Hampir seminggu aku dan anak di rumah mak di Kemaman. Cuti panjang ni tak boleh nak ke mana-mana sangat. Tambah-tambah musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur. Tapi hati anak aku terubat la sedikit bila suami aku perlu menghadiri mesyuarat di Awana Kijal. Dia sibuk merancang untuk ke kolam renang. Itu la aktiviti budak-budak kalau ke hotel, mesti nak cari kolam punya.
Check in sahaja dia dah sibuk untuk ke kolam. Panas juga la hati aku sebab banyak benda lain dulu yang kena dilakukan. Selesai sahaja solat Zohor kami terus ke kolam renang. Suami sibuk mengajak aku berenang sama. Baju renang semuanya tertinggal menyebabkan aku malas untuk menyertai mereka. Tapi keesokan harinya aku pun turut terjun jugak ke dalam kolam tu dengan T shirt dan slack. Hehhee lantak la. Mak oii punya la berat nak berenang ngan T shirt. Tambahan pulak memang dan hampir dua tahun aku tak berenang. Lambat jugak la aku nak dapatkan skill renang tu semula dekat setengah jam jugak.
Walau pun hanya dua hari tapi seronok jugak. Nasib baik hari tak hujan setakat mendung sahaja. Kalau tak terperap dalam bilik la jawabnya. Sempat juga aku merakam beberapa foto sepanjang kami di sana. Saja untuk kenangan masa tua nanti. hehhehe.