Entah ke berapa kali hatinya terhiris,
Entah berapa banyak air matanya tertumpah,
Entah berapa dalam luka hatinya,
Entah apa-apa lontaran kata terhadapnya
sakit di dada, pedihnya mencengkam perasaan
Sering kalian tidak hiraukan
Asalkan hati kalian puas, puas dan puas
Jejak-jejak silam yang suram sepatutnya itulah pengajaran
Namun ia tetap berulang dan berulang
tidak berbekas langsung di hati
Seorang tukang sapu itu saban saat dan ketika
memendam rasa, mengumpul sabar
anak-anaknya selalu hilang arah,
membawa rentak yang sumbang
Lupakah kalian?
untuk merenung bunga di taman yang layu
untuk memandang daung-daun kering di laman
atau melawat sepi beku di pusara abah.
bahawa esok kita jua pasti ke sana
Jadi mengapa hati itu disakiti demi tuntutan nafsu yang membara
Untuk ke berapa kalinya
aku sendiri kelu
tetapi esok yang tidak pasti itu
adakah kita masih berdiri di sini
hati seorang TUKANG SAPU itu
jangan disakiti
kerana dia tiada dua, tiga, empat atau berapa-berapa sekalipun
seorang tukang sapu itu......di situ....
ada berkat, ada rahmat, dan di situ ...
ada syurga di bawah telapak kakinya.
"satu catatan, nukilan perasaan untuk ZS, IN, MN, SZ, MN, IN, MN, NS dan NA "
Thursday, July 21, 2011
Monday, July 18, 2011
I Seek Hang Jebat
I Seek Hang Jebat
I seek Hang Jebat in the book of time
I scream his name
I find nothing in skin and bones
my people weeping in exhaustion
The Keris Taming Sari they posses not
lost in the scattering of dreams
I find no burning determination
my people confused by genealogies
They ask who own the story of Hang Jebat
nobody answers
because the reply has never been penned
except engraved in the heart
but sadly the owner of that heart has died
I seek Hang Jebat as a symbol
as an alma mater of my race being exposed
and evicted
oh, that is how the story of Hang Jebat arranged
then struck
not becauce there is no true owner of the story
but since my people have lost their ability
to rise the same level as Shakespeare
I see Hang Jebat in the faces of my people
pale and withdrawn
tongues stiffened
his sword dance out of step
I seek Hang Jebat - nowhere
I seek Hang Tuah - what more then
Ariff Muhamad
Tanjong Malim
From The Window of this Epoch

Wednesday, July 13, 2011
Melalut saja-saja
Agak penat, sepatutnya kelasku berakhir 12.40 tadi tetapi memikirkan minggu depan akan diadakan peperiksaan percubaan pra pmr, maka aku terpaksa mengambil pelajar-pelajar 3IK pada waktu pendidikan muzik mereka kerana mahu mengadakan ulangkaji. Huh, bawa masuk ke pusat sumber. Bising yang amat budak-budak ni. Pelik betul budak-budak ni suka sangat bercakap, entah apa yang dibualkan pun tak tahu la. Tapi pot pet , pot pet, pot pet sana sini. Tak ubah macam pasar borong. Kadang-kadang aku termangu sendiri....oh nak tunggu hingga umur 58 tahun nak mengadap budak-budak. Entah bagaimana keadaan aku nanti. Tentunya masa tu dah jadi nenek kot...hehe.
Kalau la kaya, duit juta-juta, berbillion billion macam dot..dot..dot...pastinya aku berhenti kerja nih. Tu namanya angan-angan ya. Tak nak kerja konon...tengah bulan macam ni pun dah semput terpaksa korek duit tabung. Tapi kadang-kadang pelik orang tengok kami ni dan kebanyakan kata 'alah ko banyak duit'. Huk..huk..huk..nak tersedak ambe...tu la orang di luar mereka hanya boleh menilai luaran sahaja. Boleh kata macam-macam sebab mereka tidak tahu hakikat sebenarnya. Tapi cerita bab-bab mengata ni, memang orang kita suka sangat mengatakan? Kalau mengata orang macam la dia duduk serumah, sebumbung, sepinggan , sebantal. Konon tahu sangatlah perangai orang yang dikatakan tu.
