Hari ini jariku cedera terkena kaca. Kebetulannya cermin almari itu telah lama pecah dan mak telah menampalnya dengan pelekat. Suamiku sendiri sudah acapkali menyarankan agar cermin almari itu dibuang kerana ia berbahaya. Tetapi aku tidak membenarkan sebab bimbang sekiranya mak terasa. Dan akhirnya...ketika aku sibuk memotong sayur bayam, si Anis menghampiriku dan meminta untuk turut memotog sayur berkenaan, tapi aku tidak membenarkannya. Jadi..budak kecik itu pun bengang lalu menujah cermin almari tersebut dengan tangannya, dengan satu tujahan sahaja cermin itu menggelonsor. Aku yang melihat keadaan tersebut dengan pantas cuba menghalangnya dengan tanganku kerana bimbang terkena kepala dia. Maka apalagi darah memercik keluar, bercucuran di lantai. Aku yang memang mabuk darah sudah mula menjerit ketakutan,ngeri melihat darah.
Hanya menggunakan minyak gamat sahaja untuk menghentikan darah tersebut. Namun aku tidak boleh bergerak sangat, bila bergerak banyak sahaja darah akan mula keluar. Jadi hari ini seharian aku berehat dan tidur serta menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di saluran Astro First. Hehe..patut la Nia sibuk meminta supaya dibelikan DVD cerita ini, rupanya kelakar giler. Patut la budak-budak sekarang suka guna ayat "cer ..criter, cer..criter" rupanya ayat dari filem itu. Tapi ayat bomoh siam tu pu best gak "plawok, plawok, plawok...."
Ok, yang belum menonton boleh la menoton filem ini, memang kelakar habis.