Assalamaualaikum.
Malam ini ada rasa kerajinan bertandang untuk mencoret sesuatu. Kesibukan dunia ini kadang-kadang benar-benar memenatkan. Kemungkinan besar faktor umur yang semakin meningkat, maka keletihan mudah terasa. Hehe...agak janggal untuk menulis. Otak dah semakin membeku. Apa sekalipun kami baru balik dari Pulau Pinang. Membawa pelajar di bawah PSS ke sana. Seronok dapat berkunjung ke Pulau Mutiara itu. Namun yang tidak seronoknya makanan di Padang Kota benar-benar 'mencekik'. Bayangkan makan pasembur dengan harga RM49.00. Jadi sesiapa yang teringin makan di sana di harap berhati-hati. Tanya dulu harganya atau jadi macam anak murid saya yang bijak kerana mereka minta pasembur dengan harga RM10.00 sahaja.