Lama betul tidak menjengah blog aku ini. Banyak kerja betul sejak-sejak akhir-akhir ini seakan 24 jam itu macam tidak cukup sahaja. Chewahh...malam ini aku mahu berkongsi tentang satu tajuk yang aku telah baca dari satu buku yang bertajuk Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran oleh Dr.Zainal Abidin. Buku ini memang sesuai sangat dibaca oleh kita semua. Antara yang menarik perhatian aku ialah buku ini membincangkan tentang bagaimana kita dapat mengawal perasaan marah. Al maklumlah semua orang marahkan?
Beberapa pendekatan boleh dilakukan untuk mengelakkan marah iaitu:-
1. Mengingatkan diri betapa sayangnya Allah kepada kita.
2. Memfokuskan pemikiran kepada akhirat agar kembali ketenangan hati.
3. Mengingatkan diri akan kesan negatif sekiranya kita marah.
4. Ingatkan diri betapa buruknya rupa kita semasa dalam keadaan marah.
5. Mencari punca kemarahan dan kemudian merawatnya.
6. Mengambil wuduk.
7. Meninggalkan tempat atau suasna yang menimbulkan kemarahan.
8. Berbaik sangka dan tidak bersangka buruk dengan orang yang kita marah.
9. Mendiamkan diri dan mengosongkan minda bagi meredakan perasaan marah.
10. Berikan kemaafan.
Itulah antara cara-caranya. Memang sukar hendak melaksanakannya tetapi sekurang-kurangnya marilah kita mencuba. Marah ini kalau terlalu kerap boleh membawa pelbagai penyakit. Contohnya darah tinggi!