Monday, October 4, 2010
Selamat Menjawab PMR
Selamat menduduki PMR. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang. Bagi yang beragama Islam jangan lupa membaca doa dan selawat sebelum menjawab. Moga-moga Allah akan menerangkan hati anda semua dan dapat menjawab dengan baik.
Untuk para pelajar saya yang masuk ke blog ini, saya mendoakan yang terbaik untuk kamu semua. Saya halalkan dan restu segala ilmu yang telah saya curahkan sepanjang kita bersama. Juga saya maafkan segala kesalahan kamu dengan seikhlas hati.
Semoga berjaya , lulus dengan cemerlang !
"Terbilang Jaya".
Friday, October 1, 2010
Kenduri Raya
Minggu ni, minggu yang agak sibuk di sekolah. Bila sibuk, maka keletihan yang melampau pun berlaku. Bermula Ahad lepas lagi kami dah sibuk kerana membuat persiapan untuk jamuan raya bagi seluruh warga sekolah. Jamuan itu diadakan pada hari Isnin 26hb Sept. Seekor lembu tumbang untuk dimasak bagi menjamu para pelajar dan guru serta kakitangan. Terima kasih kepada Normi kerana sedekah lembu (tambah rezeki).
Paling havoc, aku dimasukkan dalam AJK memasak nasi dan daging. Nasib baik ada guru yang pakar memasak untuk kenduri, kalau harap kat aku alamat tak jadi gulai la daging tu. Sesekali buat kenduri atau jamuan besar macam ni seronok jugak. Sekurang-kurangnya aku dah dapat pengaaman macam mana nak masak nasi dalam kawah, macam mana nak masak gulai kawah. Jom layan gambar...

Monday, September 27, 2010
open house dan makan....makan lagi....
![]() |
| wah ada cameraman siap tunggu ambil gambar lagi.... |

![]() |
| semuanya sedap..bila dan kenyang rasa tak boleh bernafas |
![]() |
| semuanya menjadi kegemaran |
![]() |
| seronok sangat dapat makan, sampai tertutup mata..hahaha |
Friday, September 24, 2010
kelas cancel
Nasib baik aku belum memulakan perjalanan ke Bangi. Terkejar-kejar dari sekolah, siapkan itu dan ini sampaikan bahan untuk kelas tambahan Ahad ini pun tak sempat nak sedia. Hand phone pulak tertinggal di rumah. Sampai di rumah kemas dulu apa yang patut, husband dah menunggu bersama beg pakaiannya.
Aku pulak tak sibuk nak tengok hp yang tertinggal di atas dok bercerita dan naik ke atas hanya mengambil pakaian Nia etapi masih lagi tak ke bilik mencari hp tu. Dan at last bila semua dah sedia tunggu nak bergerak ke kereta je..aku lantas mencapai hp yang berada di atas radio.
Ada 4 missed call dan ada 4 message. Tengok missed call dari classmates, dan akhirnya buka message..
"DUA-DUA KELAS CANCEL!!!"
Wah..aku rasa cuak jugak. Berhempas pulas siapkan assingment. Macam lipas kudung aku setiap hari Khamis dan pagi Jumaat. Kenapa la tak inform awal, kan senang. Ni bukan kali pertama tau..rasa bengang jugak. Cancel kelas last minute. Lain la kalau aku dok dekat.
So nak buat apa?Tidur la, apa lagi qada' yang semalam.

Monday, September 20, 2010
Permintaan Mr H
Lama tak update blog ni. So kali ni masih lagi tak sempat nak coret panjang2 sebab assingment yang perlu dihantar Jumaat ni masih belum siap. Raya sakan sangat. Namun atas permintaan Mr H yang terasa hati sebab gambar dia tak ada , so kena la curi masa utk upload gambar Mr H ya... Hari tu tak sempat la.. ok....layannnn....
Saturday, September 11, 2010
Dah Raya!
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kesibukan untuk menyambut lebaran kian terasa terutama bagi kaum ibu yang kini mungkin di peringkat akhir melakukan acara membeli-belah, membersih, mengemas rumah, menyediakan biskut, kek dan sebagainya. Kanak-kanak apatah lagi setiap hari membelek baju dan kasut raya, tidak sabar untuk menunggu ketibaan 1 Syawal.Namun dalam kita bergembira menyambut Syawal jangan lupa golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang mungkin ditimpa musibah dan sebagainya. Tak nak la meleret panjang-panjang sangat sebab banyak kerja menanti di dapur.
Selamat Hari Raya Adililfitri kepada semua yang mungkin sedang membaca blog ini. Bagi yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya (jangan lupa baca doa naik kenderaan tu). Untuk anak-anak di perantauan harap dapat pulang menjenguk orang tua di kampung. Bagi para ibu pula bersederhanalah ketika berbelanja. Akhir kata maaf zahir dan batin.
Subscribe to:
Posts (Atom)