Thursday, August 11, 2011

Pesanan



Hari ini agak lewat pulang ke rumah, hampir pukul 4 petang. Sebaik meletakkan kunci dan beg tangan di atas meja kayu di ruang tamu mataku tertancap pada sekeping kertas bersaiz A4 yang tertera jadual ujian pencapaian sekolah rendah 2011 atau bahasa ringkasnya UPSR. Aku hanya menjeling sambil lalu kerana mahu menyimpan barang-barang yang dibeli di dapur terlebih dahulu.

selesai menukar pakaian dan mencapai buku untuk dibaca aku lantas memandang jadual tersebut. Baru terfikir untuk mencapai dan melihat subjek apa yang akan anak daraku itu akan hadapi terlebih dahulu. Sudah kelihatan di atas jadual itu Nia telah menggunakan highlighter pen berwarna kuning untuk setiap tarikh dan subjek.

Melorot ke bawah jadual peperiksaannya, mataku melihat sebaris ayat yang menggunakan highlighter tersebut "Paksalah Nia buat kerja rumah kerana nak buat amal ibadat supaya dapat pahala dengan menolong ibu bapa yang tersayang". Bercampur baur perasaan antara sedih , sayu dan gembira. Akhirnya Nia faham juga peranan seorang anak, erti keberkatan hidup ini. Walaupun bukan keseluruhannya namun aku yakin anakku itu faham untuk mencapai kejayaan bukan sahaja perlu bergelumang dengan buku, sekolah , tuition dan sebagainya malah membantu ibu bapa itu dapat membawa kejayaan dalam kehidupan kerana keberkatan yang akan dicapainya. 

Apa yang Nia tulis itu sebenarnya itulah yang telah kulaksanakan semenjak di bangku sekolah lagi. Kata-kata ustazah ketika di sekolah masih terngiang-ngiang "kalau nak berjaya dalam hidup kena bantu ibu bapa, kena buat baik pada ibu bapa". Itulah prinsip yang kupegang sehingga kini, malah aku penuh yakin dan percaya Allah akan memberi ganjaran kepada hambanya yang berbuat baik pada ibu bapa. Dan alhamdulillah kata-kata ustazahku itu benar.

Kini anakku pula memahami konsep dan prinsip yang sama yang aku amalkan. Aku pasti Nia sengaja meletakkan jadualnya yang berisi pesanan itu di atas meja yang menjadi tumpuan ku dan abahnya meletakkan kunci dan beg.  Aku amat bersyukur, lega , gembira dan bangga , pesanan Nia itu merupakan 'keputusan peperiksaan' yang lebih cemerlang daripada keputusan 5A yang sedang Nia buru sekarang.

Thursday, August 4, 2011

Bertahanlah

Saat kamu menangis sambil berkata: "Mengapa Allah membiarkan masalah ini menimpaku?'Katakan kepada dirimu:"Kerana Allah Maha tahu bahawa kamu akan tumbuh menjadi org yg kuat!"Bila kamu mengeluh sambil berkata:"Mengapa masalah ini tidak henti2 mghampiriku?"Katakan kepada dirimu:"Kerana Allah sedang mendidik kamu dgn cara itu.Bertahanlah! dan tunggu saat DATANGNYA Pertolongan ALLAH". InsyaAllah..

Monday, August 1, 2011

Berbuka puasa daaa....

Yesss dah siap masak untuk berbuka hari ini. Kebetulan sekolah kami cuti peristiwa sempena larian satu Malaysia dulu. Jadi boleh la sedia apa yang patut untuk berbuka puasa. Special untuk cik Nia kita kari ayam yang akan dimakan dengan lempeng (ni permintaan mr hubby), puding roti, sandwich tuna , ayam goreng dan kacang bendi goreng. Itu je la ya Nia yang mampu mama masak hari ni. Nia tak suka lempengkan jangan risau nasi tetap ada. Esok tak tahu la mama mampu masak ke tidak sebab hari sekolah, lepas tu ada kelas tambahan lagi sampai petang, jawabnya menu bazar ramadhan je la.

Selamat berbuka untuk semua. Jom ramai-rami pergi solat terawih.

Wednesday, July 27, 2011

Poems of a sinner

Poems of a Sinner
Sajak Orang Berdosa

A. Wahab Ali
RM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830684635
Tahun terbit: 2010
Jumlah muka surat: 129


Koleksi sajak dari A.Wahab Ali telah diterjemahkan oleh pihak Institut Terjemahan Negara Malaysia ke Bahasa Inggeris.  Peminat-peminat sajak tentu akan tertawan dengan semua sajak-sajak di dalam ini. Antara sajak yang paling menyentuh hati "The Family Happines" (dah pun aku lekatkan di wall blog ni), supplification of a sinner (pun aku dah tulis dalam blog ni).Kebanyakan mesej dalam sajak-sajak ini berkisar tentang keagamaan, rumahtangga, masalah sosial seperti dadah, perjuangan  dan masalah orang Melayu.

Behind The Accusation
when the malays are abandoned
they are accused of being lazy and stupid

when many have higher degrees
they are accused of being unqualified

when fair
accused of being corrupted

when crooked 
blown out of proportion

when the leadership weak
praised for being unique

A.Wahab Ali
November 1976.



 

Nyanyi Sunyi


Tengah bergelimpangan dengan masalah, tapi aku masih sempat menikmati novel ini. Tiga hari aku dok membaca novel ni sampai macam nampak kunang-kunang je di  biji mata. Naskah dr Maskiah Masrom ini tidak mengecewakan langsung. Malah Nyanyi Sunyi ini boleh diangkat sebagai satu novel yang amat bermutu. Penulis novel ini mungkin amat terpengaruh dengan karya pujangga dan penyajak tersohor Amir Hamzah dengan karyanya yang terkenal Nyanyi Sunyi dan penulis-penulis dari Indonesia.

Apa sekalipun watak Dayang Cempaka Sari, Dr Arjuna dan Baihaqi merupakan watak-watak yang memaikan peranan penting dalam cerita ini. Pengolahan yang begitu kemas, tidak berlebihan menggambarkan rasa cinta Dr.Arjuna terhadap Cempaka dan  cinta Baihaqi terhadap Cempaka ,tetapi sebagai pembaca kita akan dapat merasa perasaan yang mendalam itu di antara ketiga-tiga  watak ini.

Kelainan novel ini ialah penulis menyelitkan  prosa tradisional seperti syair, gurindam, seloka, pantun dan seloka . Tidak ketinggalan sajak-sajak Amir Hamzah. Membaca novel ini menjadikan aku mula mencari koleksi sajak Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah itu.

Boleh diberi 4 setengah bintang untuk novel ini. Memang rasa puas sangat. Mesej novel pun amat bagus iaitu tentang fitnah. Ya..fitnah di mana-mana dan sesiapa pun boleh terkena dengan fitnah.