Aku antara yang "bertuah" kiranya sebab meraikan hari guru dan hari jadi dalam masa satu hari. Kiranya 2 in 1 la ni , macam syampu tu. Tahun ni siap potong kek depan perhimpunan. Huhu segan macam nak pengsan, sebab berdiri sekali dengan pengetaua dan semua GPK. Lepas ni nak cakap pada kak Nor tak mahu dah potong kek depan perhimpunan. Ni kak Nor la punya idea. Apa pun terima kasih pada semua kawan-kawan yang meraikan harijadiku ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
Untuk semua rakan guru, teruskan usaha kita dalam mendidik anak bangsa. Bagi para pelajar semoga kalian semua menjadi "insan" yang berguna kepada agama , bangsa dan negara. (huh streotype betul ayat). Tak boleh lama-lama di sini. Projek paper belum siap !!!!!!!!