Monday, June 27, 2011

Pisau!


Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded

knife
cuts like a knife
you cut away the
heart of my life

Tiba-tiba nak berjiwang pulak malam ni. Haha tak ada maknanya . Ini sekadar suka-suka, sebab ini memang lagu kegemaran pun. Lagu lama, memang aku suka lagu-lagu 70an dan 80an sebab muzik masa tu macam rileks je tak ada la macam zaman sekarang, haru biru rasa telinga mendengarnya. Tapi lagu ni amat sesuai untuk orang yang patah hati, putus cinta, putus kasih, putus apa lagi? jawabnya segala putus, patah, retak memang sesuai la dengan lagu ni. Paling sesuai orang yang terkena pisau ketika memotong sayur di dapur. Haha..lawak je.

Apa sekalipun yang di luar sana, yang tengah kecewa atau sewaktu dengannya jangan diikut sangat kecewa tu. Anggap la tiada jodoh atau mungkin akan ada jodoh la yang lebih baik dari dia. Oh aku dah merepek yang bukan-bukan ni. Selamat malam semua, mimpi yang indah-indah. Semoga esok menjanjikan kebahagiaan buat anda semua

Hidup Dengan Duit Yang Sedikit

Baru selesai dengan kelas-kelas Zaaba ni. Pagi tadi dengan 5 Zaaba dan tadi dengan 3 Zaaba. Sabar  je la dengan kerenah mereka yang suka masuk lambat dan 5 Zaaba yang terkenal dengan suka tidur dalam kelas. Kadang-kadang mengajar kelas hujung ni terutama waktu petang membangkitkan rasa panas tahap melebihi 100 darjah celcius. Mujur jadual baru ni kelas-kelas tersebut pada waktu pagi untuk subjek Sejarah.

Mukadimah dah terpesong ni bukannya nak cerita pasal kelas-kelas 'zombie kg pisang' ni. Hari ini ingin berkongsi maklumat tentang perbelanjaan. Dalam zaman serba-serbi mahal ni kita seharusnya mempunyai sikap berjimat cermat. Tapi kalau orang kaya yang tujuh keturunan tak habis makan tentu tak berapa kisah tentang perbelanjaan kan. Kalau golongan marhaein macam aku ni, terbelanja 50 ringgit pun dah terpaksa ikat perut. Itu ler keadaannya kalau hidup memang semata-mata mengharapkan duit gaji. Tapi apa pun tak payah la kita fikir sangatkan segala rezeki itu, kecukupan rezeki semuanya dari Allah. Kalau duit nampak cam kurang je nak tunggu akhir bulan, jawabnya duduk diam-diam, makan apa yang ada, haha itulah prinsip aku.

Sekadar berkongsi satu artikel yang kubaca pagi tadi " Hidup dengan Duit Yang Sedikit"..

Bagaimana untuk bercermat atau berjimat?

KURANGKAN PERBELANJAAN HARIAN- sebelum anda membeli sesuatu tanya diri anda:-
1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya membelinya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?

BATALKAN SESUATU YANG MENELAN PERBELANJAAN YANG BESAR DARI BAJET ANDA
-Cuba turunkan taraf kereta anda seperti membeli kereta yang berkapasiti rendah (contohnya, kalau mampu beli ler).

KURANGKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
- tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan tukarkan kepada lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan. (Yang ini aku dah praktikkan, tutup lampu memang ada perbezaan yang ketara bila bil elektrik datang....cubalah buat)

KURANGKAN SAMPAH, GUNA SEMULA ATAU KITAR SEMULA
- Gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang (hurmm...cam susah je nak buat ni, sebab kaum ibu kebanyakan bekerja). Jika boleh jadikan sampah anda sebagai baja, usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah kepada duit (maksudnya suruh korang kumpul kertas, plastik, besi pi jual ...hehe).

JADIKAN BARANG BERTAHAN LEBIH LAMA
- Perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

CARI KEGUNAAN BARU UNTUK BAHAN LAMA
- Cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama dan  jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Kitar Semula barangan lama!

CARI BARANG PENGGANTI YANG LEBIH MURAH
- Beli jenama umum, membeli belah semasa ada jualan murah (Oh, ni memang dan gaya aku. Muka sale!)

CARI HBURAN YANG PERCUMA ATAU MURAH
(Contohnya tengok wayang kat rumah je saluran Astro First....betul tak?)

BERKONGSI DALAM PEMBELIAN YANG BESAR
- Contoh berkongsi sebuah tangga , gerudi elektrik dan pembersih vakum dengan jiran tetangga ( kalau ada semangat kejiranan yang tinggi ler)

Langkah-langkah berjimat cermat tu aku petik dari Buletin Ringgit keluaran Mac 2011. Selamat membaca la pada sesiapa yang berminat, yang tak berminat tu jeling-jeling je tajuk tu.