Semalam bersembang dengan Nia. Banyak sungguh ceritanya sebab seharian di sekolah kerana program motivasi. Cik Kak ni macam reporter...setiap hari mesti ada saja ceritanya. Tapi semalam, ceritanya telah membuatkan aku terkedu. "Ustaz suruh pejam mata dan bayangkan mak ayah. Nia terbayang wajah abah dulu. Sebab banyak benda abah buat untuk Nia". Oh..makanan yang kutelan masa tu macam tak sampai je ke kerongkong. "Nia tak ingat mama?" soal ku sambil memandang dia yang sedang membasuh pinggan di sinki."lepas abah barulah Nia ingat mama, sebab mama jaga Nia masa Nia sakit, tapi Nia ingat abah dulu....". Entah kenapa setelah itu aku tiba-tiba merasa bercelaru. Apa yang pasti kanak-kanak amat telus. Aku mula menyelidiki waktu-waktu bersamanya. Terlalu kurangkah ?yang pastinya setiap saat seorang ibu sentiasa mengingati anaknya dan mendoakan yang terbaik, walau di mana dia berada. Love u so much..more than i can say.
Friday, May 6, 2011
Thursday, May 5, 2011
terlupa
Kini baru benar-benar merdeka dengan erti kata yang sebenarnya. Hari ini telah mengepos assingment yang terakhir setelah dua minggu berhempas pulas menyiapkannya. Sibuk dengan pelbagai tugas hingga menyebabkan kami terlupa tarikh penting. Kalau tidak aku la yang selalu mengingatkan suami tarikh tersebut. Tapi tahun ini dia pula yang mengingatkan aku setelah sehari berlalu. Happy Annivesary!!! Mendoakan segala yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Sunday, April 24, 2011
Rehat Time
Akhirnya, tiba jua waktu yang ditunggu-tunggu. Masa untuk BEREHAT!.Walaupun agak tertekan ketika menjawab soalan esei Sabtu kelmarin , tetapi segalanya dah selesai untuk semester ini dan yang mampu dilakukan hanyalah berdoa agar lulus dengan cemerlang dan lecturer tak kedekut markah.
So lepas ini bolehlah concentrate pada budak-budak di sekolah, terutama kelas zombi kampung pisang tu. Jika ditanya tertekan tak membuat dua kerja dalam satu masa. Jawapannya , ya..memang tertekan dari segi mental dan fizikal. Nia sendiri pun selalu complaint sejak aku belajar, aku mudah melenting dan cepat marah. Oh, really sorry dear. Lepas ni mama try the best to be cool. Hehe....
Menghirup udara petang yang damai, seronoknya! Esok gaji , tak sabar nak ke kedai buku membeli novel. Dah lama tak bersantai-santai dengan novel, tersenyum membaca dan tenggelam dalam watak cerita. Jumpa semula,got to go.................. jogging time!!!!

Friday, April 15, 2011
Pukul 3 pagi
Take 5!!!
Doraemon mana ko nih, aku la peminat setia ko dulu. Tercangguk depan tv bila ko ada. Meh ler sini, tolong analisis data-data spss ni. Mataku dah keluar kunang-kunang! tapi esok semua benda ni dah kena hantar. Cepat la hantar magik ko daraemon. Aku sudah kepenatan.

Thursday, April 14, 2011
bila waktu tidur aku tak tidur
Oh hidupku benar-benar rasa tunggang langgang kebelakangan ini. Eye bag di bawah mata usah dikatalah. Malah mata sendiri pun pantang terpejam , alamatnya hendak terpejam terus. Saban hari asyik tidur lambat, otak penat, badan penat , mata apa lah lagi...penat tersangat-sangat. Kadang-kadang rasa hampir nak menangis ...sana sini, sana situ, kiri kanan dan belakang depan semua ada ....kerja , belajar, kerja , belajar. Kadang-kadang aku tidak faham...paper hanya 3 kredit tapi assingment yang diberi ibarat 12 jam kredit. Saat akhir masih ada lagi kerja...huhuuu...alamat aku jadi zombi kampung pisang la hari ni. tiba-tiba rasa nak muntah.......................................
Monday, April 4, 2011
Away...
Away for a while. Have a pleasant day!!! May Allah blessed all of you.
Saturday, March 26, 2011
Bring More Worries
Setiap minggu aku berulang-alik ke Bangi, melalui lebuhraya Pantai Timur dan Karak. Ada satu perkara yang amat menjengkelkan hati ketika memandu ini. Ya..sejak berulang alik ini aku menyampah tahap cipan terhadap kereta-kereta yang bernilai beratus-ratus K ini. Terutamanya kereta yang aku labelkan Bring More Women, Bring More Worries a dan mungkin Bring More Money.
Pemandu-pemandu kereta ini (yang aku jumpa ya), kebanyakannya buat jalan raya tu macam jalan dia, macam dia aje yang bayar cukai jalan. Hello..tahu la kereta awak tu mahal tapi tolong la reti hormatkan orang lain sikit ya. Dah la bawa kereta laju-laju, tahu nak memotong je. Huh, jatuh sangat ke martabat kalau terpaksa duduk di belakang kereta yang lebih kecil, ingat laluan kanan tu untuk kereta mahal je ke. Kadang-kadang pemandu kereta-kereta ini macam cacing kepanasan kalau jalan tengah jam, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, nak jugak potong kenderaan lain walaupun masa tu pergerakan kereta ibarat semut bawa gula. Seboleh mungkin pemandu-pemandu kereta ni nak jugak bergerak laju walau apa keadaan sekali pun. Kenderaan lain boleh je bersabar tak ada la ke kiri atau ke kanan macam cacing kepanasan. Kalau rasa nak smooth je perjalanan tu, tak nak share laluan dengan orang lain kali buat jalan sendiri atau tak pun pasang la apa-apa kat enjin tu supaya kereta tu terus terbang tak jejak jalan raya.
Sorry naik lori ya siapa-siapa yang memandu kereta ini yang perasan prestij sangat di jalan raya tiba-tiba sesat dan baca post ini. Ada la pengalaman yang terjadi pada aku , yang membuatkan aku perlu meluahkan di sini. Cuma nak ingatkan je la...segala yang kita miliki di dunia ni bukan hak mutlak kita, segalanya PINJAMAN. Huhuuu..ok la sebelum aku menceceh yang bukan-bukan meluahkan kemarahan ini baik aku stop.

Subscribe to:
Posts (Atom)