Falsafah Hidup, karya Alayarham Prof.Dr.Hamka ini memang sewajarnya dibaca oleh semua orang. Kandungan buku ini memberi panduan tentang sifat-sifat manusia, ia amat menyeluruh. Mengandungi 9 bab (489 ms).Memang tidak puas dibaca kerana apa yang ditulis memang berlaku di sekeliling kita, malah kita juga sering melakukan kesilapan-kesilapan yang dinyatakan dalam buku ini.
Buku ini mengajar kita akan rahsia-rahsia kehidupan dan tingkah laku manusia dalam pelbagai aspek. Dalam buku ini menjelaskan betapa semua manusia adalah sama darjatnya. Cuma kelebihan seorang daripada seorang yang lain adalah kerana takwa, budi dan kecerdasan akalnya. Bukan kerana pangkat atau kekayaan.
Ok jangan lupa baca ...memang best dan boleh memberi keinsafan.
Tuesday, December 14, 2010
Monday, December 13, 2010
Ini merupakan salah satu buku dalam koleksiku. Buku yang menceritakan tentang keajaiban-keajaiban sedekah, misteri, rahsia dan keagungan sedekah. Antara manfaat sedekah ialah:- mengundang rezeki, menolak bala, menyembuhkan penyakit dan memanjangkan umur.
Jadi tidak kira siapa pun kita (terutama orang yang millionaire tu ler) bersedekah lah dengan penuh ikhlas dan inysaallah rezeki anda terbentang lebih luas lagi. Ok bagi yang minat membaca, beli la buku ni, tak rugi..sure punya. Ia boleh dijadikan panduan untuk kita semua bagi mengenal erti sedekah yang sebenarnya.
Ok selamat minum petang! Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman (betul ke?hehe)
Sunday, December 12, 2010
Oh yeahhh!!!
Tiba-tiba hari ini aku rasa ingin menulis. Saja nak mencurah rasa..rasa apa ya? Oh..rasa gembira dan syukur sebab result dah dapat. Wah bila dapat je result melalui sms aku automatik melompat-lompat kegembiraan (hehe..sedikit over ok, over secara spontan). Tersengih sahaja mr hubby bila melihat resultku. Opps..pastinya dia ucap tahniah. Tiba-tiba aku rasa berkobar-kobar untuk terus belajar bila melihat result yang bersinar macam bulan purnama tu. Yelahh..dalam cuti ni aku sebenarnya berfikir macam nak tangguh je sebab tahun depan Nia akan menduduki UPSR, ingat nak tumpukan pada dia. Tapi dah dapat result cam berkobar-kobar pulak. Kita serah aje pada Allah..mana yang terbaik.
Thursday, December 9, 2010
Lafazkan Kalimah Cintamu
Baru sahaja selesai menghabiskan novel ini. Ini merupakan novel ke-3 Siti Rosmizah (agaknya la). Berebut-rebut ingin membaca novel ni dengan Ecah. Tapi mesti la Kak Long yang menangkan, sebab tukang keluar duit untuk membelinya. Kami membeli novel ini ketika singgah di Wangsa Walk pada 07.12.2010. Hehe siap dengan tarikh lagi al-maklumlah cikgu Sejarah.
Komen tentang novel? Best 100X, tak percaya korang bacalah. Ada peningkatan dalam penulisan Siti Rosmizah ni, dia telah menggarap novel ini dengan baik sekali. Segalanya cukup rasa dalam novel ini. Pada mulanya anda akan menangis, sedih mengenangkan nasib si Qila, kemudian ia berjaya membuatkan anda ketawa dengan kata-kata lucu si Qila dan sahabat baiknya Farhana. So segala rasa lucu, sedih, gembira semuanya ada. Apa yang penting happy ending ok. Aku memang tak suka novel yang sad ending. Dah banyak sangat benda-benda sad dalam hidup ni, so berbaloi la beli novel yang happy untuk happykan diri sendiri. Oh pokok pangkal, dan segala akar memang novel ini berbaloi dibeli dan dimiliki.
Friday, December 3, 2010
Nyanyian Tanjung Sepi
Ingatkan masa cuti begini aku ingin menulis sepuas-puasnya di blog ni. Tapi sangkaanku jauh meleset sebab cuti-cuti begini aku telah menjadi surirumah sepenuh masa. Semestinya kerja rumah tak habis-habis dan akhirnya aku kepenatan dan hilang mood untuk menjenguk ke sini.
Hari ini, aku ingin mencatatkan tentang novel yang boleh kukatakan dikhatamkan dengan keadaan 'terpaksa'. Hehe novel ini agak tebal. Walaupun aku membacanya secara 'melompat-lompat' kerana rasa kurang sabar untuk mengetahui kesudahannya tetapi cerita ini telah menyebabkan aku menangis. Membaca novel ini membuatkan kita melihat dimensi lain tentang makna cinta dan pengorbanan. Menyedarkan kita makna kasih sayang sebenarnya. Tak mahu cerita panjang-panjang bagi yang berminat boleh membacanya sendiri. Memang best.
