Monday, November 1, 2010
Tulis apa aja daa...
Salam, tiba-tiba rasa blurr je. Tak tahu apa yang nak ditulis dan dicoret di sini. Mungkin sebab aku terkejut kerana minggu lepas kami ditambah dengan satu lagi assingment. Memang di saat ini, coursemates aku mesti tengah bengang dan tension, baru nak menarik nafas lega tiba-tiba muncul lagi kerja. Banyak tuh...lapan jurnal luar negara perlu diulas. Membaca jurnal-jurnal pendidikan tu, bukan boleh baca sekali dua..tak faham beb. Bukan macam baca novel Mills n Boon atau romantic novels. Hahah...dua tiga hari ni aku dok berteleku depan google translate. Google translate yang mentranslate entah apa-apa, melihat ayat yang tunggang terbalik membuatkan otak dan mata aku penat. Rasa nak muntah pun ada ni.Ok la, jumpa lagi ya...setelah selesai segala barulah seronok bercerita. Terima kasih ya pada yang sudi datang ke blog merepek meraban ni. Semoga anda semua diberkati Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)