Thursday, July 10, 2008

Bila Kebosanan Melanda Hidup

Dalam hidup ini kita akan bertemu dengan pelbagai macam dugaan dan masalah yang sering membuatkan kita merasa begitu bosan sekali. Kadang-kala kita merasa hidup kita seperti terperangkap dan terpenjara, malah begitu sukar kita mahu melepasi diri dari lingkaran kesukaran atau kebosanan itu. Apa yang perlu kita buat? Ada yang cuba mencari jalan keluar dengan pelbagai cara dan tidak kurang juga ada yang suka buat bodoh (hah..hah..hah macam aku selalu buat).

Tapi yang sebenarnya kita manusia terlalu mengikutkan emosi atau nafsu. Semua orang sedar bahawa segala dugaan dan cabaran itu sebetulnya adalah anugerah Allah s.w.t. Semakin banyak dugaan dan cabaran sepatutnya semakin dekat kita dengan Allah. Sesiapa yang menerima pelbagai dugaan dan cabaan itu menunjukkan Allah sayang dengannya, dia dalam perhatian Allah. Namun seringkali kita terlalu mengikut kata hati yang berlandaskan hawa nafsu, mudah resah, marah, mendengus dan seringkali melampaui batas sebagai hambaNya.

Jadi, apa sahaja masalah yang kita hadapi dan bakal hadapi marilah kita sama-sama mengadu kepadaNya, kembali ke pangkal jalan iaitu Islam. Namun untuk mempraktikkannya bukanlah semudah seperti menulis atau mengucapkannya. Tapi marilah kita sama-sama mencuba dan terus mencuba untuk menjadi manusia yang benar-benar beriman dan bergantung kepada Nya.



Hi..hi..hi..inilah posting pertama aku. Harap-harap tidaklah merapu sangat. Sesiapa yang membaca aku ucapkan terima kasih. Salam perkenalan dan persahabatan daripada Nura Shafie.