Tuesday, April 27, 2010

Happy Anniversary

26.04.2010- Kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-12. Huhu..dah 12 tahun kahwin. Rasa macam baru semalam aje buat kenduri kahwin. Masih terasa penat, terkejar ke sana-sini, urus itu dan ini. Maklumlah dengan bajet yang cukup ciput persediaan kawinku buat sendiri. Setiap bulan dapat gaji beli satu barang hantaran. Perkahwinan kami cukup simple, tak ada majlis persandingan, tak ada acara tukar-tukar baju Kimono, gaun, sari, semua tak ada. Hanya 2 pasang aje yang aku sediakan, satu baju untuk nikah dan satu lagi baju untuk kenduri(Haha baju kenduri itu pun aku pinjam dari kak Ana, thank u very much kak Ana! )Itu pun nikah dan kenduri dalam satu hari. Pukul 11 pagi habis nikah, pukul 12 makan, satu hari selesai.


Kenduri belah lelaki? Pun kami tak buat, mengenangkan suamiku pada ketika baru sahaja kehilangan ibunya. Kad kahwin? Lagi la kelakarnya, suamiku design sendiri dan print sendiri serta cetak sendiri. Walaupun perkahwinan kami tidak gah seperti pasangan kini, tapi kami amat bersyukur kerana segala-galanya hasil titik peluh kami, memang mak dan abah tak payah pening-pening cuma uruskan makanan kenduri sahaja. Apa pun aku bersyukur kerana walaupun pada ketika itu aku baru sahaja habis belajar dan hanya bekerja sebagai kerani tapi kami tidak berhutang. Persediaan itu memang dibuat awal sedikit demi sedikit. Kelakar bila ingatkan waktu nak beli barang hantaran, semuanya dibeli semasa sale (murah je beb). Suamiku patut bangga dapat aku yg cukup simple dan tidak banyak sangat kehendak (hehe).
Hidup kami berdua bermula dari zero, segalanya adalah perkongsian, persefahaman, pengorbanan. Segala apa yang kami ada kini adalah anugerah dari Allah dan di situ ada titik keringat kami bersama. Semoga perkahwinan akan terus berkekalan , diberkati oleh Allah.