Bila melihat result semester lepas yang baru diperolehi Isnin lalu hilang segala mood. Bayangkan aku ketika itu baru selesai membeli-belah untuk persiapan raya. Baru sahaja bercadang untuk membeli sebuah novel. Memang teruja sangat untuk membaca novel tersebut "Someone else garden". Sedang sibuk membelek-belek novel di Popular Book Store sms masuk. Wah result! Oh kenapa ada B+ .
Sakitnya hati bila mendapati result B+ itu untuk kertas projek 1. Rasa macam tak percaya sangat. Macam mana supervisorku boleh bagi macam tu. Sedangkan semasa perjumpaan yang terakhir dia dah setuju dengan apa yang aku tulis. Malah aku diminta untuk terus menyiapkan bab 4 dan 5.
Sebenarnya banyak persoalan yang tak terjawab, banyak perkara yang perlu dirungkaikan. Kalau ada kesalahan dalam penulisanku, dia sepatutnya mengarahkan aku membetulkannya semula. Kena beritahu mana yang silap apa yang perlu dibaiki. Ini senyap jer, manalah kami sebagain student tahu. Semua dah dihantarkan, so sepatutnya semak dan beritahu apa yang salah. Entah...kalau nak cerita banyak benda yang terpendam nak cakap pun susah. Maklumlah kita ibarat semut kecil jer.
Dua tiga hari ni , aku dok mengenangkan result tu. Bukannya nak kata aku ni pandai sangat, memang la tak pandai sebab tu sambung belajar dan nak belajar. Tapi apa yang terkilan sebagai pelajar sepatutnya kita diberi bimbingan. Bukanlah nak suruh pensyarah tu jadi seperti cikgu di dalam kelas tu, mengajar satu persatu tapi sekurang-kurangnya perlu ada satu jadual khusus untuk perjumpaan dan perbincangan. Jadi bila kita menulis tanpa bimbingan jadilah syok sendiri macam aku ni.
Sabarlah hati, ada satu semester lagi. Tak sabar nak habiskan, dan aku tak nak dah sambung di situ. Cukup lah pengalaman-pengalaman yang memeritkan itu, simpan sahaja dalam hati. Nanti komplen lebih-lebih susah pulak. B+ pun B+ la janji aku dpt grad.