Saturday, September 1, 2012
Raya 2012
Tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu sambutan kami adalah sederhana sahaja. Tahun ini pun masih tidak lengkap adik-beradik yang dapat berkumpul. Tapi apa sekalipun ia tetap meriah dengan juadah sate, nasi minyak, rendang ayam, kuah kacang dan ketupat nasi. Paling menarik rendang ayam kali ini dimasak oleh Puan Bed kita . Huhu...bukan senang nak rasa air tangan Puan Bed kita ni. Kebiasaannya yang memasak rendang mr hubby, tapi tahun ni my dear hubby lepaskan pada adik-adik ipar jer.
Seperti biasa di pagi raya kami ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri dan selepas itu ke pusara arwah abah. Rindunya. Semoga arwah abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Selepas itu barulah sesi untuk kanak-kanak, iaitu mengutip duit raya ...happy tengok muka budak-budak yang ceria dapat duit raya.
Hari raya ini sebenarnya apa yang lebih bermakna kita dapat bersama dengan keluarga, mengeratkan lagi hubungan. Lebih penting lagi kita dapat menggembirakan hati orang tua yang ingin menatap wajah anak-anak. Sekian semoga anda semua terus dilimpahi kebahagiaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)