Monday, April 5, 2010

Sehari di Taman Negara




Wah! anda berada di puncak ..


Perlu mendaki tangga untuk naik ke kanopi walkway.Penat...



Aktiviti kedua kami kanopi walkway.

Pemandangan dari bot. Hehe abang bot yang berambut panjang.ROck!!!


Ni dia...river cruise..melalui jeram-jeram...seronoknya!!!


Mula-mula sampai.Ambil gambar dulu. Teruja sangat hendak menaiki bot.

03.04.2010-Taman Negara.

Perancangan untuk ke Taman Negara ini telah lama dibuat, semenjak aku pindah ke sini. Namun ada sahaja kekangannya. Tup tup..hari Jumaat malam aku bersuara "abang esok kita ke Taman Negara ya". Heheh terkebil-kebil suami aku. Bunyinya macam aku mempunyai kuasa veto sahaja. Tak kisahlah apa sekalipun, yang penting aku ingin sampai ke sana.




Bersama-sama kak Fauziah dan keluarganya aku, suami,anak dan ustazah izan menghabiskan masa sehari suntuk di sana. Seronok tidak terkata. Tatkala menaiki bot melalui jeram-jeram sambil menikmati pemandangan hijau di sana. Sempat melihat secara jauh kehidupan orang asli di situ. Menyentuh air sungai yang sungguh sejuk.




Kanopi walk , walaupun penat mendaki anak-anak tangga untuk menuju ke tempat tersebut, tapi aku ,suami dan nia bersungguh mendaki walaupun kaki lenguh tidak terkata. Hehe syabas pada kak fauziah walaupun orang yang paling akhir sampai namun dia berjaya mendaki hingga ke atas.




Aku kuatkan semangat untuk melihat pemandangan dari kanopi itu , seakan kaki memijak pucuk-pucuk daun dan dahan-dahan pokok. Gayatnya usah dikata. Ada ketika, aku mampu berjalan sambil memandang lantai sempit yang hanya boleh memuatkan satu orang sahaja. Jarak dari seorang ke seorang yang lain adalah 300 m.




Selesai aktiviti itu kami menikmati makan tengahari di kedai makan makcik kak fauziah yang dipanggil mak Anjang. Bestnya ikan patin masak tempoyak, ayam masak kicap, sayur campur, ulam dan sambal. Licin semuanya.




Selesai makan tengahari kami bergerak menuju ke tempat ikan kelah (Kelah Sanctuary).Namun ada sedikit perasaan hampa kerana ikan kelah itu tidak begitu kelihatan dan tidak berapa banyak dan tidak begitu jelas. Mungkin sebab kami sampai pada waktu petang dan cuaca redup. Menurut pemuda yang mengurus tempat tersebut jika pada waktu tengahari ada sinaran matahari ikan-ikan itu boleh dilihat dengan jelas. Ikan-ikan itu sebenarnya ikan kelah liar yang dijinakkan dengan memberi makanan dalam bentuk palet. Di sana anak-anak juga sempat membuat aktiviti berkenu dan mandi-manda.




Akhirnya tepat pukul 6.00 ptg kami sampai ke Kuala Tahan. Mandi dan menukar pakaian di Liana's homestay. Huwaaa..mahalnya bayaran masuk tanda, 50 sen. Opps..kalau anda ke sana pastikan anda membawa minuman sendiri kerana air tin atau mineral di sana mahal 2kali ganda.

Di sini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada suami yang sanggup bersetuju dengan perancangan last minute ini. Dia sendiri tersenyum menggelengkan kepala dengan tindakan aku yang 'tiba-tiba' ini. Tapi yang pasti suamiku itu mengaku gembira dengan aktiviti kami pada kali ini.




Yeahhhh...thank u very much En.Haris!!!u make a lot of improvement, more tolerate! Thank u thousand times.Hehhehe....lnanti bawa kami jalan lagi ek.