Sunday, March 6, 2011

Jambatan Gantung

Oh jangan tak percaya di Temerloh sudah ada jambatan gantung. Anda boleh melihatnya di Taman Esplanade Temerloh di tepi sungai tu yang ada perkataan Temerloh besar tu. Namun sayangnya, menurut jurutera MPT yang mengendalikan projek ini, jambatan gantung itu masih belum boleh dibuka untuk orang ramai sebab masih tidak stabil. Ek eleh...cam no tu. Mungkin dalam masa yang terdekat ini jambatan yang menghubungkan dataran ikan patin itu akan dibuka. Terima kasih ya kepada tuan jurutera kerana membawa dan membenarkan aku naik ke atas jambatan ini dan dapatlah snap gambar. Heheee..

Masih dalam proses membaik pulih. Apa pun pemandangan amat menarik. Peace!!!

Di hujung sana adalah dataran patin. kalau u all berkesempatan pergi ler makan kat situ.

Sukan 2011

Rumah Dato' Bahaman - pelajar perempuan dengan tanduk..hehe kreatif cikgu-cikgunya.
Taraaaa...! berjumpa semula. Begitu lama menyepikan diri. Entah kenapa tahun ni, imunisasi badanku semakin lemah agaknya. Asyik tak sihat, sakit kepala, lesu dan pelbagai masalah lagi. Tapi yang sebenarnya diriku ini kepenatan berkejar-kejaran dengan kerja, assingments, kuliah dan macam-macam lagi.  Hari ini baru ada mood untuk mencatat segala yang telah ditinggalkan. Ok kita mula dengan sukan sekolah kali ke-10 dulu. Disebabkan masih lagi jadi tukang ambil gambar jadi , ambil gambar je la kerjanya. Tahun ni baju guru-guru perempuan tak adalah 'pink colour' seperti tahun lepas. Baju kami kali ini lebih kepada muslimah style. Menarik juga tahun ini perarakan rumah lebih meriah dan berwarna-warni serta kreatif. Mari kita layan gambar hari sukan SMKTJ pada 17.02.2011. Layannnnnn.........................

Rumah Dato' Bahaman - pelajar lelaki dengan rambut alfro



Rumah Tok Gajah


Rumah Orang Kaya Haji merupakan johan perarakan rumah sukan.
Memang kreatif dan menarik.
 Maskot Rumah Orang Kaya Haji


Maskot Rumah Tok Gajah!


Hehe..maskot rumah Dato' Bahaman. Macam tak kena je kan...doraemon.



guru-guru yang berdedikasi!

Setiap tahun begini la padang kami. Tak ada rumput!Ibarat tanah gersang di Gurun Sahara. Kenapa tak ada peruntukan untuk tanam rumput ni. Kesian budak-budak kalau jatuh memang luka sebab tanah berbatu. Apa pun tahniah kepada rumah Dato' Bahaman kerana menjuarai kejohanan sukan ini selama 6 tahun berturut-turut.



Monday, February 14, 2011

permintaan

Di meja makan pukul 7 malam tadi, Nia mengadu dia penat dan membuat permintaan untuk berhenti salah satu tuitionnya itu. Ya, aku akur dia penat dan sibuk. Dan aku mengerti dia sebenarnya tidak begitu berminat dengan tuition pada hari Ahad 8.00 pagi hingga 1.30 ptg itu. Aku tidak terus bersetuju dan menentang permintaannya itu. Aku membawanya untuk berfikir. Ya Nia kena fikir:- Adakah Nia penat disebabkan:-
A. Tuition hari Ahad sekali seminggu
B. Latihan Bola jaring (3-6 ptg ) Isnin hingga Khamis
C. Kelas tambahan malam (Isnin dan Rabu)
D. Home tuition Jumaat (Mate) dan Ahad (English)

