Harga tiket feri untuk pergi dan balik murah jer, RM 10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Kalau tak silap ada 3 syarikat perkhidmatan feri ni. Ketika membeli tiket kami beli dari syarikat Mesra Feri, tapi bila feri kat jeti tu sampai kami bantai jer naik walaupun bukan dari syarikat itu. Perkhidmatan feri ni setiap setengah jam seawal 7.00 pagi dah bermula dari jeti Lumut, sehinggalah pukul 10 malam.
Keadaan dalam feri selesa la jugak, ok la sebab bukan kapal layar mewah ya...hehe..
Turun di jeti yang kedua ya iaitu jeti Pulau Pangkor. Ada dua jeti yang pertama tu tak ingat pulak nama jetinya.
Bila dah sampai ke Pulau Pangkor tu jangan risau tentang kenderaan. Kalau yang berderet anak boleh la sewa kereta atau van. Kalau nak romantik boleh la sewa motor, kalau nak adventure daki jalan dalam Pulau Pangkor yang berbukit tu boleh la sewa basikal. Bila sampai di jeti tu ramai la tokey-tokey kereta/motor/basikal sewa ni datang mempromo kenderaan masing-masing.
Aktiviti kami yang pertama ialah Boat Trip. Mak ai sewa bot RM110, tu termasuklah utk aktiviti snorkeling (alat snorkeling kena sewa RM10), mandi-manda dan sebagainya. Kalau tak nak aktiviti tu pun tak pe pemandu bot tu akan bawa kita pusing-pusing melihat 7 buah pulau. Tapi macam tak cukup pun 7, lepas tu tak nampak cam pulau pun. Hurmm untung tokey bot tu dia pusing-pusing bawa kami bertiga tak sampai pun 2 jam dah dapat seratus lebih.
Menurut kata pemandu bot yang kami sewa ni, yang merangkap pemandu pelancong tak bertauliah kami, chalet dalam gambar di atas harganya untuk satu malam RM800 (ini yg paling murah ya). Paling mahal RM2000 lebih. Huhu...nak jer aku teropong sapa la yang datang kat situ, mesti kaya-raya belaka.Nasi lemak sepinggan RM80. Oh duduk dua malam tempat macam ni dah boleh pergi Mekah buat umrah bagi golongan marhaen macam koi ni.Ramainya snorkeling |
Setelah selesai dengan bot trip kami kemudiannya pusing-pusing pulau dengan kereta sewa. Pulau ni kecik jer, tak sampai pun 3 jam dah habis pusing (ya ke? entah-entah kami yang tak jumpa jalan, maaf la ya.) Aktiviti yang seterusnya ialah ambil gambar dan posing.
Nampaknya perlu tamatkan di sini, walaupun banyak lagi yang ingin dicoretkan , namun disebabkan mataku ini mula layu.
Semoga anda semua dirahmati Allah.