Wednesday, March 7, 2012

Penyakit M

Kebelakangan ini aku telah ditimpa dengan penyakit M.  Nampak gayanya penyakit M yang melanda diri aku ini amatlah kroniknya. Proposal aku masih belum terusik, yang ada dalam kepala hanyalah sebaris tajuk. Pembacaan yang aku buat pun tidak bersungguh-sungguh. Baca sambil lalu dan berangan aku akan siapkan keesokan harinya, esok lagi, esok lagi ....tak sedar ini dah minggu ke 3.  Sepatutnya aku tak boleh leka walau sesaat, masa berlalu begitu pantas, apatah lagi aku dah bulatkan hati untuk tidak meneruskan dengan tajuk perpaduan kaum itu.  Entah kenapa aku merasa hambar untuk mengkaji tentang perpaduan kerana ia merupakan satu isu yang tak ada kesudahannya.  Oh kepala aku sudah peninggg.......


Oppsss...pesanan dari penulis blog...JANGAN MENIRU assingments yg ada di sini ya..tak baik....