Di meja makan pukul 7 malam tadi, Nia mengadu dia penat dan membuat permintaan untuk berhenti salah satu tuitionnya itu. Ya, aku akur dia penat dan sibuk. Dan aku mengerti dia sebenarnya tidak begitu berminat dengan tuition pada hari Ahad 8.00 pagi hingga 1.30 ptg itu. Aku tidak terus bersetuju dan menentang permintaannya itu. Aku membawanya untuk berfikir. Ya Nia kena fikir:- Adakah Nia penat disebabkan:-
A. Tuition hari Ahad sekali seminggu
B. Latihan Bola jaring (3-6 ptg ) Isnin hingga Khamis
C. Kelas tambahan malam (Isnin dan Rabu)
D. Home tuition Jumaat (Mate) dan Ahad (English)
Dalam 4 aktiviti di atas, hanya aktiviti A itu sahaja keputusanku. Aktiviti B, aku langsung tidak setuju sebenarnya. Malah sejak tahun 5 lagi aku memujuknya supaya tidak lagi terlibat dengan netball. Tetapi dia beria-ria sangat, malah menangis bila aku tidak membenarkannya pada peringkat awal dulu. Aktiviti C, aku memberi pilihan padanya, bila aku menyuruhnya berhenti kelas tambahan malam itu dia memberi jawapan tidak. Alasannya dia suka. Ok aku ikutkan juga. Aktiviti D, dia sebenarnya yang membuat keputusan kerana kedua-dua itu guru kegemarannya. So macam mana tu. Aku faham dia hanya mahu mendengar dari mulutku agar aku menggugurkan aktiviti A dari jadualnya. Aku pula berfikir, daripada dia duduk tercangguk depan FB atau TV lebih baik dia ke kelas tuition sekurang-kurangnya selepas 1.30 itu, dia bebas melakukan aktivitinya; nak menonton TV, game, FB , tidur dan apa saja. Hurmm...entah lah...tiba-tiba aku pulak yang confuse, mungkin selepas habis perlawanan netball dalam bulan Mac keadaan akan kembali normal. Harap-harapnya begitu.