Bila apa yang dikata tu tak betul itu dinamakan salah sangka! Huh kalau nak dikira orang yang tersalah sangka dengan aku ni usah cerita la. Paling dekat bab sedara-mara la. Bukan aku tak pernah ada pengalaman sedara nak tak nak je bersalam, tak nak bersembang, bila kita duduk dia terus bangun. Kita terpinga-pinga apa salah kita. Tak kisahlah, kata la nak kata hingga ke langit tujuh pun. Namun yang pasti kami tak pernah berniat buruk pada orang, kami tak pernah mendoakan yang buruk untuk orang, kami tak pernah meminta duit orang (minta duit ngan bank pernah la, itu dinamakan pinjaman..hehe).
Tapi tak kisah la, biarlah orang terbabit tu buat macam gitu. Mungkin dia rasa dia hebat sangat. Yelah kami ni apa la sangatkan. Cuma kadang-kadang aku memang jatuh kasihan sangat pada suami. Mungkin sebab ini la kami terlontar di sini , di bandar ikan patin ni. Apa pun kalau En Haris membaca entri ni....En Haris bersabar la ya. Hidup memang dipenuhi dengan dugaan dan fitnah. Tak apa la kalau orang kata kita macam-macam yang pasti kita kena bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan sekarang.
Wah aku dah merepek ni. Nak balik dulu dah hampir 3.30 ptg.
Sunday, July 10, 2011
BERSIH
SAYA AMAT CINTAKAN KEAMANAN, TETAPI SAYA JUGA MEMERLUKAN KEADILAN, TIDAK LUPA JUGA KEBERSIHAN KERANA KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Semalam yang hangat 9 Julai...di wall facebook bermacam komen yang ditulis, ada yang menyokong dan tidak kurang juga mengutuk perhimpunan BERSIH itu. Masing-masing bebas menyuarakan pandangan, tak boleh nak kata pandangan itu salah dan pandangan ini betul. Sebab negara kita kan mengamalkan demokrasi jadi masing-masing bebas membawa fahaman masing-masing. Setiap orang tentu ada alasan tersendiri mengapa mereka menyokong atau sebaliknya perhimpunan tersebut. Ada sesetengah pendapat mengatakan kebanyakan yang bersetuju dengan BERSIH itu hanya setuju membuta-tuli, saya benar-benar tidak bersetuju pastinya mereka ada alasan untuk bersusah payah sehingga sampai ke sana. Apa sekalipun saya mohon sesiapa jua di luar sana atas apa jua landasan politik yang anda ikuti KEAMANAN dan KEBAJIKAN rakyat perlu diutamakan.
Saturday, July 9, 2011
Mee Campak
Lama tak menulis, sibuk dengan post mortem la, sibuk dengan buku-buku di library yang masih belum diproses dan yang lebih memeritkan pening kepala datang menyerang semula. Balik aje dari sekolah terus melepek macam kain buruk. Pun begitu aku bukanlah orang yang suka berjumpa doktor, membebel-bebel suami dengan kedegilan dan kemalasan aku untuk berjumpa doktor. Kelmarin keadaan dah makin baik, tiada lagi pusing-pusing macam naik merry go round, tiada lagi berpinar-pinar. Jadi semalam sempatlah mencuba resepi yang diambil dr My Resepi ( u all boleh cari di google ya). Oh inilah kali pertama aku cerita pasal resepi rupanya. Berikut bahan-bahan untuk buat mee campak tu.
Bahan-bahan ( 4 orang )
600 gm atau sekati mee kuning (apa-apa mee pun boleh guna, bihun/kuey tiaw)
200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
2 sudu besar kicap manis
air untuk jadikan kuah
Bahan untuk kisar:
2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
Bahan untuk sambal kicap:
5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!
Cara-cara
1. Tumis bahan kisar (bawang besar dan bawang putih tu)
2. Dah naik bau masukkan daging /ayam yang dah dipotong kecil (kalau guna daging/ayam la)
3. Masukkan air (agak-agak la air tu tapi jangan la terlalu banyak , sesuai dengan bahan yang digunakan la).
4. Masukkan kicap manis
5. Masukkan la sayur, atau campak je la fish cake/fish ball.
6. Dah siap, hidanglah bersama sambal kicap tu.opps janga lupa mee tu sekali....
Tak sempat nak upload gambar sebab semua dah licin. Resepi ni amat mudah dan bahan-bahanya pun senang didapati dan sedap!!!
Kredit untuk My Resepi

Monday, June 27, 2011
Pisau!
Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded
knife
cuts like a knife
you cut away the
heart of my life
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded
knife
cuts like a knife
you cut away the
heart of my life
Tiba-tiba nak berjiwang pulak malam ni. Haha tak ada maknanya . Ini sekadar suka-suka, sebab ini memang lagu kegemaran pun. Lagu lama, memang aku suka lagu-lagu 70an dan 80an sebab muzik masa tu macam rileks je tak ada la macam zaman sekarang, haru biru rasa telinga mendengarnya. Tapi lagu ni amat sesuai untuk orang yang patah hati, putus cinta, putus kasih, putus apa lagi? jawabnya segala putus, patah, retak memang sesuai la dengan lagu ni. Paling sesuai orang yang terkena pisau ketika memotong sayur di dapur. Haha..lawak je.
Apa sekalipun yang di luar sana, yang tengah kecewa atau sewaktu dengannya jangan diikut sangat kecewa tu. Anggap la tiada jodoh atau mungkin akan ada jodoh la yang lebih baik dari dia. Oh aku dah merepek yang bukan-bukan ni. Selamat malam semua, mimpi yang indah-indah. Semoga esok menjanjikan kebahagiaan buat anda semua
Hidup Dengan Duit Yang Sedikit
Baru selesai dengan kelas-kelas Zaaba ni. Pagi tadi dengan 5 Zaaba dan tadi dengan 3 Zaaba. Sabar je la dengan kerenah mereka yang suka masuk lambat dan 5 Zaaba yang terkenal dengan suka tidur dalam kelas. Kadang-kadang mengajar kelas hujung ni terutama waktu petang membangkitkan rasa panas tahap melebihi 100 darjah celcius. Mujur jadual baru ni kelas-kelas tersebut pada waktu pagi untuk subjek Sejarah.
Mukadimah dah terpesong ni bukannya nak cerita pasal kelas-kelas 'zombie kg pisang' ni. Hari ini ingin berkongsi maklumat tentang perbelanjaan. Dalam zaman serba-serbi mahal ni kita seharusnya mempunyai sikap berjimat cermat. Tapi kalau orang kaya yang tujuh keturunan tak habis makan tentu tak berapa kisah tentang perbelanjaan kan. Kalau golongan marhaein macam aku ni, terbelanja 50 ringgit pun dah terpaksa ikat perut. Itu ler keadaannya kalau hidup memang semata-mata mengharapkan duit gaji. Tapi apa pun tak payah la kita fikir sangatkan segala rezeki itu, kecukupan rezeki semuanya dari Allah. Kalau duit nampak cam kurang je nak tunggu akhir bulan, jawabnya duduk diam-diam, makan apa yang ada, haha itulah prinsip aku.
Sekadar berkongsi satu artikel yang kubaca pagi tadi " Hidup dengan Duit Yang Sedikit"..
Bagaimana untuk bercermat atau berjimat?
KURANGKAN PERBELANJAAN HARIAN- sebelum anda membeli sesuatu tanya diri anda:-
1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya membelinya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
BATALKAN SESUATU YANG MENELAN PERBELANJAAN YANG BESAR DARI BAJET ANDA
-Cuba turunkan taraf kereta anda seperti membeli kereta yang berkapasiti rendah (contohnya, kalau mampu beli ler).
KURANGKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
- tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan tukarkan kepada lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan. (Yang ini aku dah praktikkan, tutup lampu memang ada perbezaan yang ketara bila bil elektrik datang....cubalah buat)
KURANGKAN SAMPAH, GUNA SEMULA ATAU KITAR SEMULA
- Gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang (hurmm...cam susah je nak buat ni, sebab kaum ibu kebanyakan bekerja). Jika boleh jadikan sampah anda sebagai baja, usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah kepada duit (maksudnya suruh korang kumpul kertas, plastik, besi pi jual ...hehe).
JADIKAN BARANG BERTAHAN LEBIH LAMA
- Perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.
CARI KEGUNAAN BARU UNTUK BAHAN LAMA
- Cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Kitar Semula barangan lama!
CARI BARANG PENGGANTI YANG LEBIH MURAH
- Beli jenama umum, membeli belah semasa ada jualan murah (Oh, ni memang dan gaya aku. Muka sale!)
CARI HBURAN YANG PERCUMA ATAU MURAH
(Contohnya tengok wayang kat rumah je saluran Astro First....betul tak?)
BERKONGSI DALAM PEMBELIAN YANG BESAR
- Contoh berkongsi sebuah tangga , gerudi elektrik dan pembersih vakum dengan jiran tetangga ( kalau ada semangat kejiranan yang tinggi ler)
Langkah-langkah berjimat cermat tu aku petik dari Buletin Ringgit keluaran Mac 2011. Selamat membaca la pada sesiapa yang berminat, yang tak berminat tu jeling-jeling je tajuk tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)