Sunday, November 21, 2010
Novel punya pasal
Nia and dua orang aunties yang poyo...huhuuu
Cuti-cuti begini, rasa lapang, rasa santai, rasa terlebih-lebih masa la pulak. Jadi, apa lagi aku kembali semula pada minat dan kecintaanku yang satu itu...haha jangan fikir bukan-bukan ok. Baca novel ler!Hihi..balik rumah mak aku ternampak novel kegemaranku yang ditulis oleh Siti Rosmizah. Wah bebudak ni..sesedap rasa je mengambil novel-novel aku, patut ler di rak buku tu macam makin kurang je koleksi aku.
Sedang khusyuk membaca mak tiba-tiba menegurku. "Kalu baca kitab agama banyaknya pahala dapat. Tak habis-habis dengan buku cerita.Khayal je semua tu.Umur dah nak masuk 40 kak long oiiii...".
"haha..mak tak tahu ke, boleh bawa mati tu mak..nanti kita bacakan novel kat kubur dia", amboi sedapnya adik bongsuku jadi nasi tambah. Ala..rileks la lagi 3 tahun ya nak masuk 40. Nak buat cam ne mak sayang dah jadi hobi sejak azali lagi membaca novel ni.
Hari ini sahaja aku telah membeli sebuah lagi novel di kedai buku Men-men Kemaman. Penulis yang telah mencuit hatiku dengan corak penulisannya yang begitu simple, lucu tetapi jitu. Soalnya Hati merupakan karya kedua Nurul Syahida, setelah mengkhatamkan beberapa kali karya pertamanya "Plain Jane". Bayangkan aku tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan novel itu, masa yang diambil hanya sepanjang perjalanan dari Kemaman ke Temerloh. Tetapi akibat tumpuan yang begitu khusuyuk hingga tenggelam dengan watak Zulaikha, aku rasa loya, pening dan nak muntah. Sebab membaca dalam kenderaan yang sedang bergerak. Gilos tahap gaban betul kalu dah dapat novel!.
Jauh di sudut hati aku memang mengaku yang novel ni kadang-kadang sedikit menjadikan kita khayal. Tetapi pada pendapatku tidak la sampai angau sepanjang masa. Hanya ketika membaca kita akan tenggelam dengannya; tersenyum, tersengih, ketawa dan menangis. Namun tidak dapat dinafikan banyak juga pengajaran yang boleh kita kutip.
Apa sekalipun pesanan dari penaja "MEMBACA AMALAN MULIA". Hihi mak mesti tambah, "Tu baca buku-buku agama atau al-QUran". Betul tu mak, jangan risau kak long sentiasa membaca buku-buku agama dan al-Quran (mana boleh tunjuk depan orang, nanti kata riak pulak kan).
Ok la, Ecah dan Bella (korang mesti tak tidur lagi masa ni, sebab korang spesis burung hantu). Jangan lupa tolong mak kemas rumah. Jangan bangun lambat ya bebudak, nanti tak ada orang nak masuk meminang.Wei! sudah-sudah la bersms tu!!!!
Thursday, November 18, 2010
Sahabat
Jarang kita dapat ketemui sahabat sejati. Terlalu sukar sebenarnya. Bagi mendapatkan sahabat sejati ni umpama mendapatkan mutiara di dasar laut. Setakat sahabat untuk buat lawak bodoh, untuk ketawa memang amat mudah diperoleh. Tapi jarang kita bertemu dengan sahabat yang akan menangis bersama ketika kita dalam keadaan sukar.
Kadang-kadang kita juga bertemu dengan orang yang kita anggap sebagai sahabat, tetapi tiba-tiba dia menikam kita dari belakang. Betapa kecewanya bila wujud situasi sebegini. Kadang-kadang kita begitu beria-ria ingin bersahabat dengan seseorang, tetapi dia buat tidak endah akan kewujudkan kita. Betapa kita rasa begitu kerdil sekali.
Mengenangkan ini, aku pernah mengalami situasi yang amat menyakitkan hati. Betapa kepercayaan , keikhlasan , ketulusan kita disalah erti , disalah anggap. Seorang rakan pernah mengkritikku dengan mengatakan aku masih berdendam. Dendam? adakah mengenangkan perbuatan seorang yang kita percaya yang telah memfitnah kita dianggap sebagai dendam?
Dituduh sebagai pencuri, bukanlah satu perkara yang remeh. Bukan satu perkara yang menyeronokkan. PENCURI merupakan tujuh perkataan yang boleh membunuh kepercayaan orang lain terhadap kita. Perkataan yang boleh menjarakkan atau menghapus terus sebuah hubungan persahabatan. Yang boleh membuatkan orang jijik terhadap kita.
Itu lah yang berlaku. Ia bukanlah dendam. Cuma rasa terkilan yang amat sangat. Rasa sedih dan terluka yang mendalam. Rasa dikhianati!. Bila ditanya, adakah aku memafkan dirinya. Ya, aku memaafkan tetapi perasaan terkilan itu wujud hingga kini. Perkara yang dilakukan itu benar-benar mengaibkan aku. Tidak seharusnya dia berfikiran dangkal hingga melemparkan fitnah pada seorang sahabat yang benar-benar ikhlas terhadap dirinya.
Kadang-kadang sifat kita yang terlalu berterus-terang membuatkan orang sewenang-wenangnya membuat kesimpulan yang salah terhadap diri kita. Pendeknya akal dia!
Subscribe to:
Posts (Atom)





