Sepatutnya di saat ini aku dah berada di Bangi. Cuti untuk hari ini dan esok telah pun diluluskan. Cuti ni dah dirancang dari minggu lepas lagi. Memandangkan sekarang budak-budak tengah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, maka ia adalah masa yang sesuai untuk aku ke Bangi dan 'melepak' di library. Tetapi entah kenapa bangun subuh tadi, perasaan malas untuk memandu dan masih banyak urusan di sekolah menyebabkan aku menuju ke sekolah.
Ingatkan aku akan ke Bangi selepas habis kelas pada pukul 11.20, tapi entah la perasaan malas bercampur dengan penat , disulam dengan jemu memandu sendirian melalui lebuhraya pantai timur yang 'melambung-lambung' tu menyebabkan aku bertangguh lagi. Ingatkan nak bergerak lepas Zohor, pun tak jadi. Sebenarnya memang penat sangat nak memandu. Jadi esok pagi-pagi buta la aku bergerak. Janji dengan Kak Ti nak library Kementerian Pelajaran di Putrajaya pukul 8.00 pagi,so selepas subuh ler kita bergerak ya. Kali ni kena jadilah sebab dah janji dengan orang.
entahlah sekarang ni barulah aku terasa 'berasap'nya kepala, nak menyudahkan penulisan projek ni. Perkembangan Bab 2 aku amat slow, sebab aku tak banyak bahan rujukan. Macam mana nak banyak bahan rujukan jenguk library pun sekali sekala. Kajian Kepustakaan dalam bab ni memerlukan pembacaan yang banyak. Dicampur dengan teori-teori yang berkaitan yang perlu aku baca. Aku dok baca teori kognitif, teori motivasi, teori persandaran sosial, teori perkembangan...hehe entah apa yang aku baca pun aku sendiri tak faham. Rajin betul mat-mat salih ni cipta teori. Macam-macam teori ada.
Dah la banyak sangat aku mengarut ni. Perjuangan menulis perlu diteruskan. Walau apa sekalipun aku mesti habiskan tahun ni jugak. Jemu tahap dewa memandu wehhhh...................
No comments:
Post a Comment