Thursday, November 17, 2011

UPSR


Tahniah Nia, semoga dengan kejayaan ini merupakan permulaan langkah untuk Nia memiliki kejayaan dalam hidup. Apa sekalipun mendapat 5A bukanlah penentu kepada sebuah kejayaan atau kebahagiaan.  Banyak perkara lagi yang Nia perlu tempuhi, kejayaan ini hanyalah sebahagian kecil kisah kehidupan Nia, yang Nia boleh banggakan. Tetapi selepas ini usaha yang lebih kuat perlu Nia lakukan kerana   Nia bakal menempuhi lebih banyak cabaran dan dugaan. Tahniah sekali lagi dari mama dan abah. Semoga Nia terus menjadi anak yang solehah, cekal dan jangan lupa diri.

Tuesday, November 15, 2011

Bekerja 9 Jam

Heeee...korang dengki ya kami guru kerja separuh hari? Hello! separuh hari ke? Meh kita citer ya, apa yang dianggap 'separuh hari' oleh masyarakat di luar sana.

1. Pukul 2.00/2.40 habis kelas lepas tu terus sambung dengan kelas tambahan hingga pukul 4 ptg. (separuh hari ke?)

2. Hari Sabtu dan Ahad aktiviti gotong royong / kelas tambahan/ aktiviti ko kurikulum seperti perkhemahan/ latih pelajar: permainan dan sebagainya (korang kena?)

3. Buku latihan, kerja kursus, kertas soalan, kertas kerja aktiviti, - semua itu perlu dibawa balik dan disiapkan di rumah (korang ada?)

Huhu..cukup la itu sahaja yang aku senaraikan. Nanti kalau aku senaraikan semua sekali meletup pulak broadband yang sememangnya lembab dan 'kurang sihat' ni. Atau pun nanti paling tidak orang akan kata " ala dah itu kan memang tugas cikgu, berkira sangat , tak ikhlas la tu". Situasi paling mudah atau simple.

Pegawai-pegawai lain kalau nak ke mana-mana ada kenderaan kan yang boleh mengangkut mereka ke sana sini , misalnya kalau ada mesyuarat boleh guna kenderaan jabatan. Ni nak habaq sikit ya, kalau cikgu kat sekolah ni, nak bawa pasukan bolajaring, bola sepak, bola baling, badminton dan semua benda alah permainan yang wujud di sekolah tu la semuanya guna kereta cikgu beb! angkut pergi, angkut balik, kadang-kadang kalau bajet tak lulus lagi duit makan budak-budak tu cikgu yang dahulukan la jawabnya. Kalau angkut budak-budak tu , buat la apa-apa terjadi cikgu jugak kena. Tapi cuba korang kira berapa kerat sangat sekolah yang ada bas atau van sekolah sendiri. Jadi mahu tak mahu kenderaan cikgu la jadi macam kenderaan kebajikan masyrakat.

Bila gaji kami naik sikit ramai yang bising, tak patut sebab kerja separuh hari, cuti banyak dan macam-macam lagi la. Sekarang ni tak ada istilah cuti, kerja berlambak-lambak. Korang je buat-buat tak tahu, walaupun tahu. 

Masih nk berceloteh panjang, tapi aku kena turun ke dapur. Huuuuuuu................

Friday, November 11, 2011

Kolam ikan pun teringin.

Petang-petang begini berseorangan di rumah amat membosankan. Walau tv di hadapan mata tetapi kebosanan tetap wujud. Sesekali terlintas di fikiran, kalau la ada anak yang ramai tentu meriah petang-petang begini. Huhu...tak usah terlalu berfikir sangat soal anak tu. Hurmm...pasti ada hikmahnya.

Apa ya yang nak ditulis di sini. Macam tak ada tujuan je. Minggu depan merupakan minggu terakhir sekolah. Itu yang dinanti-nantikan oleh guru. Cuti , berehat sebentar dari dunia sekolah, budak, buku , kertas, pen merah, pen biru (konon-kononnya). Sebenarnya untuk cuti ni sahaja penuh dah perancangan. Mahu menyiapkan galeri sekolah, menyiapkan modul untuk tingkatan 3 dan 5. Tu pusat sumber sendiri berlambak kerja-kerja yang masih belum disiapkan. Tetapi at least la tak payah masuk kelas.

Menyentuh soal budak ni...hurmm tak tahu la budak sekarang ni. Hari ini sahaja tingkatan 5 Zaaba buat hal lagi. Sepatutnya saat akhir ni mereka berada di dalam kelas, mendapat tips-tips terakhir daripada guru. Bertanya apa-apa yang patut. Namun sebaliknya berlaku. Masuk kelas lebih daripada separuh pelajar lelaki  "hilang". Rupa-rupanya 3 orang daripada mereka berenang di dalam kolam di hadapan bilik kesihatan. Kolam hiasan yang ada ikan tu pun mereka ni berkenan nak berkubang. Hish tak faham la...tak matang betul, umur berapa ya korang ni, 17 tahun ke 7 tahun. Budak 7 tahu pun reti bahasa tak berperangai macam tu. Sebenarnya perangai budak-budak sekarang amat dahsyat. Sukar dijelaskan dengan kata-kata. Sebab itu guru-guru hilang motivasi.

Eh ok lah, petang-petang begini emosi dengan perangai budak. Dah la di sekolah seharian dengan mereka. Di rumah pun terkenangkan mereka. Ikut la budak, buat la perangai, sat lagi habis SPM tau la korang hidup yang sebenarnya.

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Kenyang makan nasi minyak, ketupat nasi, rendang, alamatnya makin bertambah la berat badan. Selepas solat raya kami sakan bergambar sebab tak lorat nak ke mana-mana. Apa sekalipun salam aidiladha, berkorbanlah untuk jalan kebaikan.

Ala si Anis ni tiba-tiba menyelit baru nak bergambar berdua.
camne mama boleh jadi rendah ni

Akhirnya si baju merah tu baru ada, kalau tidak masa raya asyik kena kerja je.   

Hehe Pn. Nattrah jangan tensen-tensen ya...smile

Sesekali berjumpa abah ya anis asyik melekat je.

Thursday, November 3, 2011

Kelam kelibut

Sekarang ni capai sana tak kena , capai sini tak kena. Banyak betul benda yang nak kena disiapkan. Hari Ahad ni Raya Aidiladha, tapi nampak gaya tak beraya la sangat. Markah peperiksaan akhir tahun perlu di key in pada hari Selasa. Huhuuuu......aku baru tanda soalan struktur. Esei belum sentuh sikit pun. Ditambah lagi dengan assingment yang berderet perlu disiapkan. Jumaat ni ada presentation. Ni baru siap slide untuk present hari tu. Aku ni pun macam lembab je semester ni, macam siput je buat kerja. Dah la tak boleh nak buat kerja banyak dalam satu masa. Huhu..kena buat satu-satu, stail orang tua la tu. Oh mata dah penat, otak pun dah bersimpang siur. Nak masuk tidur dulu. Huh,macam mana la nak cantik dan awet muda asyik tidur lambat je. Ok la selamat berehat untuk anda semua. Doakan saya dapat melakukan presentation saya dengan baik dan fasih. Chewahhh...perasan macam ada orang baca.....hehehe............