Friday, June 20, 2014

Nak bomoh......

Berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam pelajar kadang-kadang sebagai cikgu kita tidak terfikir yang pelajar-pelajar ini mempunyai tanggapan yang amat buruk terhadap cikgunya sendiri.  Kadang-kadang aku pun tak faham budak-budak sekarang ni, kenapa mereka datang ke sekolah setiap hari tetapi suka ponteng kelas, tidur semasa guru mengajar, tidak fokus dan macam-macam lagi la kesalahan yang diorang buat.

Budak-budak sekarang ni amat daring. Contohnya satu kelas ni. Aku pernah menjadi guru subjek mereka pada tahun lepas. Hoho...ni kelas hujung sekali. Memang nightmare sangat. Nak habiskan setahun tu rasa macam 10 tahun. Tiap kali masuk ke kelas tu aku akan buat promosi supaya mereka menyambung pelajaran ke kolej vokasional. Pada pandangan aku budak-budak tu memang tidak minat untuk belajar. Angkat tangan nak menulis pun malas. Cam ner tu. So diorang ni memang patut buat kemahiran. Tapi entah la, promosi aku kurang menarik kot.  Muka-muka diorang masih wujud pada tahun ini. Hehe...nasib baik tak mengajar diorang tahun ni. Kalau tak ada juga aku kena makan ubat penenang.

Jadi bila berhadapan dengan mereka ni di kaki lima kelas, kantin, library atau terserempak di mana-mana kawasan sekolah aku memang buat tak tahu jer. Tak tahu la muka aku ni nampak sombong ke atau diorang ni memang dah anti dengan aku ni. Tiap kali lalu depan kelas diorang akan berbisik-bisik dan gelak-gelak. Mengata atau mengutuk aku ke...lantak korang la. 

Tapi satu hari bila aku dan guru kelas mereka lalu di kaki lima lorong PPda ternampak mereka lepak-lepak lalu kami ni suruh la diorang naik ke kelas sebab memang waktu belajar pun masa tu. Seronok dok melepak macam tokey balak yang baru dapat duit.  Diorang ni bila dah ditegur bergerak la tapi tiba-tiba keluar satu suara " Zainura bajet, zainura bajet....". Eeeeeee.....aku memang kenal sangat budak yang mengejek nama aku tu. Aku nampak kecik jer budak tu. Dah macam pisang yang nak kena lenyek buat cekodok pisang. Hish geram betul...kalau adik aku dah lama dah...kena . Tapi sabar banyak-banyak. Malas nak ambik pot. Kang tak pasal-pasal esok keluar muka aku di Sinar Harian atau Harian Metro ..Seorang guru perempuan bergaduh dengan pelajar.

Itu aku tak kisah la . Budak tu nak panggil aku bajet. Haha...yang paling tak boleh blah..bila seorang cikgu ni berdekah-dekah bercerita yang pelajar kelas itu  dah gunting gambar aku dan dua orang cikgu lain (yang mereka anti sangat kot) dari majalah sekolah. Mengikut cerita cikgu tu .."Kak Zai diorang kata nak bawa gambar ko, kak R dan Cikgu R ni ke bomoh. Nak bomohkan korang bertiga. Lepas tu nak tanam korang bertiga dalam satu lubang".  Hahahaha...............gelak jer la yang boleh. Itu la budak-budak ni entah apa ntah ada dalam kepala diorang. Cikgu yang pernah mengajar, bagi ilmu bagai,perkara macam tu  yang dia fikir nak buat.  Entah la cicak............

Itu la kan, siapa  kata kerja cikgu tu senang. Benda-benda macam ni kita sebagai guru terpaksa hadapinya. Tapi sebagai cikgu memang tak boleh nak melenting marah. Kita kena sabar banyak. Takkan nak bergaduh dengan budak umur 16 tahun pulak.  Berdoa jer la agar mereka ni diberi petunjuk dan hidayah. Anggap jer la mereka ni tak matang dalam proses membesar dan menjadi dewasa. Geram memang la geram. Nak hilangkan geram ambik pisang , lenyek dan buat la cekodok. 

Hurmmm...ni sekadar coretan untuk dijadikan kenangan. In Sya Allah moga mereka ini semuanya menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.