Wednesday, July 13, 2011

Melalut saja-saja

Agak penat, sepatutnya kelasku berakhir 12.40 tadi  tetapi memikirkan minggu depan akan diadakan peperiksaan percubaan pra pmr, maka aku terpaksa mengambil pelajar-pelajar 3IK pada waktu pendidikan muzik mereka kerana mahu mengadakan ulangkaji.  Huh, bawa masuk ke pusat sumber. Bising yang amat budak-budak ni. Pelik betul budak-budak ni suka sangat bercakap, entah apa yang dibualkan pun tak tahu la. Tapi pot pet , pot pet, pot pet sana sini. Tak ubah macam pasar borong. Kadang-kadang aku termangu sendiri....oh nak tunggu hingga umur 58 tahun nak mengadap budak-budak. Entah bagaimana keadaan aku nanti. Tentunya masa tu dah jadi nenek kot...hehe.

Kalau la kaya, duit juta-juta, berbillion billion macam dot..dot..dot...pastinya aku berhenti kerja nih. Tu namanya angan-angan ya. Tak nak kerja konon...tengah bulan macam ni pun dah semput terpaksa korek duit tabung. Tapi kadang-kadang pelik orang tengok kami ni dan kebanyakan kata 'alah ko banyak duit'. Huk..huk..huk..nak tersedak ambe...tu la orang di luar mereka hanya boleh menilai luaran sahaja. Boleh kata macam-macam sebab mereka tidak tahu hakikat sebenarnya. Tapi cerita bab-bab mengata ni, memang orang kita suka sangat mengatakan? Kalau mengata orang macam la dia duduk serumah, sebumbung, sepinggan , sebantal. Konon tahu sangatlah perangai orang yang dikatakan tu. 

Bila apa yang dikata tu tak betul itu dinamakan salah sangka! Huh kalau nak dikira orang yang tersalah sangka dengan aku ni usah cerita la. Paling dekat bab sedara-mara la. Bukan aku tak pernah ada pengalaman sedara nak tak nak je bersalam, tak nak bersembang, bila kita duduk dia terus bangun. Kita terpinga-pinga apa salah kita. Tak kisahlah, kata la nak kata hingga ke langit tujuh pun. Namun yang pasti kami tak pernah berniat buruk pada orang, kami tak pernah mendoakan yang buruk untuk orang, kami tak pernah meminta duit orang (minta duit ngan bank pernah la, itu dinamakan pinjaman..hehe). 

Tapi tak kisah la, biarlah orang terbabit tu buat macam gitu. Mungkin dia rasa dia hebat sangat. Yelah kami ni apa la sangatkan. Cuma kadang-kadang aku memang jatuh kasihan sangat pada suami. Mungkin sebab ini la kami terlontar di sini , di bandar ikan patin ni. Apa pun kalau En Haris membaca entri ni....En Haris bersabar la ya. Hidup memang dipenuhi dengan dugaan dan fitnah. Tak apa la kalau orang kata kita macam-macam yang pasti kita kena bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan sekarang.


Wah aku dah merepek ni. Nak balik dulu dah hampir 3.30 ptg.