Semester baru akan dibuka September nanti. Satu hapa pun aku tak siap. Proposal yang dulu tu aku tak jadi nak buat. Buat proposal tu sikit la punya best tapi bila lihat method tiba-tiba macam tak mampu pulak. Siap nak buat module la. Dok mencari tajuk yang baru sampai ler ni aku tak tahu apa yang aku minat nak tulis. Oh...blurr nya otak aku ni. Nak jumpa supervisor pun tak berani sebab mesti kena soal "awak dah buat bacaan?'huhu....mesti terkulat-kulat aku, yang aku baca saban hari novel je.Betapa tidak stabilnya perangai aku nih. Apa sekalipun aku mesti siapkan propsal tu sebelum semester baru buka. Ok jom membaca, sebelum segalanya terlambat.
Sebelum tu ni nak promosi novel yang aku tengah baca, Stanza Cinta. Hehe...teruknya, masih sempat lagi. Rileks arr novel ni bagus , Islamik dan sarat dengan mesej. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut korang baca la ya. Sekarang ada drama Stanza Cinta ni, tapi aku tak pernah tengok pun.
Friday, June 24, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Kasih yang suci
Sebelum novel Salju Sakinah aku terlebih dahulu tenggelam dengan novel ini. Namun novel ini kubeli disebabkan terpengaruh dengan drama Nora Elena yang disiarkan di TV3 lalu. Padahalnya novel ini telah lama juga diterbitkan. Novel ini ditakdirkan dibeli di kedai buku MPH , Alamanda Putrajaya. Huhu..jauh tu. Dari segi jalan cerita, novel alaf 21 ni tak jauh beza dari yang lain. Memaparkan watak heroin yang berkulit cerah, cantik, jelita dan menjadi perhatian ramai lelaki. Begitu juga dengan watak heronya Seth yang kacak , bergaya dan well...sudah pastinya kaya raya. Cuma novel ini memaparkan sedikit perbezaan di mana watak heronya walaupun digambarkan menjadi penyelamat kepada Nora Elena tetapi sebenarnya pemuda itulah yang telah merosakkannya ketika dia berumur 15 tahun. So di sini rasa-rasanya lah, kalau di alam nyata tidak berapa logik. Hurmmm....boleh ke seorang perempuan dapat melupakan dan menerima lelaki yang telah menodainya?Lelaki itu pulak terlepas dari hukuman. Entah la itu pandangan peribadi je. Apa sekalipun peranan yang dimainkan oleh Aoran Aziz sebagai Seth dan Siti Saleha yang comel itu sebagai Nora Elena mungkin merupakan salah satu faktor menjadikan drama ini mendapat sambutan hangat dan seterusnya membawa penonton untuk membaca novel ini. So siapa yang nak beli boleh la beli atau pinjam untuk masa senggang anda.
Salju Sakinah
Bagi yang mencari kelainan dari novel-novel cinta moden, novel ini amat sesuai untuk dibaca. Novel Islamik ini sarat dengan mesej yang dapat mendidik pembaca memahami erti percintaan berlandaskan Islam. Malah bahasa dan gaya penceritaan yang mudah serta santai membuatkan pembaca tidak mudah jemu untuk menyelak helaian demi helaian. Walaupun novel ini berbentuk Islamik namun penulisnya bijak menyentuh hati pembaca dengan watak utama Sumayah yang kecewa dalam percintaan dan terpaksa menghadapi dugaan demi dugaan. Sesiapa yang bercadang untuk membeli novel ini saya begitu yakin anda tidak akan kecewa dan ia amat berbaloi untuk dimiliki. Novel-novel sebegini perlu diperbanyakkan lagi kerana ia dapat mendidik jiwa remaja untuk memahami bahawa cinta dan kebahagiaan yang sebenarnya dapat diperolehi jika kita mengejar cinta Allah terlebih dahulu. Selamat membaca ! ***** bintang untuk novel ini.
Tuesday, June 21, 2011
Coretan untuk Nia
Agak lama menyepikan diri. Tiba-tiba tiada jiwa untuk menulis mungkin disebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan dan mungkin juga aku kepenatan bergelumang dengan kerja-kerja yang tidak pernah selesai. Apa pun hari ini aku menggagahkan juga jari jemari ini untuk menulis khusus untu Nia.
Selamat Hari Jadi yang ke 12 Nia!. Doa mama untuk Nia setiap hari, saban saat dan ketika. Nia dah cukup 12 tahun hari ini, dah boleh buat IC dah. Semalam , Nia dah pun dapat present dari abah.