Dalam 4 aktiviti di atas, hanya aktiviti A itu sahaja keputusanku. Aktiviti B, aku langsung tidak setuju sebenarnya. Malah sejak tahun 5 lagi aku memujuknya supaya tidak lagi terlibat dengan netball. Tetapi dia beria-ria sangat, malah menangis bila aku tidak membenarkannya pada peringkat awal dulu. Aktiviti C, aku memberi pilihan padanya, bila aku menyuruhnya berhenti kelas tambahan malam itu dia memberi jawapan tidak. Alasannya dia suka. Ok aku ikutkan juga. Aktiviti D, dia sebenarnya yang membuat keputusan kerana kedua-dua itu guru kegemarannya. So macam mana tu. Aku faham dia hanya mahu mendengar dari mulutku agar aku menggugurkan aktiviti A dari jadualnya. Aku pula berfikir, daripada dia duduk tercangguk depan FB atau TV lebih baik dia ke kelas tuition sekurang-kurangnya selepas 1.30 itu, dia bebas melakukan aktivitinya; nak menonton TV, game, FB , tidur dan apa saja. Hurmm...entah lah...tiba-tiba aku pulak yang confuse, mungkin selepas habis perlawanan netball dalam bulan Mac keadaan akan kembali normal. Harap-harapnya begitu.

Sunday, February 13, 2011

Rindu


Hari ini sampai ke rumah dalam pukul 10.30 pagi. Nia ke kelas tuition, mr.hubby pula ada hal di luar, dan rumah pula bersepah-sepah. Oh pening kepala...entah kenapa hari ini, perasaan bersalah menerpa dalam diri. Terutama terhadap Nia. Kalau dahulu aku sering menemaninya menyiapkan kerja sekolah,selalu menyemak kerja sekolahnya, selalu memastikannya membuat latihan untuk setiap subjek, selalu bercerita dan bergurau sebelum tidur. Tetapi sekarang semuanya sudah tidak terbuat lagi. Betapa rindunya saat-saat itu. Betapa pantasnya masa berlalu dan betapa segalanya menjadi begitu sibuk semenjak aku belajar.

Semuanya kelihatan begitu sibuk. Setiap Isnin hingga Khamis, Nia perlu menjalani latihan bola jaring hingga pukul 6 petang. Malamnya dia akan ke kelas tambahan sekolah hingga pukul 10 malam. Jumaat malam tuition lagi. Ahad pun tuition lagi dari pukul 8 hingga 1.30 ptg. Malam Ahad pun tuition lagi di rumah guru Bahasa Inggerisnya. Oh, aku rasa macam mendera anak pula, habis masanya untuk bersama kami. 

 Cuma masa yang kurebut bersamanya ialah ketika makan malam pada pukul 6.30 ptg.   Di meja makan itulah dapat berbual-bual dengannya. Memang jelas kepenatan dari raut wajahnya. Tapi bola jaring itu pilihannya. Dari tahun 3 hingga tahun 6 dia pergi menjalani latihan pemilihan untuk pasukan sekolahnya itu. Tak sanggup melihat air mukanya yang kecewa apabila saban tahun itu dia tidak terpilih. Alhamdulillah tahun ini dia terpilih (mungkin cikgu kesian kot...haha). Budak seorang ini memang lain dari aku. Aku langsung tidak minat untuk aktif di sekolah, kalau boleh aktiviti kurikulum aku akan elakkan. Tapi Nia, dia suka sangat aktiviti kurikulum. Kelakar pun ada, apabila pulang ke rumah dia sibuk melahirkan rasa kecewanya sebab tidak terpilih sebagai pengerusi rumah sukannya. Undi tak banyak. "Undi untuk Nia 40 orang je Ma..itu pun budak tahun satu yang angkat tangan". Hahaha..aku hanya gelak. Bila dia sibuk bercerita murid-murid tahun satu yang sibuk menjerit-jerit memanggil namanya untuk dicalonkan.

Akhirnya hasratnya untuk menjadi pengerusi berjaya juga apabila dia dilantik sebagai pengerusi untuk kelab bola jaring.  Dan itu pun, sebenarnya........"siapa yang undi Nia jadi pengerusi kelab bola jaring ni?"
"Nia geram sangat, Nia nak sangat jadi pengerusi, jadi Nia angkat tangan beritahu cikgu Nia nak jawatan pengerusi tu". Hah! aku terpana dengan jawapan budak ini. Oh begitu sekali semangatnya. Akhirnya aku memuji tindakannya itu, yang berkeyakinan dan dia tahu apa yang dia mahu serta berusaha untuk memenuhi keinginannya. Kes ini sama seperti kejadian 3 tahun lepas, apabila dia beria-ria memujukku untuk menjadi pengawas. Pada peringkat awal aku memang tidak membenarkannya. Nanti Nia sibuk, itu alasanku. Tapi dia terus memujuk dan akhirnya aku terpaksa akur. Cuma ketika temuduga pengawas itu diadakan, dia demam dan tidak dapat menjawab soalan itu dengan baik, dan akhirnya dia tidak terpilih. Kecewa sungguh dia. Hinggakan dia sanggup merayu kepada guru pengawas itu supaya memilihnya. Begitulah setahun itu berjalan, dia sentiasa berjumpa dengan guru tersebut dan meminta dipilih untuk sesi akan datang. Akhirnya tahun 5 dia berjaya dilantik sebagai pengawas. Seronok tidak terkira. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Entahlah mungkin sebab dia bosan di rumah yang tiada adik-beradik menyebabkan dia suka sangat dengan aktiviti-aktiviti sekolah. 

