Tuesday, August 16, 2011

Cerita sebelum berbuka

Hari ini mr hubby ada jemputan berbuka puasa di luar. Jadi hanya aku dan Nia sahaja la yang mengadap meja makan nanti. Tapi menu tetap menyelerakan: sup tulang, telur dadar,ikan bakar, sawi goreng dan nasi goreng. Hehe tiba-tiba muncul nasi goreng ek? nasi lebih semalam jadi tak baik la membazir, maka terhasil la nasi goreng.

Apa yang menariknya puasa kali ini tahap kerajinanku di dapur sudah meningkat 50%. Setakat hari ini lah hanya tiga kali sahaja kami menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan.  Itu pun on de way balik ke Kemaman dan on the way balik ke Temerloh dan kali ketiga tu hari Sabtu lalu kami ke bazar Ramadhan Jerantut kerana mr hubby amat teringin makan murtabak syed yang terkenal sedap itu. Suka sangat murtabak itu belum cuba murtbak feri lagi sedap! Paling mengujakan kami untuk setakat ni masih tidak menjenguk mana-mana bazar Ramadhan di kawasan tempat kediaman kami. Hehe jangan marah ya orang Temerloh.

Maka dengan penerangan ini menunjukkan hari-hari yang lain dalam bulan puasa ini aku memasak sepenuhnya! Wah kalau cerita pada mak dan adik-adik mesti kurang nak percaya nih. Yelah dulu-dulu tu aku terkenal dengan suka melayan kepenatan, jadi nak masuk ke dapur pun kena fikir banyak kali , kalau penat la. Kalau tak penat rajin tau. Tapi kali ni penat ke tidak aku tetap mengagahkan diri untuk memasak. Memang berbaloi la sebab boleh berjimat apatah lagi mr hubby dan cik kak tu pun suka. 

Weh dah nak berbuka la! Selamat berbuka puasa , jangan lupa doa dulu ya!