Penat tetapi mata sukar untuk dilelapkan. Kepala berdenyut-denyut sakit. Apa yang tak kena dengan tubuh badanku ini? Rasa lesu dan tidak bemaya sepanjang masa. Fikiran pula berselirat dan berserabut dengan segala macam perkara. Oh ..kalau boleh kukosongkan apa yang ada dalam fikiranku ini akan aku lakukan seberapa pantas yang boleh. Aku benar-benar ingin tidur dengan nyenyak. Aku amat perlukan rehat. Cukup-cukuplah otak..berhentilah sebentar dari berfikir, aku mahu rehat, aku amat penat, terlalu penat. Dari dahulu hingga kini aku benar-benar penat. Semangat dan kekuatan hilang , rasa amat kosong. Tiba-tiba aku rasa ingin menjerit sahaja.