..tapi adikku ini skema sikit, ikut peraturan...biar je la.

Aduhai hotel yang bertaraf 2 bintang tu rupanya baru saja dibuka. 1 Bintang ke , 2 bintang ke atau tak de bintang itu bukan masalah padaku. Masalahnya tempat makan jauh. Terima kasih la pada pekerja hotel tu yang sanggup menunjukkan tempat makan pada kami. Berjalan kaki sejauh setengah km. Aku kalu bab2 berjalan kaki ni tak kisah cuma bila melihat mak berjalan tu aduh..rasa sedih sangat. Nak2 musim panas, pukul 9 pagi kami keluar matahari atas kepala.


Hah konon bila sampai ke Penang tu aku berangan la nak makan pasembur, nasi kandar, naik feri. Semuanya tak kesampaian sebab raptai Liana yang dikatakan bermula pukul 8 pagi seperti dalam surat rupanya ditangguh pada petang. Disebabkan penat dia hanya tunggu bersama kawan-kawan dia, mungkin lepak kat surau la kot. Aku pulak dengan mak lepas keluar breakfast dah tak keluar lagi dah, masuk bilik tengok tv dan akhirnya tertidur. Pukul 6 ptg adik aku tu baru balik. Lepas solat magrib kami bergegas ke Butterwoth untuk membeli tiket balik. Lepas beli tiket baru la makan malam.Itu pun Liana dah tak larat, dia kata dia penat sangat. Tapi aku cakap kena makan jugak sebab tengahari dah tak makan.


Hari konvo pada hari Isnin tu kami awal-awal lagi keluar walaupun sesi Liana pada sebelah petang . Berjalan kaki la katakan, slow-slow. rupanya dah tak ramai orang berjalan kaki zaman sekarang ni. Orang pulak cam pelik je tengok kami berjalan 3 beranak, cam nak gi beraya la pulak.hehe.So lepak di surau Politeknik tu aje sementara menunggu pukul 2 petang. Segalanya selesai pada pukul 6 petang, kami naik bas Utama Ekspress pada pukul 10 mlm. Aku turun di Temerloh, sementara mak dan Liana turun di Kuantan. Weh..rupanya naik bas ni lagi penat , terlambung-lambung, sakit badanku ini. Sampai pukul 5 pagi. Huwaaa...pukul 7 aku ke sekolah. Perhh..hari tu ke sekolah ibarat jalan tak jejak bumi, penat sangat.

Apa sekalipun, penat ke , kena berjalan kaki ke, aku bersyukur dah dapat menyelesaikan satu perkara penting dalam hidup adik ku itu. Sebagai Kak Long aku perlu memikul segala tugas setelah pemergian abah. Kadang-kadang aku merasa berdosa sebab seringkali mengeluh dalam hati kerana banyak perkara aku perlu fikirkan dan selesaikan serta hadapi. Tapi seringkali jugak bila perasaan jahat itu hadir aku cepat-cepat memujuk hati bahawa itu adalah satu cara untuk aku berbakti kepada mak dan adik-adik yang memerlukan. Aku juga mengingatkan diri bahawa terdapat lagi insan yang lebih teruk atau derita hidupnya. Jadi perlu bersyukur dengan apa yang ada.

Cuma ada satu perkara yang membuatkan aku begitu terharu. Sewaktu menelefo Liana yang ketika itu menunggu waktu raptai aku bertanyakan Liana sama ada dia dah makan ke belum, sebab dari malam naik bas sehingga sampai kami tak berpeluang untuk menjamah makanan sebab tak lalu. Dia kata dia dah kenyang sebab dah makan di kantin Poli pagi itu. Aku menggesanya supaya makan untuk tengahari , tapi dia berkeras mengatakan dia tidak lapar. Namun cerita sebenarnya terbongkar bila aku berjumpa dengannya tempohari. "Kak Long dah banyak sangat keluar duit, hari tu Ana bukan tak nak makan, tapi nak jimat kalau makan tentu guna duit lagi". Marah betul aku dengan pemikiran skema dia tu. Dia tidak perlu berfikiran sebegitu, sebagai kakak aku tidak pernah bekira itu dah tugas aku. Argh..sedihnya aku...

Tuesday, April 27, 2010

Happy Anniversary

26.04.2010- Kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-12. Huhu..dah 12 tahun kahwin. Rasa macam baru semalam aje buat kenduri kahwin. Masih terasa penat, terkejar ke sana-sini, urus itu dan ini. Maklumlah dengan bajet yang cukup ciput persediaan kawinku buat sendiri. Setiap bulan dapat gaji beli satu barang hantaran. Perkahwinan kami cukup simple, tak ada majlis persandingan, tak ada acara tukar-tukar baju Kimono, gaun, sari, semua tak ada. Hanya 2 pasang aje yang aku sediakan, satu baju untuk nikah dan satu lagi baju untuk kenduri(Haha baju kenduri itu pun aku pinjam dari kak Ana, thank u very much kak Ana! )Itu pun nikah dan kenduri dalam satu hari. Pukul 11 pagi habis nikah, pukul 12 makan, satu hari selesai.


Kenduri belah lelaki? Pun kami tak buat, mengenangkan suamiku pada ketika baru sahaja kehilangan ibunya. Kad kahwin? Lagi la kelakarnya, suamiku design sendiri dan print sendiri serta cetak sendiri. Walaupun perkahwinan kami tidak gah seperti pasangan kini, tapi kami amat bersyukur kerana segala-galanya hasil titik peluh kami, memang mak dan abah tak payah pening-pening cuma uruskan makanan kenduri sahaja. Apa pun aku bersyukur kerana walaupun pada ketika itu aku baru sahaja habis belajar dan hanya bekerja sebagai kerani tapi kami tidak berhutang. Persediaan itu memang dibuat awal sedikit demi sedikit. Kelakar bila ingatkan waktu nak beli barang hantaran, semuanya dibeli semasa sale (murah je beb). Suamiku patut bangga dapat aku yg cukup simple dan tidak banyak sangat kehendak (hehe).
Hidup kami berdua bermula dari zero, segalanya adalah perkongsian, persefahaman, pengorbanan. Segala apa yang kami ada kini adalah anugerah dari Allah dan di situ ada titik keringat kami bersama. Semoga perkahwinan akan terus berkekalan , diberkati oleh Allah.