Nia dah besar dah dan mama tahu Nia sudah semakin matang. Mama dan abah mengharapkan yang terbaik untuk Nia. Nia perlu sedar bahawa semakin Nia dewasa semakin banyak cabaran dan rintangan yang Nia akan lalui. Pesan mama walau apa jua keadaan, di mana jua Nia berada kelak, Nia jangan lupakan Allah, Nia kena selalu berada dalam landasan agama Islam dan Nia kena bijak melawan segala perkara negatif yang akan cuba mempengaruhi pemikiran Nia kelak.
Setakat ini sahaja coretan mama untuk Nia sempena umur Nia genap 12 tahun. Belajar rajin-rajin, solat jangan tinggal, al-Quran perlu sentiasa baca untuk menguatkan jiwa dan banyakkan membaca buku. Love u so much.
Selamat Hari Jadi yang ke 12 Nia!. Doa mama untuk Nia setiap hari, saban saat dan ketika. Nia dah cukup 12 tahun hari ini, dah boleh buat IC dah. Semalam , Nia dah pun dapat present dari abah.
Nia dah besar dah dan mama tahu Nia sudah semakin matang. Mama dan abah mengharapkan yang terbaik untuk Nia. Nia perlu sedar bahawa semakin Nia dewasa semakin banyak cabaran dan rintangan yang Nia akan lalui. Pesan mama walau apa jua keadaan, di mana jua Nia berada kelak, Nia jangan lupakan Allah, Nia kena selalu berada dalam landasan agama Islam dan Nia kena bijak melawan segala perkara negatif yang akan cuba mempengaruhi pemikiran Nia kelak.
Setakat ini sahaja coretan mama untuk Nia sempena umur Nia genap 12 tahun. Belajar rajin-rajin, solat jangan tinggal, al-Quran perlu sentiasa baca untuk menguatkan jiwa dan banyakkan membaca buku. Love u so much.
Friday, June 10, 2011
Pantai Teluk Kalung Kemaman
Cuti sekolah minggu yang pertama hanya dihabiskan di Temerloh sahaja kerana seminggu itu Nia perlu menghadiri kelas tambahan. Masuk mingggu yang kedua aku dan Nia menghabiskan cuti di rumah Kemaman. Riuh rendah rumah bila tiga orang kanak-kanak ribena ada. Seronok melayan kerenah dan keletah mereka. Malah kami juga sempat berkelah di Pantai Teluk Kalung yang cantik itu. So mari kita layan gambar .....
Friday, May 27, 2011
Selamat Bercuti
Cuti sekolah akan bermula esok. Saat-saat yang amat dinantikan oleh para pelajar dan guru-guru. Walaubagaimana pun cuti bukanlah secara total bagi guru kerana perlu menyemak kertas peperiksaan pertengahan tahun yang baru sahaja selesai hari ini.
Diucapkan selamat bercuti kepada semua. Harap dapat manfaatkan cuti ini sebaik mungkin. Para pelajar jangan lupa ulangkaji pelajaran terutama bagi pelajar tingkatan 3 dan 5.
Diucapkan selamat bercuti kepada semua. Harap dapat manfaatkan cuti ini sebaik mungkin. Para pelajar jangan lupa ulangkaji pelajaran terutama bagi pelajar tingkatan 3 dan 5.
Tuesday, May 24, 2011
Pusat Sumber SMKTJ
Kebelakangan ini agak sibuk kerana membuat persediaan untuk pertandingan pusat sumber sempena hari guru. Betapa penatnya badan, tapak kaki usah dicakap la, dah rasa kematu dan mula sakit sebab terlalu lama berdiri dan bergerak. Saban tahun inilah keadaannya apabila tiba bulan Mei Kadang-kadang rasa nak je beritahu pengetua atau pk supaya tarik diri tak usah masuk bertanding. Kacau bilau rasanya, fikiran asyik tertumpu di PSS sahaja, kadang-kadang terkejar-kejar mana nak masuk kelas lagi, mana nak fikir buat itu ini lagi. Tahun ni pulak rasa tensen tahap cipan, sebab kekeringan idea...bendalah nak buat lagi, macam mana la nak hias, apa la aktiviti dan bla..bla..bla...Ok layan la gambar. Esok ada pemantau yang akan menilai. Harap-harap markahnya not bad ya. Nanti siapa-siapa yang ada idea untuk Pusat Sumber sekolah boleh share ngan saya ya.
![]() |
| Ruang bacaan |
![]() | |
| Ruang menonton dan sudut red spot |
![]() | |
| sudut majalah dan akhbar |
![]() |
| Kaunter sirkulasi |
Subscribe to:
Posts (Atom)





