Dan kini aku pun turut sibuk sama. Masaku di rumah banyak dihabiskan dengan urusan pelajaranku. Jauh di sudut hati rasa amat bersalah. Hari ini, setelah mengambilnya dari kelas tuition aku mengambil kesempatan menyikat dan meletakkan minyak di rambutnya. Berbual-bual dengannya, sebelum dia tidur petang.  Sudah lama aku tidak berbuat demikian. Rindunya...rindu sangat pada Nia. Maafkan mama Nia..segalanya agar Nia menjadi yang terbaik.

Friday, February 11, 2011

Bising!

Apa ke hal yang korang main mercun tengah-tengah malam buta ni...main mercun mula pukul 12.30 mlm! Ni masa orang nak tidur la...dan korang ni dah mengganggu konsentrasi aku nak siapkan kerja . Heeeee....bising!!!!!Tensengg betul.

Tuesday, February 8, 2011

Lagi-lagi penat

Hari ni memang amat penat. Dari pagi berhempas -pulas menyiapkan bahan-bahan untuk mesyuarat AJK PSS. Ditambah lagi, terpaksa menguruskan jualan akhbar sebanyak 30 naskah. Huh, mujur habis jual kesemuanya. Terkejar-kejar ke kelas lagi. Namun sedikit lega di kepala ini bila dapat menyelesaikan bab 2 dengan pelajar-pelajar 3IK itu. Lepas ni kena prepare soalan ujian untuk tingkatan 3 dan 4 pula.

Mesyuarat tadi pun selesai hampir pukul 4 ptg. Balik rumah , badan dah penat tahap kritikal. Bila tengok kain yang berlambak, lagi la kritikal tahap ICU. Akhirnya dalam kepenatan itu, mengagahkan juga diri untuk melipat kesemua kain-kain itu. Yess...kain dah berlipat.

Cumanya aku dok membelek-belek assingment ni, tapi masih belum ada 'jiwa' untuk membuatnya. Mungkin aku rasa dah tepu kot sebab dua hari dok mengadap assingment tu aje. Apa sekalipun kena siapkan jugak. Esok aku kena pulun siapkan. Assingment teori masih belum berusik lagi. Aduh..aduh..dah la aku yang volunteer nak present dulu.  Bila dalam keadaan kritikal penat dan tepu macam ni , aku nak sangat menyambung belajar secara sepenuh masa. Semoga permohonan itu berjaya. You all tolong doakan sekali ya (hehe..ada ke yg baca nih..)

Tahun ni asyik cerita penat je...macam la orang lain tak penatkan....

Monday, February 7, 2011

Kelam -kabut dah!

Hehe..rasa tak cukup mata, kaki tangan semuanya. Tu la seminggu cuti, seminggu semua kerja tak berusik. Semalam baru sampai ke rumah. Dari Kemaman, singgah di Temerloh untuk makan dan solat, kemudian terus ke Serdang menghantar Anis. Lepas tu ke Seremban pulak. Balik terus ke Temerloh melalui jalan Bahau tu. Penat badan tak usah cakaplah...Pagi ni baru la terkial-kial membuka beg dan tengok assingment yang kena buat. Minggu depan dah ada kelas. Tiap-tiap mingu asyik ada presentation je. Tenseng wehhh!!. Sampai  sekarang dok depan lap top ni. Waaa..rasa nak nangis je tengok Nia dan mr hubby tidur dengan nyenyaknya. Esok dah mula sekolah. Lagi haru, satu benda pun tak prepare untuk budak 5 Za'aba tu. Alamak baju pun belum iron!!!